Ajutan Jeneral

Ajutan Jeneral atau adjutant general ialah seorang ketua pegawai bahagian pentadbiran tentera.

Perancis

Di Perancis moden, adjudant-général ialah pegawai kanan staf, secara lazimnya sebagai pembantu kepada seorang pegawai Jeneral . Ia merupakan posisi khas bagi Leftenan Kolonel dan Kolonel dalam perkhidmatan staf. Bermula tahun 1795, hanya Kolonel yang boleh dilantik ke posisi ini. Ia telah ditambah dengan pangkat adjudant-commandant pada tahun 1800. Pada 1803 posisi ini telah dimansuhkan dan adjudants-généraux dikembalikan ke pangkat kolonel.

Empayar Rusia

Di Empayar Rusia, Jeneral-Ajutan (Rusia: Генерал-адъютант) merupakan seorang pembantu yang mengiringi Tsar, Fil Marsyal atau Jeneral.

India

Di India Ajutan Jeneral ialah pegawai tadbir kanan bagi Tentera Darat India dan melapor kepada Ketua Turus Tentera Darat.

Pakistan

Di Pakistan, Ajutan Jeneral dan Ketua Hakim Peguam ialah pegawai kanan tadbir dan perundangan tentera darat.

United Kingdom

Di United Kingdom, Ajutan Jeneral Pasukan Bersenjata lazimnya dirujuk sebagai Ajutan Jeneral (AG), merupakan salah seorang pegawai paling kanan dalam Tentera Darat British. Beliau bertanggungjawab bagi membangunkan polisi anggota Tentera Darat dan penyokongan warganya

Amerika Syarikat

Ajutan Jeneral 
Kor Ajutan Jeneral Tentera Darat AS

Di Amerika Syarikat, terdapat tiga definisi bagi istilah ini:

  • Ketua pegawai tadbir dalam Tentera Darat Amerika Syarikat, yang merupakan orang bawahan Ketua Turus Tentera Darat, dan dikenali sebagai Asisten Ketua Staf, G-1, atau AKS, G-1. Pegawai ini adalah ketua Kor Ajutan Jeneral, dan bertanggungjawab bagi prosedur yang melibatkan perolehan anggota, pentadbiran serta pemeliharaan rekod-rekod semua anggota tentera. Lihat Senarai Ajutan Jeneral Tentera Darat A.S.. Semenjak 11 Disember 2011, jawatan tersebut disandang oleh Brigedier Jeneral Jason T. Evans.
  • Ketua pegawai tadbir sesebuah formasi besar tentera, seperti Divisyen, Kor, atau Tentera Darat. Pegawai ini biasanya berada dibawah Ketua Staf formasi, dan dikenali sebagai G-1.
  • Pegawai kanan tentera negeri, komanwel atau pasukan tentera negeri, termasuk Pengawal Kebangsaan (Pengawal Kebangsaan Tentera Darat dan Pengawal Kebangsaan Udara), Militia laut, dan mana-mana pasukan pertahanan negeri. Pegawai ini kenali sebagai "AG" atau "TAG" dan melapor kepada Ketua Eksekutif Negeri (Gabenor) bilamana Pengawal Kebangsaan tidak berada pada status "kuasa persekutuan" dibawah Perkara 10 USC.

Lihat juga

Pautan luar

Tags:

Ajutan Jeneral PerancisAjutan Jeneral Empayar RusiaAjutan Jeneral IndiaAjutan Jeneral PakistanAjutan Jeneral United KingdomAjutan Jeneral Amerika SyarikatAjutan Jeneral Lihat jugaAjutan Jeneral Pautan luarAjutan Jeneral

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Cristiano RonaldoMedia sosialLencana pangkat Angkatan Tentera MalaysiaEvolusiSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah ShahJakartaBella AstillahHadha min fadhle RabbiCongkakBukan Kahwin PaksaNajis dalam IslamMYTV BroadcastingTikTokAnak Perjanjian SyaitanUmar bin Al-KhattabNabi Ibrahim a.s.Bahasa InggerisHaidPolitik balas budiBostonKata namaKelapaAlif SatarEmma MaembongMohd Noor Helmy Abdul HalemSaadiahZizan RazakProton WiraHari Raya AidiladhaMelakaTanam paksaBola tamparSyasyaMohamed Fadzli HassanJalaluddin HassanWings (kumpulan muzik Malaysia)Nur Qistina RaisahHamzah bin Abdul MuttalibPukimakUnifi TVHinduismeTeknologi maklumatFrekuensi radio di PahangLelaki ItuKhalid Mohamad JiwaSifat-sifat AllahThe Original Gangster17 PuasaPutri JannahSumber primerSolat Sunat Tahiyyatul MasjidSenarai saluran AstroElly ArifinSungai PetaniSenarai daerah bagi setiap negeri di Malaysia mengikut populasiMasakan IndiaAmyra RosliKedudukan Dunia FIFAKumpulan Rock MalaysiaPrivate BodyguardJata MalaysiaWak DoyokMarlia MusaNabi Yusuf a.s.Paolo RossiKugiran MasdoTengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin ShahMacSultan PerakFauziah NawiSharifah HaslindaSenarai Raja-Raja MalaysiaNabi Adam a.s.ArgentinaKhunsa (siri TV)SahurRita RudainiAnafilaksiBaba dan Nyonya🡆 More