6: Tahun

    Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 6. Bagi kegunaan lain, sila lihat 6 (nombor).

6 merupakan tahun biasa yang bermula pada hari Jumaat dalam kalendar Gregory.

Milenium: milenium pertama
Abad:
Dekad:
Tahun:

Peristiwa

Mengikut tempat

Asia

  • Naik takhta Ru Zi Ying dari Dinasti Han di China dan permulaan zaman Jushe bagi Dinasti Han.
  • Calon-calon jawatan politik di China diwajibkan mengambil peperiksaan perkhidmatan awam.

Empayar Rom

  • Iudaea dan Moesia menjadi provinsi Rom; Syria dikawal oleh legion-legion X Fretensis, III Gallica, VI Ferrata, dan XII Fulminata.
  • Augustus menubuhkan perbendaharaan khas, aerarium militare, untuk membayar bonus kepada bekas perajurit-perajurit legion yang bersara.
  • Tiberius menjadikan Carnuntum sebagai pusat operasinya terhadap Maroboduus; XX Valeria Victrix, legion Rom, bertempur bersama dengan Tiberius terhadap Marcomanni.
  • Puak Pannonia, bersama dengan puak Dalmatia dan puak-puak Illyria yang lain, memberontak tetapi ditewaskan oleh Tiberius selepas kempen ketenteraan yang berlangsung selama tiga tahun.
  • Pembinaan kubu Rom memulakan kota Wiesbaden kini.
  • Quirinius mengadakan banci di Judea (menurut Josephus) dan mengakibatkan pemberontakan di provinsi tersebut. Pemberontakan itu yang diketuai oleh Judas si Anak Galilee, dan disokong oleh Farisi Sadoq, ditindas dengan pemberontak-pemberontak disalib, tetapi ia melahirkan gerakan Zealot yang ahli-ahlinya menganggap diri sebagai dikuasai hanya oleh Tuhan.
  • Akibat kekurangan makanan di Rom, Augustus menambah sekali ganda catuan jagung yang dibahagikan kepada penduduknya.
  • Akibat kebakaran yang membawa bencana di Rom, sistem berek dicipta untuk memudahkan gerak balas yang lebih cepat semasa kecemasan.

Kelahiran

  • Jesus (biasa dianggap sebagai tahun lahir terakhir yang mungkin, berdasarkan banci Quirinius pada tahun itu)
  • Nero Caesar, anak lelaki Germanicus dan Agrippina si Lebih Tua (maut 30)
  • Milonia Caesonia, maharani Rom (maut 41)

Kematian

  • Cleopatra Selene (II), raja Mesir kepada Cyrenaica dan Libya (lahir 40 SM)
  • Orodes III dari Parthia, maharaja Parthia buat tempoh yang singkat

Tags:

6 Peristiwa6 Kelahiran6 Kematian6

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Racun RihannaSalahuddin al-AyyubiKerajaan MataramSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah ShahRisteena MunimYouTubeJudiLaskar Udara ISolat subuhPakatan HarapanJ RevolusiPeristiwa 13 MeiShuib SepahtuHazama AzmiPerkara yang dilarang dalam IhramPerceraian dalam IslamPerempuan Itu (drama)Skop ProductionsBola tamparKomunikasiMakam PahlawanShaheizy SamMata anginKhunsa (siri TV)Perang UhudNorman HakimLabuanPrabowo SubiantoAbdul Rahim Mohd NoorPiala Asia B-23 AFC 2024Frekuensi radio di Negeri SembilanMaktab Rendah Sains MARAOrang Asli di MalaysiaPasukan bola sepak kebangsaan MalaysiaMokhtar DahariEmma MaembongUndang-undangSenarai lagu yang bertemakan Hari RayaJenis darahPerikatan NasionalLaskar MudaMerdeka 118BidaraBruneiDarurat Tanah MelayuNabil AhmadPerang Dunia PertamaSultan Muhammad VNegara PalestinBahasa ArabKetupat palasNur FazuraRogolParti Islam Se-MalaysiaDoa IftitahSaleemTimbalan Perdana Menteri MalaysiaEyka FarhanaNegarakuNabi Ibrahim a.s.Sultan PerakAbdul Razak HusseinParlimen MalaysiaRukun NegaraBryan DomaniJabatan Perangkaan MalaysiaAllahAzhar IdrusBendera PalestinMalaysiaJam 12 jamGoogle ScholarHukum Kanun MelakaHari BumiMalaysia MadaniKota BharuTunku Abdul Rahman🡆 More