338 Sm

Milenium: milenium pertama SM
Abad:
Dekad:
  • 35-an SM
  • 34-an SM
  • 33-an SM
  • 32-an SM
  • 31-an SM
Tahun:

Peristiwa

Mengikut tempat

Yunani

  • Selepas kemenangannya yang penting terhadap tentera Locris, Philip II dari Macedon dengan pantasnya masuk ke Phocis. Beliau kemudian beralih ke arah tenggara turun ke lembah Cephissus, dan menawan Elateia serta membaik pulih kubu-kubu kota itu.
  • Athens mengatur sebuah perikatan dengan Euboea, Megara, Achaea, Corinth, Acarnania, dan sebilangan negeri di Peloponnesus. Bagaimanapun, sekutu idaman Athens ialah Thebes. Oleh itu, Demosthenes, ketua Athens, ke kota Boeotia untuk mencapai perikatan dengan Thebes, walaupun perwakilan Macedon telah memujuk Thebes supaya menyertai Macedon. Sebagai balasan, Athens bersetuju bahawa Thebes akan menguasai Boeotia, mengetuai angkatan tentera darat secara tunggal serta mengetuai angkatan tentera laut bersama-sama dengan Athens, dan Athens akan membayar dua pertiga daripada kos kempen ketenteraan.
  • 2 Ogos - Philip II dari Macedon menewaskan tentera Athens dan Thebes dalam Pertempuran Chaeronea di Boeotia barat. Puteranya, Alexander, mengetuai sayap kiri tentera Macedon semasa bertempur.
  • Dalam kemenangan, Philip II bersikap keras terhadap Thebes, tetapi menaruh belas kasihan kepada Athens kerana usaha-usaha Demades, pemidato dan diplomat Athens, yang membantu merundingkan perjanjian perdamaian antara Macedon dan Athens.
  • Philip II mara menuju Peloponnesus dan menewaskan Thessaly serta menaklukkan Sparta. Beliau mengadakan Kongres Semua Yunani di Corinth yang menyebabkan pengasasan hegemoni Macedon terhadap Yunani tengah (termasuk Athens).
  • Lycurgus, negarawan dan pemidato Athens, dipertanggungjawabkan dengan kewangan negara dan bertambah sekali ganda hasil kerajaan tahunan Athens.
  • Selepas berkempen di Itali selatan selama lima tahun, Raja Archidamus III dari Sparta gagal mencapai sebarang keputusan yang muktamad dan semasa mengetuai askar-askar upahannya untuk membantu tentera Tarentum terhadap tentera Lucani, beliau dibunuh bersama-sama dengan kebanyakan askarnya di Manduria, Calabria.
  • Raja Archidamus III diwarisi oleh puteranya, Agis III, sebagai raja Sparta.

Sicily

  • Carthage mencuba sekali lagi untuk menaklukkan seluruh Sicily, dan menurunkan sebilangan askar upahan untuk melanjutkan pertempuran antara Timoleon dengan penzalim-penzalim Sicily. Tetapi usaha ini tamat dengan kekalahan Hicetas, penzalim Leontini, yang diambil sebagai tawanan dan dihukum mati. Melalui sebuah perjanjian antara Syracuse dengan Carthage, penguasaan Carthage di Sicily dihadkan kepada kawasan-kawasan di sebelah barat Sungai Halycus (Platani).
  • Dengan kedamaian akhirnya dicapai dengan Carthage, Timoleon dari Syracuse menggulingkan lagi dua orang penzalim di Sicily dan kemudian bersara untuk mengamalkan kehidupan peribadi.

Empayar Parsi

  • Bagoas, jeneral dan wazir Parsi (serta juga seorang sida-sida), tidak lagi disukai oleh Artaxerxes. Beliau cuba mengekalkan jawatannya dengan menggantikan Raja Artaxerxes III dengan putera bongsunya, Arses yang dianggapnya lebih mudah dikuasai. Oleh itu, Bagoas membunuh Artaxerxes III dan kesemua puteranya, kecuali Arses yang dijadikan raja Parsi. Artaxerxes IV Arses hanya merupakan raja boneka manakala Bagoas memegang kuasa di sebalik takhta.

Republik Rom

  • Perang Latin tamat dengan Liga Latin dibubarkan dan setiap kota Latin terpaksa menerima syarat-syarat Rom. Banyak dariada kota-kota itu digabungkan ke dalam negara Rom. Dalam perdamaiannya dengan kota-kota Liga Latin yang ditewaskan, Rom menawarkan syarat-syarat yang liberal kepada mereka. Lelaki-lelaki di banyak kota tersebut diberikan kewarganegaraan dan oleh itu, Rom memperoleh kawan berbanding dengan musuh.
  • Dengan kejatuhan kota utamanya, Antium, kepada Rom, tentera Volsci akhirnya menamatkan tentangan mereka terhadap Rom dan menerima sebuah perikatan perdamaian dengannya.

Kelahiran

Kematian

  • Artaxerxes III, raja Empayar Parsi (dibunuh)
  • Archidamus III, raja Sparta (dibunuh dalam pertempuran)
  • Isocrates, pemidato dan ahli retorik Athens
  • Hicetas, penzalim Leontini
  • Shang Yang, negarawan Cina dari negeri Qin (dihukum mati)

Tags:

338 Sm Peristiwa338 Sm Kelahiran338 Sm Kematian338 Sm

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Surah Al-AlaqHishammuddin HusseinYamanNasi tangasShukri YahayaKristianSekolah Menengah Kejuruan Negeri 26 JakartaMasjid al-AqsaKhaidhirah Abu ZaharKKN di Desa Penari (filem)Reading, BerkshireNegeri-negeri Melayu BersekutuIsu kalimah Allah pada stoking 2024PetronasSerangan jantungCabang dan mazhab IslamMuhammad bin Idris al-SyafiiFarajJam 24 jamAhmad Zahid HamidiPulau PinangPerodua AxiaWan Ji Wan HussinPertubuhan Keselamatan SosialRangka manusiaSiti HariesaKonfusianisme17 PuasaBostonSharifah ShahirahKamparHeliza HelmiSurah al-FatihahBangladeshSiti Khadijah HalimParsiLaila NasirSultan Iskandar ibni Sultan IsmailSunan MuriaNgabuburitAisyah Abu BakarSarawakTabbyRujukan kehormatDollaRukun NegaraYasmin AhmadOrang YahudiPandemik COVID-19 di MalaysiaAmin IdrisIslamEnglandSejarah MelakaMasjidAnna JoblingPasukan bola sepak kebangsaan IndonesiaKelapa sawitAdnan bin SaidiPaskah YahudiTulisan JawiYusof HaslamKawasan bandarSlot LestaryPutrajayaNegeri-negeri Melayu Tidak BersekutuOnn JaafarKata adjektifPolis EVO 3Isteri Separuh MasaPersekutuan Pengakap MalaysiaSenarai Kementerian di MalaysiaAmen KhalidHari Kebangsaan MalaysiaSophia AlbarakbahUngku Ismail AzizSlot Sakura12 Dewa OlympusKelapa🡆 More