Abu Samah Mohd Kassim

Abu Samah bin Mohd Kassim (Februari 1926 – 7 April 2009) ialah salah seorang Ahli Jawatankuasa Pusat PKM sejak 1975.

Dengan itu, beliau ialah salah seorang pemimpin Melayu Parti Komunis Malaya (PKM) yang penting. PKM ditubuhkan pada 1930 sedangkan UMNO ditubuhkan pada 1946.

Kehidupan

Abu Samah dilahirkan pada Februari 1926 di mukim Semantan, Temerloh, Pahang. Beliau ialah anak keempat daripada enam adik-beradik dan merupakan cicit Dato' Bahaman, Orang Kaya Semantan yang memimpin gerakan penentangan terhadap campur tangan Inggeris dalam politik dan pentadbiran Pahang pada tahun 1891–1891. Beliau pernah mendapat pendidikan di sekolah Melayu sehingga darjah lima sebelum ke sekolah agama dan Arab selama tiga tahun.

Beliau mengatakan bahawa dirinya telah menyertai Kesatuan Melayu Muda (KMM) semasa berumur 11 tahun di samping menyertai pasukan sukarela ketika zaman remajanya untuk menentang penjajahan tentera Jepun. Penglibatannya dalam politik bermula pada pertengahan tahun 1939 selepas menyertai KMM. Setahun kemudian, beliau memasuki Federated Malay States Volunteer Force dengan pangkat lans koperal.

Pada tahun 1943 pula, beliau berundur ke Singapura lalu menjadi salah seorang anggota pasukan Hei Ho. Beliau menyandang pangkat sebagai sarjan dalam pasukan Hei Ho sehingga 1945 bilamana beliau melarikan diri lantas pulang ke Semantan lalu menghubungi Tentera Anti-Jepun Penduduk Tanah Melayu (MPAJA).

Pada tahun 1946–1948, beliau menyertai pejuangan nasionalisme dalam Parti Kebangsaan Melayu Malaya dan Angkatan Pemuda Insaf. Seterusnya pada 1948 selepas undang-undang perisytiharaan darurat, beliau menyertai perjuangan bersenjata untuk mendapatkan kemerdekaan melalui Rejimen Ke-10, Tentera Pembebasan Nasional Malaya. Beliau pernah berjaya melepaskan diri ketika berlakunya serangan hendap oleh tentera kerajaan pada tahun 1951.

Pada lewat tahun 1950-an, beliau menjadi komisaris politik dalam PKM dan memimpin pasukan propaganda komunis dan platun merdeka sebelum menjawat jawatan sebagai anggota jawatankuasa pusat. Atas arahan pihak tertinggi PKM, pada 1953, Rejimen ke-10 berpindah dari hutan Pahang ke selatan Thailand sehingga 1989. Antara 1969 hingga 1976, beliau memimpin pasukan penggempur seramai 40 orang di Hulu Kelantan. Malahan, beliau pernah bertembung dengan tentera Malaysia dalam Operasi Gonzales.

Dalam usia 80 tahun, beliau menetap di Kampung Banchulabhorn Pattana 12 di daerah Sukhirin, Thailand Selatan bersama Abdullah CD dan bekas anggota Rejimen Ke-10 yang memilih tidak pulang ke Malaysia. Abdullah C.D. dan Rashid Maidin telah meninggal dunia di selatan Thailand.[perlu rujukan]

Meninggal dunia

Abu Samah telah meninggal dunia pada 7 April 2009 ketika kira-kira pukul 5 pagi (waktu Thailand) di Hospital Sungai Golok, Thailand lalu meninggalkan seorang balu iaitu Siti Norkiah Mahmud Baginda.

Kritikan

Buku memoir anggota PKM mendapat kecaman pelbagai pihak dalam akhbar Utusan Malaysia kerana cuba mengangkat anggota-anggota PKM sebagai pejuang kemerdekaan. Oleh itu, penerbit buku ini, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), telah membekukan penerbitan dan pemasaran buku ini sebelum diambil alih oleh SIRD, Petaling Jaya.

Rujukan

Buku

  • Mohamed Salleh Lamry (2008) [2006]. Abu Samah Mohd Kassim: Pejuang Kiri Kemerdekaan Zuriat Datuk Bahaman. Petaling Jaya, Selangor: Strategic Information and Research Development Centre (SIRD). ISBN 9789833782413. OCLC 244530114.

Tags:

Abu Samah Mohd Kassim KehidupanAbu Samah Mohd Kassim Meninggal duniaAbu Samah Mohd Kassim KritikanAbu Samah Mohd Kassim RujukanAbu Samah Mohd KassimParti Komunis MalayaPertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Politik balas budiPasukan bola sepak kebangsaan MalaysiaOnn Hafiz GhaziSophia LianaPedofiliaMyKadSejarah MalaysiaEyka FarhanaAmin IdrisHuminodunKerajaan Bani UmaiyahZakar manusiaJangan Menangis Cinta (drama)Penanda wacanaDewan Negara MalaysiaIkan bandarayaSilat Gayong MalaysiaPahangSains sosialMaktab Rendah Sains MARAMedia sosialPitt HanifIjazah sarjanaSurah al-FatihahDollaAlhamdulillahFrekuensi radio di PahangSunan DrajatSenarai negara mengikut sistem kerajaanSonu SoodFarid KamilJohor BahruProton WajaRuhainiesHassanal BolkiahUndang-undang MalaysiaNegara-Negara KomanwelPencemaran udaraBulanKumpulan Wang Simpanan PekerjaRinggitKerajaan SalakanagaraPetronasKhairulamingMantra (filem)Semenanjung MalaysiaMerdeka 118Mandi wajibAmira OthmanHari GawaiKarim BenzemaSukan OlimpikLengkuasSejarah MelakaAndai Itu TakdirnyaNasi lemakFrekuensi radio di KelantanNegeri-negeri Melayu BersekutuSenarai lagu yang bertemakan Hari RayaImam MahdiPerlisI.D.Kelayakan Piala Dunia FIFA 2026 – AFC Pusingan KeduaGerhana matahariPertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17Shah AlamPenyimpan Mohor Besar Raja-RajaSenarai poskod di MalaysiaSingapuraHari WesakCopa América 2015Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan TigaLesen memandu MalaysiaNabi Saleh a.s.F.C. Internazionale MilanoRoti johnZodiak🡆 More