Azrinaz Mazhar binti Hakim Mazhar (lahir 28 September 1979) merupakan bekas personaliti media dan jurnalis yang pernah berkhidmat sebagai wartawan untuk stesen penyiaran televisyen swasta pertama Malaysia TV3.
Beliau adalah bekas isteri ke-3 kepada Sultan Brunei ke-29 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah, dengan terasul "Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar"
Azrinaz Mazhar | |
---|---|
Kelahiran | Azrinaz Mazhar binti Hakim Mazhar 28 September 1979 |
Warganegara | Malaysia |
Pendidikan | Diploma Penyiaran |
Pusat pendidikan | Institut Media Integratif Malaysia (MIIM) |
Pekerjaan | Wartawan penyiaran/jurnalis |
Pasangan | Sultan Hassanal Bolkiah (k. 2005; c. 2010) Fairos Khan bin Abdul Hamid (k. 2018) |
Anak-anak | Pengiran Muda Abdul Wakeel Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah Areesya Malaykha Atheera Medinah |
Ibu bapa | Hakim Mazhar bin Mohammad Johar Fauziah binti Abdullah Mansoor |
Azrinaz Mazhar, atau mesra dengan panggilan Naz merupakan jurusan Diploma Penyiaran di Institut Media Integratif Malaysia (MIIM) pada 1997 dan bekerja sebagai Eksekutif Wartawan Penyiaran TV3 pada 1999. Beliau muncul dalam Buletin Pagi TV3 , Berita Terkini dan Buletin 1.30.
Beliau terpilih sebagai Wartawan Harapan TV3 pada 2000, selain menerima Anugerah Alumni MIIM 2002. Beliau keluar dari TV3 pada Mei 2005.
Azrinaz Mazhar dilahirkan pada 23 September 1979 di Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau merupakan anak kepada pasangan Hakim Mazhar bin Mohammad Johar dan ibunya Fauziah binti Abdullah Mansoor.
Azrinaz berkahwin dengan suaminya ketika itu, Sultan Hassanal Bolkiah, Sultan Brunei, pada 20 Ogos 2005 di Kuala Lumpur . Dengan perkahwinan tersebut, beliau dianugerahkan gelaran, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar. Mereka mempunyai dua anak iaitu :
Madu Azrinaz pada ketika itu ialah isteri pertama sultan, iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.
Pada 16 Jun 2010, Sultan Hassanal Bolkiah (63) menceraikan isteri keduanya Azrinaz Mazhar Hakim (26) dengan talak satu. Berita itu disahkan melalui Radio Televisyen Brunei dan laman web . Gelaran diraja Brunei 'Yang Teramat Mulia Pengiran' dan lain-lain gelaran ditarik balik. Kekayaan Sultan Brunei ditafsir sekitar AS$20 bilion (RM65.25 bilion).
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Azrinaz Mazhar Hakim, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.