Anak Pontianak: Filem seram Singapura 1958 arahan Ramon A. Estella

Anak Pontianak merupakan sebuah filem seram Melayu 1958 yang ditulis oleh yang Abdul Razak yang menonjolkan unsur seram dan tahyul.

Filem ini mengambil plot cerita dari kepercayaan tahyul hantu masyarakat Melayu dan diolah dalam bentuk filem. Ia dibintangi oleh Hashimah Yon, Kemat Hassan, Jins Shamsuddin, dan Dayang Sofia.

Anak Pontianak
PengarahRamon A. Estella
PenulisAbdul Razak
SinematografiHitam-putih
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
1958
NegaraSingapura
BahasaMelayu

Filem ini merupakan siri Pontianak pertama yang dikeluarkan oleh Shaw Brothers’ Malay Film Production. Ia dihasilkan selepas melihat kejayaan siri Pontianak yang dihasilkan oleh Cathay Keris.

Plot

Jeritan seorang perempuan dalam kesakitan memecah keheningan malam. Dalam sebuah bilik di rumah kampung seorang perempuan cantik diatas katil. Perempuan itu baru melahirkan anak lelaki. Mak Bidan memberitahu kepada suaminya bahawa akan dijangkakan kelahiran kembar tetapi nyawa isterinya dalam bahaya.

Si isteri yang dalam tangisan menyuruh suaminya melakukan satu perkara yang terakhir. Dia diberitahu isterinya yang sudah bertahun-tahun lamanya menyimpan rahsia pada dirinya sendiri. Ada satu paku yang terpacak di tengkuknya dan menyuruh suaminya untuk mencabutkan. Setelah dilakukan suami itu, dia melihat transformasi yang mengejutkan telah terjadi. Wajah isterinya berubah menjadi perempuan hodoh, kemudiannya berubah lagi menjadi Pontianak yang mengerikan, kemudian nya berubah kembali lagi menjadi diri asalnya, lalu dia pun meninggal dunia.

Setelah sepuluh tahun berlalu, anak lelaki nya menjadi kuat dan bersifat seperti haiwan buas. Sepuluh tahun berlalu lagi, dia bercinta dengan seorang perempuan kampong yang cantik. Tetapi apabila dia menjadi marah, tangannya menjadi berikat dan berbulu dan kukunya menjadi cakar. Dia akan berubah kembali pada diri asalnya sesudah dia melakukan pembunuhan.

Pelakon

Penerbitan

Filem Anak Pontianak diterbitkan di Singapura pada tahun 1958, ketika itu sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1962, dalam format hitam putih oleh Malay Film Productions.

Filem ini telah diarah oleh pengarah Ramon A. Estella pada 1958 dan ceritanya dikarang oleh Abdul Razak.

Pembangunan

Filem Anak Pontinak merupakan jawapan oleh Shaw Brothers’ Malay Film Production, selepas kejayaan Cathay Keris menghasilkan siri filem Pontianak. Kejayan filem Pontianak, Dendam Pontianak dan Sumpah Pontianak yang semuanya dibintangi oleh Datuk Maria Menado yang diarah oleh mendiang B.N. Rao.

Penggambaran

Penggambaran filem Anak Pontinak dilakukan di Singapura. Penggambarannya dilakukan dengan menggunakan lampu malap, dan kadang-kala dengan lampu belakang. Ia memberi kesan malap dan dramatik, dan juga ia dapat dilakukan dengan kos yang rendah.

Sungguhpun begitu, perbezaan penggunaan lampu dalam penggambara dalam dan luar studio, dilakukan tanpa mengambil kira keseimbungan antara penggambaran. Antaranya, penggambaran Anak Pontianak sering bersilih ganti antara penggambaran gelap dalam studio dengan penggambaran luar studio yang cerah, sungguhpun kesemua ini sepatutnya berlaku pada waktu malam.

Tayangan dan reaksi

Prestasi

Kejayaan filem Anak Pontianak menggalakkan filem siri Pontianak ini diteruskan dengan filem Pontianak Kembali.

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Anak Pontianak PlotAnak Pontianak PelakonAnak Pontianak PenerbitanAnak Pontianak Tayangan dan reaksiAnak Pontianak RujukanAnak Pontianak Pautan luarAnak PontianakDayang SofiaHashimah YonJins ShamsuddinKemat HassanMelayu

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

PangsapuriSlot AkasiaSingapuraPrivate BodyguardBella AstillahSarawakMusafirNur FazuraM. NasirSimpulan bahasaPiala Dunia FIFA 2018Sijil Tinggi Agama MalaysiaKhalid Mohamad JiwaHannah DelishaSukanLiwatAsbab al-nuzulUniversiti Putra MalaysiaPerakAmir AhnafSifat-sifat AllahSarimah IbrahimHang TuahBak kut tehPeristiwa Memali 1985Kata ganti nama (bahasa Melayu)Bandar Raya New YorkZahirah MacWilsonMasjid al-AqsaOrang Melayu MalaysiaLiga Negara-Negara UEFA 2020–21Penyakit koronavirus 2019Rozita Che WanSandrinna MichelleSenarai kaum di MalaysiaKesumYamanShah AlamElizabeth IIFalsafahNur (drama)RakaatZizi KiranaPuteri BalqisZUS CoffeeSenarai Kementerian di MalaysiaMarga SangirPerkara 153 Perlembagaan MalaysiaFarajAzhar SulaimanSiti HariesaPerang PadriPasukan bola sepak kebangsaan MalaysiaSwitzerlandKata adjektifGeografi IndonesiaMierul AimanKobe Jae ChongBadarPolis EVO 3Empayar MacedoniaAngkatan Pertahanan Awam MalaysiaNabi Muhammad SAWNegeri-Negeri SelatAyob Khan Mydin PitchayGajahOnn Hafiz GhaziTepung pelitaRukun IslamIzzue IslamKhairy JamaluddinGantangFasha SandhaHussein OnnMasjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz ShahPersatuan Bulan Sabit Merah MalaysiaPetronas🡆 More