Suzume

Suzume (Jepun: すずめの戸締まり, Hepburn: Suzume no Tojimari, lit.

Filem ini menampilkan suara Nanoka Hara dan Hokuto Matsumura, dengan rekaan watak oleh Masayoshi Tanaka, arahan animasi oleh Kenichi Tsuchiya, arahan seni oleh Takumi Tanji, dan muzik oleh Radwimps dan Kazuma Jinnouchi. Suzume merupakan kerjasama kali ketiga Shinkai dengan Radwimps dan Tanaka, selepas Your Name (2016) dan Gadis Cuaca (2019), dan diinspirasikan oleh bencana gempa bumi dan tsunami Tōhoku.

Suzume
Suzume
PengarahMakoto Shinkai
PenulisMakoto Shinkai
Dihasilkan oleh
  • Kōichirō Itō
  • Genki Kawamura
Dibintangi
  • Nanoka Hara
  • Hokuto Matsumura
  • Eri Fukatsu
  • Shota Sometani
  • Sairi Ito
  • Kotone Hanase
  • Kana Hanazawa
  • Matsumoto Hakuō II
Disunting olehMakoto Shinkai
Muzik oleh
  • Radwimps
  • Kazuma Jinnouchi
Syarikat
penerbitan
  • CoMix Wave Films
  • Story Inc.
Diedarkan olehToho
Tarikh tayangan
  • 11 November 2022 (2022-11-11) (Jepun)
  • 8 Mac 2023 (2023-03-08) (Indonesia, Filipina)
  • 9 Mac 2023 (2023-03-09) (Malaysia, Singapura)
  • 16 Mac 2023 (2023-03-16) (Brunei)
  • 13 April 2023 (2023-04-13) (Thailand)
Masa tayangan
122 minit
NegaraJepun
BahasaBahasa Jepun
Pecah panggungUS$300.9 juta

Filem ini mengikuti seorang pelajar sekolah tinggi berusia 17 tahun yang bernama Suzume Iwato dan Souta Munakata, yang bekerjasama untuk mencegah bencana alam berturut-turut di seluruh Jepun.

Barisan pengisi suara

Watak Pengisi suara
Bahasa Jepun Bahasa Inggeris
Suzume Iwato (Jepun: 岩戸 鈴芽, Hepburn: Iwato Suzume) Nanoka Hara
Akari Miura (kecil)
Nichole Sakura
Bennet Hetrick (kecil)
Souta Munakata (Jepun: 宗像 草太, Hepburn: Munakata Sōta) Hokuto Matsumura Josh Keaton
Tamaki Iwato (Jepun: 岩戸 環, Hepburn: Iwato Tamaki) Eri Fukatsu Jennifer Sun Bell
Minoru Okabe (Jepun: 岡部 稔, Hepburn: Okabe Minoru) Shota Sometani Roger Craig Smith
Rumi Ninomiya (Jepun: 二ノ宮 ルミ, Hepburn: Ninomiya Rumi) Sairi Ito Amanda C. Miller
Chika Amabe (Jepun: 海部 千果, Hepburn: Amabe Chika) Kotone Hanase Rosalie Chiang
Tsubame Iwato (Jepun: 岩戸 椿芽, Hepburn: Iwato Tsubame) Kana Hanazawa Allegra Clark
Hitsujirō Munakata (Jepun: 宗像 羊朗, Hepburn: Munakata Hitsujirō) Matsumoto Hakuō II Cam Clarke
Tomoya Serizawa (Jepun: 芹澤 朋也, Hepburn: Serizawa Tomoya) Ryūnosuke Kamiki Joe Zieja
Daijin (Jepun: ダイジン) Ann Yamane Lena Josephine Marano
Miki (Jepun: ミキ) Aimi Mela Lee

Tayangan

Suzume 
Peta dunia menunjukkan negara dan kawasan yang menayangkan filem Suzume:
  Telah menayangkan
  Merancang untuk menayangkan pada masa depan

Dalam panggung wayang

Di Jepun, Suzume mendapat tayangan IMAX awal pada 7 November 2022 untuk penonton yang terpilih melalui undian. Filem ini mula ditayangkan di seluruh negara oleh Toho di 420 panggung wayang di Jepun pada 11 November melalui tayangan biasa dan IMAX. Tayangan tengah malam telah diadakan di 11 panggung wayang di enam bandar di Jepun. Filem ini mendapat tayangan antarabangsa perdana semasa temasya Festival Filem Antarabangsa Berlin ke-73 pada 23 Februari 2023, sekaligus menjadi filem anime pertama yang muncul di festival tersebut sejak Spirited Away pada tahun 2002.

Di Asia, filem ini mula ditayangkan pada 2 Mac 2023, di Hong Kong, Taiwan dan Makau; 8 Mac di Indonesia,, Filipina, dan Korea Selatan; 9 Mac di Malaysia dan Singapura; 10 Mac di Vietnam; 16 Mac di Brunei; 24 Mac di China; 13 April di Thailand; dan 21 April di India. Pengedar filem yang berpusat di Singapura Encore Films mengendalikan pengedaran filem ini di Asia Tenggara, dengan tayangan Filipina dan Thailand diedarkan bersama Warner Bros. Pictures.

Pada bulan Mei 2022, Crunchyroll, Sony Pictures, dan Wild Bunch International mengumumkan bahawa mereka telah memperoleh hak pengedaran global filem ini. Crunchyroll akan mengendali pengedaran filem ini di Amerika Utara dan akan bergabung dengan Sony Pictures Releasing di wilayah di luar Asia di bawah bendera Sony Pictures Releasing International, manakala Sony dan Wild Bunch akan mengedarkan filem ini bersama di Eropah. Satu tayangan khas telah diadakan pada 1 Mac 2023, di BFI Southbank di London, dengan Shinkai sendiri menyertai acara tersebut. Filem ini mendapat tayangan perdana Amerika Utara semasa temasya Festival Filem Kanak-kanak Antarabangsa New York pada 5 Mac. Satu lagi tayangan khas telah diadakan pada 21 April 2023, di Panggung Wayang PVR Cinemas Citi Mall di Mumbai, dengan Shinkai menghadiri acara itu untuk meraikan tayangan perdana filem ini dalam Bahasa Jepun dan alih suara Bahasa Hindi di India. Beliau berinteraksi dengan saluran media bersama peminat luar negara dan menghadiri sesi soal jawab. Beliau juga menyertai satu acara tandatangan bersama Denki Amashima, pengilustrasi adaptasi manga filem ini. Ini merupakan kali kedua kunjungan Shinkai ke India. Sebelum ini, beliau berkunjung ke negara tersebut semasa tayangan perdana filemnya Gadis Cuaca pada tahun 2019.

Suzume memulakan tayangan umumnya pada 12 April 2023, di Perancis, Malta, dan Switzerland; 13 April di Argentina, Armenia, Australia, Azerbaijan, Bolivia, Brazil, Amerika Tengah, Chile, Denmark, Ecuador, Georgia, Jerman, Yunani, Hungary, Israel, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Mexico, Belanda, New Zealand, Peru, Slovakia, Tajikistan, Turki, Uruguay, Uzbekistan dan Venezuela; 14 April di Austria, Belgium, Kanada, Estonia, Gibraltar, Ireland, Kenya, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Norway, Afrika Selatan, Sepanyol, Sweden, United Kingdom, dan Amerika Syarikat; 20 April di Colombia dan Portugal; 21 April di Bulgaria, Finland, Poland, dan Romania; 27 April di Itali, Kuwait, Qatar, Arab Saudi, dan Emiriah Arab Bersatu; 30 April di Iceland; May 25 in Croatia, Serbia, Bosnia dan Herzegovina, Kosovo, Macedonia Utara dan Albania; dan 26 Mei di Republik Czech dan Madagaskar.

Di Australia, Kanada, Ireland, New Zealand, United Kingdom dan Amerika Syarikat, versi alih suara Bahasa Inggeris telah ditayangkan bersama dengan versi asal Bahasa Jepun filem ini.

Media rumah

Suzume telah dikeluarkan dalam Blu-ray dan DVD di Jepun pada 20 September 2023, dan termasuk sari kata Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina. Edisi pengumpul menampilkan Blu-ray HD Ultra 4K dan kandungan tambahan seperti komentari audio, dokumentari di sebalik tabir, animatik filem, dan temu ramah dengan barisan pelakon dan ahli staf. Crunchyroll mula menstrimkan filem ini pada 16 November 2023 di seluruh dunia kecuali kawasan Asia Dan Perancis.

Sambutan

Kutipan panggung

Suzume telah memperoleh lebih $323.3 juta di seluruh dunia, termasuk ¥14.86 billion di Jepun. Ia merupakan filem anime berperolehan keempat tertinggi sepanjang masa. Filem ini membuat penampilan sulungnya di tangga pertama kutipan panggung Jepun, dan memperoleh 1.88 bilion yen ($13.49 juta) daripada tayangan IMAX awal dan dalam tiga hari pertama tayangannya. Ia melampaui Gadis Cuaca untuk menjadi filem Shinkai terbesar dalam tiga hari pembukaannya. Di Jepun, filem ini merupakan filem berperolehan keempat tertinggi tahun 2022, filem anime berperolehan kesembilan tertinggi sepanjang masa, dan filem berperolehan ke-15 tertinggi keseluruhan sepanjang masa.

Di China, pengarah Shinkai menyertai aktiviti-aktiviti pemasaran di Beijing dan Shanghai dari 16 hingga 20 Mac, menjadi pengarah filem asing pertama untuk melancong ke tanah besar China untuk promosi filem sejak kemunculan COVID-19, sekali gus menggalakkan kepopularan Suzume di China. Filem ini memperoleh US$82.27 juta dalam sepuluh hari pertama tayangannya di China, melebihi kutipan panggung Your Name untuk menjadi filem Jepun berperolehan tertinggi yang ditayangkan di negara tersebut. Setakat 23 April 2023, Suzume memperoleh US$112 juta di China. Suzume akhirnya memperoleh CN¥807 juta di China, melebihi kutipan panggung tempatannya di Jepun dan menjadikan China kawasan berperolehan tertinggi di dunia.

Di Korea Selatan, Suzume merupakan filem berperolehan tertinggi selama 35 hari berturut-turut selepas penayangannya, menetapkan rekod kedua tertinggi selepas Avatar (2009). Setakat 15 April 2023, filem tersebut memperoleh US$35.78 juta dan telah menarik sejumlah lebih 4.48 juta penonton, melebihi The First Slam Dunk (2022) untuk menjadi filem Jepun berperolehan tertinggi dan paling banyak ditonton yang ditayangkan di negara tersebut.

Di Amerika Syarikat, filem ini telah ditayangkan bersama Renfield, The Pope's Exorcist, Mafia Mamma dan Sweetwater, dan diunjurkan untuk memperoleh US$4.7 juta daripada 2,170 panggung pada hujung minggu pembukaannya. Ia menjana US$2.15 juta pada hari pertama tayangannya, dan juga US$680,000 daripada tayangan pratontonnya pada hari khamis. Filem ini kemudiannya memperoleh US$5 juta pada hujung minggu pembukaannya, dan berada di kedudukan ketujuh kutipan panggung di belakang Dungeons & Dragons: Honor Among Thieves.

Penerimaan kritis

Di laman sesawang agregator ulasan Rotten Tomatoes, 96% daripada 127 ulasan kritis filem ini adalah positif, dengan rating purata 7.9/10. Sepersetujuan pendapat laman itu nyatakan: "Suzume menampakkan Makoto Shinkai gagal melepasi batas yang ditetapkan oleh filem-filem sebelumnya - tetapi apabila hasil filem ini mempunyai visual yang mendebarkan dan memberi impak yang besar dari segi emosi, sukar untuk orang ramai mencari sebarang kesilapannya. Di Metacritic, filem ini menerima rating purata 77 daripada 100 berdasarkan 27 ulasan kritis, menunjukkan filem ini "secara umumnya menerima ulasan positif". Penonton yang dipilih oleh PostTrak memberikan filem ini skor positif 89%, dengan 72% daripada kalangan penonton itu berkata bahawa mereka akan mengesyorkan filem ini kepada orang ramai.

Di laman ulasan Jepun Filmarks, Suzume menerima rating purata 4,00/5 berdasarkan 6,585 ulasan pengguna, dan berada di tempat kedua pemeringkatan kepuasan penonton hari pertamanya. Matt Schley dari The Japan Times memberikan rating 4 daripada 5 bintang untuk filem ini, dan mengelarnya sebagai "karya yang paling memuaskan pengarah filem ini." Beliau memuji karya seni dan animasi filem ini, dan walaupun beliau menyifatkan sesetengah daripada dialog filem ini sebagai "Klise atau memalukan", beliau merasa bahawa filem ini "lebih matang" berbanding filem-filem Shinkai sebelumnya. Schley juga mendapati kemuncak filem ini "agak mengganggu pemikiran" dan mengatakan bahawa hal ini mungkin akan dipertikaikan sesama penonton jika Shinkai benar-benar "beruntung". Richard Eisenbeis yang mengulas untuk Anime News Network menggredkan filem ini dengan kelas A. Beliau turut memuji cerita, watak, animasi, dan muziknya, tetapi mendapati struktur plotnya mirip Your Name dan Gadis Cuaca sehingga membuat filem ini "lebih mudah diramal." Einsenbeis juga mengkritik penampilan makhluk yang ditemui Suzume di Tokyo yang digambarkannya sebagai "kesan janaan komputer murahan yang ditempatkan ke atas animasi yang bermutu dan tidak dipadukan dengan baik." Gautam Sunder dari The Hindu memuji Shinkai atas penguasaan suasana berbeza, pembikinan watak, humor dan rujukan filem animasi lama dalam filem tersebut, tetapi mengaku bahawa ia tidak boleh menandingi keindahan ketara The Garden of Words atau rentak dramatik Your Name.

Rujukan

Pautan luar

Templat:CoMix Wave Films

Tags:

Suzume Barisan pengisi suaraSuzume TayanganSuzume SambutanSuzume RujukanSuzume Pautan luarSuzumeAnimeBahasa JepunFilem fantasiGadis CuacaGempa bumi dan tsunami Tōhoku 2011Perumian HepburnTohoYour Name

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Penjodoh bilangan bahasa MelayuKetumIzzue IslamBahasa MaduraFrekuensi radio di SarawakPembukaan Kota MekahGolongan kata (bahasa Melayu)Zarina ZainuddinKK Super MartLengkuasPerodua MyViNombor telefon di MalaysiaLiga Super Malaysia 2024–25Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaNabi Ibrahim a.s.Senarai Yang di-Pertuan AgongOrang Asli di MalaysiaWings (kumpulan muzik Malaysia)Yasmin AhmadUmmi NazeeraShahrulezad MohameddinSlot SakuraPerakSumber primerRakaatFunanBank Negara MalaysiaMedia sosialPersatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah AntarabangsaJenis air untuk bersuci dalam IslamPortugalBeto KusyairyRindu Kasih 2Imam MahdiJibrailIjazah sarjanaJabatan Kebajikan Masyarakat MalaysiaF.C. Internazionale MilanoSlot LestarySolat hajatAlat kebesaran diraja MalaysiaButakKerajaan TarumanagaraFatimah al-ZahraPulau PinangPasukan Kadet PDRMImaginurFalsafah Pendidikan MalaysiaPahangRejimen Askar Melayu DiRajaMohd Na'im MokhtarSaifuddin Nasution IsmailIslam di MalaysiaSemenanjung MalaysiaSyed Mokhtar Al-BukharyLaluan Kelana JayaDaiyan TrishaSyiahSayu Yang SyukurOmanSlot MegaDramaJepunAzahari HusinSejarahHarimauSingapuraNabi Isa a.s.Azhan RaniZiana ZainKerisGua HiraSekolah Menengah Kejuruan Negeri 26 JakartaRadio Televisyen MalaysiaKelayakan Piala Dunia FIFA 2026 (AFC)Awesome TVAerofonJabatan Bomba dan Penyelamat MalaysiaMajlis Raja-Raja🡆 More