Alexandria Ocasio-Cortez: Ahli politik Amerika Syarikat

Alexandria Ocasio-Cortez (Sebutan Sepanyol: ; lahir 13 Oktober 1989) atau juga dikenali dengan parapnya AOC, ialah seorang ahli politik Amerika Syarikat.

Beliau mewakili daerah kongres ke-14 negeri New York (merangkumi Bronx Timur, sebahagian Queens utara dan tengah serta Pulau Rikers dalam Bandar Raya New York) dalam Dewan Perwakilan Amerika Syarikat sejak 2019 dari Parti Demokrat; beliau merupakan wanita termuda berkhidmat dalam Kongres Amerika Syarikat pada usia 29 tahun. Beliau sebelum ini melibatkan diri dalam aktivisme setempat sehingga ke peringkat negara dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat 2016 membantu kempen pencalonan Bernie Sanders.

Alexandria Ocasio-Cortez
Alexandria Ocasio-Cortez: Kehidupan awal, Kerjaya awal, Rujukan
Ahli Dewan Perwakilan A.S.
dari daerah ke-14th New York
Memegang jawatan
3 Januari 2019
Didahului olehJoe Crowley
Butiran peribadi
Lahir (1989-10-13) 13 Oktober 1989 (umur 34)
Bandar Raya New York, Amerika Syarikat
Parti politikParti Demokrat
Rakan kongsi
domestik
Riley Roberts
PendidikanUniversiti Boston (BA)
TandatanganAlexandria Ocasio-Cortez: Kehidupan awal, Kerjaya awal, Rujukan
Laman web rasmiHouse website

Beliau berkecenderungan sosialis hasil penglibatan dalam pertubuhan Democratic Socialists of America bersama seorang rakan sekerjanya Rashida Tlaib, mereka berdua dalam kelompok progresivis berpengaruh dalam Parti Demokrat disebutkan sebagai "The Squad". Beliau turut menonjol dalam menghubungkan kepada orang ramai dasar-dasarnya melalui media sosial.

Kehidupan awal

Alexandria Ocasio-Cortez dilahirkan dalam sebuah keluarga Katolik di Bandar New York di daerah Bronx pada 13 Oktober 1989. Alexandria adalah anak kepada Blanca Ocasio-Cortez dan Sergio Ocasio-Roman. Dia mempunyai seornag adik lelaki bernama Gabriel. Bapa kepada Alexandria lahir di Bronx dalam sebuah keluarga yang berasal daripada Puerto Rico dan menjadi seorang arkitek. Ibu kepada Alexandria pula lahir di Puerto Rico. Alexandria Ocasio-Cortez tinggal bersama keluarganya di sebuah apartmen di kejiranan Parkchester sehingga umurnya lima tahun, ketika keluarganya pindah ke sebuah rumah di pinggir bandar Yorktown Heights.

Alexandria belajar di Sekolah Tinggi Yorktown (Yorktown High School) dan menamatkan pengajiannya di sekolah tersebut pada tahun 2007. Semasa zamannya belajar di sekolah dan kolej, Alexandria memperkenalkan dirinya sebagai "Sandy Ocasio". Dia menduduki tempat kedua dalam kategori mikrobiologi dalam pertandingan Intel International Science and Engineering Fair pada tahun 2007 dengan projek penyelidikan mengenai kesan antioksidan pada jangka hayat nematode Caenorhabditis elegans. Untuk menunjukkan penghargaan terhadap usahanya itu, MIT Lincoln Laboratory menamakan sebuah asteroid kecil yang diinspirasikan daripada namanya ; 23238 Ocasio-Cortez. Sewaktu Alexandria masih belajar di sekolah tinggi, dia mengambil tempat dalam Institut Hispanic Nasional Lorenzo de Zavala (National Hispanic Institute's Lorenzo de Zavala) Sesi Perundangan Belia (Youths Legislative Session). Dia kemudiannya menjadi Setiausaha LDZ (Secretary of State) sementara dia belajar di Universiti Boston (Boston University)

Selepas menamatkan pengajian di sekolah tinggi, Alexandria mendaftar di Universiti Boston (Boston University). Ayahnya meninggal dunia disebabkan oleh kanser peparu pada tahun 2008 semasa Alexandria belajar di tahun keduanya di unversiti tersebut, dan Alexandria terlibat untuk menyelesaikan perebutan harta tanah milik ayahnya. Alexandria mengatakan bahawa pengalaman yang dia alami membantunya "Secara langsung bagaimana peguam yang dilantik oleh mahkamah untuk mentadbir harta tanah dapat memperkayakan diri mereka dengan perbelanjaan keluarga yang berjuang untuk memahami birokrasi." Alexandria juga bekerja sebagai pekerja pelatih kepada Senator Ted Kennedy dalam bahagian Hal Ehwal Luar dan Imegresen semasa dia masih belajar di universiti. Dia mengatakan bahawa "Saya ialah satu-satunya yang boleh berbahasa Sepanyol, dan akibatnya, sebagai seorang anak yang berumur 19,20 tahun - setiap kali panggilan panik masuk ke pejabat kerana seseorang mencari suami mereka kerana mereka telah ditangkap oleh ICE, saya adalah satu-satunya orang yang harus menjawab penggilan telefon itu. Saya adalah orang yang harus menolong orang itu menunjukkan sistem tersebut."

Alexandria menamatkan pengajian cum laude di Universiti Boston pada tahun 2011 dalam Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam hubungan Antarabangsa dan Ekonomi.

Kerjaya awal

Selepas menamatkan pengajiannya di universiti, Alexandria pindah kembali ke Bronx dan bekerja sebagai pelayan bar dan pelayan wanita untuk membantu ibunya (seorang tukang bersih rumah dan pemandu bas sekolah) untuk mengelakkan daripada rumah mereka disita. Dia kemudiannya melancarkan Brook Avenue Press, sebuah firma penerbitan (yang sekarang sudah tidak berfungsi) untuk menggambarkan Bronx dari aspek positif. Alexandria juga bekerja untuk organisasi Institut Hispanik Nasional (National Hispanic Institute).

Semasa pilihan raya primer pada tahun 2016, Alexandria bekerja sebagai penganjur untuk kempen pilihan raya presiden A.S. Bernie Sanders. Selepas pilihan raya umum, Alexandria menjelajah Amerika Syarikat menggunakan kereta, melawat tempat-tempat seperti Flint, Michigan dan Standing Rock Indian Reservation di North Dakota, dan bercakap kepada orang-orang yang terjejas daripada Krisis Air Flint dan Akses Paip Dakota. Dalam sebuah wawancara, dia mengingat lawatannya di Standing Rock pada bulan Disember 2016 sebagai titik tolak, mengatakan bahawa sebelum itu dia percaya bahawa satu-satunya cara untuk mencalonkan diri dengan berkesan adalah memiliki akses kepada kekayaan, pengaruh sosial dan kekuasaan. Tetapi dalam lawatannya ke North Dakota, dimana dia melihat orang "melektakkan seluruh kehidupan mereka dan segala yang ada dalam barisan untuk melindungi komuniti mereka", menginspirasikan dia untuk bekerja untuk komunitinya sendiri. Sehari selepas Alexandria melawat North Dakota, dia mendapat panggilan telefon daripada Brand New Congress, sebuah organisasi yang mencari calon progresif (di mana adiknya, Gabriel, telah mencalonkan kakanya, Alexandria, selepas pilihanraya A.S. 2016). Dia telah memuji kempen Jabari Brisport untuk Ahli Majlis Bandaraya yang tidak berjaya dengan memulihkan kepercayaannya dalam pilihan raya politik, sebagai calon sosialis dan dalam Democratic Socialist of America sebagai sebuah organisasi.

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Alexandria Ocasio-Cortez Kehidupan awalAlexandria Ocasio-Cortez Kerjaya awalAlexandria Ocasio-Cortez RujukanAlexandria Ocasio-Cortez Pautan luarAlexandria Ocasio-CortezBandar Raya New YorkBernie SandersDewan Perwakilan Amerika SyarikatNew YorkParti Demokrat (Amerika Syarikat)Pilihan raya Presiden Amerika Syarikat 2016The Bronx

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Solat jamakSarimah AhmadCerita Rakyat MalaysiaParti Pribumi Bersatu MalaysiaLapisan rangkaianTerlanjur Cinta (drama web)PahangLiga Super Malaysia 2024–25Perang UhudJosiah HoganKL GangsterAmir AhnafNaim DanielRogolOrang Melayu IndonesiaTembikaiKugiran MasdoPronoPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaRiena DianaSenarai kapal Tentera Laut DiRaja MalaysiaPulau RedangMandi wajibSujud sahwiKajangZaman air batuPerikatan NasionalAzira ShafinazKOZ EntertainmentSharifah AmaniSenarai poskod di MalaysiaKata sendi (bahasa Melayu)Hari WesakJeslina HashimPilihan raya kecil Kuala Kubu Bharu 2024Tuanku Abdul RahmanKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaAzhan RaniTwitterPerodua AxiaJenis air untuk bersuci dalam IslamAdnan bin SaidiBani IsraelSiti MuslihaSenarai lagu yang bertemakan Hari RayaSifat-sifat AllahApplePetronasPosisi seksualRujukan kehormatFrekuensi radio di Negeri SembilanStadium Nasional Bukit JalilSiksa KuburHulu LangatMetamfetaminaTunku Azizah Aminah Maimunah IskandariahProfesionalismeSlot AkasiaMohd Noor Helmy Abdul HalemIsrak dan MikrajPang Sock TaoKelapa sawitMalang Si PuteriBahasa Melayu BruneiAstro MalaysiaSandakanHukum Kanun MelakaPerang Dunia KeduaNiezam ZaidiHadha min fadhle RabbiKuala Kubu Bharu (kawasan negeri)Da Di DuAyamSiti Khadijah HalimDollaEmpayar UthmaniyahFaizal HusseinMaktab Rendah Sains MARA🡆 More