Jambatan Pelabuhan Sydney merupakan jambatan gerbang alur (through arch bridge) besi yang merentasi Pelabuhan Sydney dan membawa trafik kereta api, kenderaan, basikal dan pejalan kaki antara kawasan pusat perniagaan Sydney dengan North Shore.
Pandangan dramatik jambatan, pelabuhan dan Panggung Opera Sydney berdekatan merupakan imej ikonik bagi kedua-dua bandar Sydney dan Australia. Jambatan ini digelar "Penyangkuk Baju" kerana reka bentuk gerbangnya.
Di bawah penyeliaan jurutera Dr J.J.C. Bradfield dari Jabatan Kerja Raya Awam NSW, jambatan ini direka dan dibina oleh syarikat Inggeris Dorman Long and Co Ltd dari Middlesbrough, dan dibuka pada 1932. Menurut Guinness World Records, ia merupakan jambatan rentang terlebar di dunia. Ia juga merupakan jambatan gerbang rentang kelima terpanjang di dunia, dan ia juga merupakan jambatan gerbang besi tertinggi, berukuran 134 meter (440 ka) dari puncak ke aras air. Until 1967 the Harbour Bridge was Sydney's tallest structure.[perlu rujukan]
Selatan hujung jambatan itu (CBD) terletak di Millers Point di kawasan The Rocks, dan hujung utara di Milsons Point di kawasan North Shore. Terdapat enam lorong asal jalan raya melalui jalan utama, termasuk dua lorong lalu lintas jalan raya tambahan di sebelah timur, menggunakan lorong yang dahulunya landasan trem. Bersebelahan dengan lalu lintas jalan raya, jalan untuk kegunaan pejalan kaki berjalan di sepanjang bahagian timur jambatan, manakala jalan khusus untuk penggunaan basikal sahaja berada di sebelah barat; di antara jalan utama dan laluan basikal barat adalah dua lorong digunakan untuk landasan kereta api, memberi perkhidmatan kepada Laluan T1 North Shore untuk Kereta api Sydney.
Jalan raya utama di jambatan ini dikenali sebagai Bradfield Highway dan lebih kurang 2.4 kilometer (1.5 bt) panjang, membuatnya menjadi salah satu jalan raya terpendek di Australia.
Wiki Commons mempunyai media berkaitan Jambatan Pelabuhan Sydney |
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Jambatan Pelabuhan Sydney |
Wikiberita mempunyai berita berkaitan: Kekacauan pengulang-alik di Sydney setelahangin merosakkan laluan Harbour Bridge |
Webcam:
Imej:
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Jambatan Pelabuhan Sydney, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.