Sun Wu (Pinyin:Sūn Wǔ), lebih dikenali sebagai Sun Tzu atau Sunzi) (Cina ringkas: 孙子code: zh is deprecated ; Cina tradisional: 孫子code: zh is deprecated ; pinyin: Sūnzǐ, ialah seorang jeneral, ahli strategi dan ahli falsafah China zaman purba yang dipercayai telah mengarang buku Seni Peperangan, satu buku yang berpengaruh berkaitan strategi ketenteraan.
Sun Tsu meninggalkan jasa bukan sahaja kepada sejarah China, malah budaya dan sejarah Asia, menerusi Seni Peperangan penulisannya dan juga legendanya.
Sun Tzu | |
---|---|
Lahir | c. 544 SM (tradisional) |
Meninggal dunia | c. 496 SM (tradisional) |
Pekerjaan | Jeneral dan Ahli Taktik |
Tempoh | Zaman Negeri-Negeri Berperang |
Subjek | Strategi Ketenteraan |
Karya terkenal | Seni Peperangan |
Sun Tzu | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Cina Tradisional: | 孫武 | ||||||
Cina Ringkas: | 孙武 | ||||||
Hanyu Pinyin: | Sūn Wǔ | ||||||
|
Sun Tzu, yang juga diterjemahkan sebagai "Sun Tze" atau "Sun Wu" dalam beberapa karya penterjamahan, merupakan seorang tokoh sejarah yang dipersoalkan ketulenanna oleh para sejarawan. Pengisahan tradisional meletaknya pada Zaman Musim Bunga dan Musim Luruh China (722–481 SM), sebagai seorang jeneral tentera yang berkhidmat untuk Raja Helu dari Wu, yang hidup pada lebih kurang 544–496 SM. Para sarjana moden yang menerima ketulenannya meletakkan tarikh Seni Peperangan diselesaikan pada Zaman Negeri-Negeri Berperang (476–221 SM), berlandaskan pemerian peperangan dalam teksnya, dan kesamaan prosanya kepada prosa karya-karya sezaman.
Pengisahan tradisional menyatakan bahawa warisnya, Sun Bin, juga menulis treatis tentang taktik, berjudul Seni Peperangan Sun Bin. Penulisan klasik China merujuk kepada kedua-dua Sun Wu dan Sun Bin sebagai "Sun Tzu", dan beberapa ahli sejarah pada mulanya mempercayai yang Sun Wu sebenarnya ialah Sun Bin, sehinggalah penjumpaan treatis Sun Bin pada tahun 1972. Karya Seni Peperangan Sun Tsu menjadi masyhur dan digunakan secara amali pada kurun ke-19 dan ke-20 di kalangan negara Barat; karyanya masih mempengaruhi kebudayaan dan politik Asia dan Barat hingga sekarang.
Seni Peperangan Sun Tzu telah mempengaruhi ramai orang terkenal. Sumber tradisi China menyatakan bahawa maharaja pertama China bersatu, Qin Shi Huang, menganggap bahwa buku tersebut menyumbang kepada penyelesaian zaman "Negeri-negeri Berperang". Seni Peperangan diperkenalkan kepada Jepun pada lebeih kurang tahun 760 M dan dengan pantas menjadi popular di kalangan jeneral Jepun. Karya itu juga berperananan penting dalam penyatuan negara Jepun. Penguasaan pengajarannya disanjung tinggi oleh samurai serta digalakkan kuat oleh daimyo dan shogun Oda Nobunaga, Toyotomi Hideyoshi, dan Tokugawa Ieyasu.
Laksamana Armada Tōgō Heihachirō, yang memimpin angkatan perang Jepun yang berjaya mengalahkan tentera Rusia dalam Perang Rusia-Jepun merupakan peminat Seni Peperangan.
Pemimpin China Komunis, Mao Zedong berkata Seni Peperangan membantunya mengalahkan Chiang Kai-shek dan Kuomintang pada tahun 1949. Karya ini memepengaruhi kuat penulisan Mao berkaitan peperangan gerila, dan ini kemudiannya mempengaruhi pemebrontak komunis seluruh dunia.
Jeneral Vo Nguyen Giap, panglima tentera Vietnam (Utara) yang menewaskan tentera Perancis dan kemudiannya tentera Amerika Syarikat dalam peperangan di Vietnam, merupakan pengkaji dan pengamal idea-idea Sun Tzu. Ho Chi Minh pula menterjemahkan karya tersebut agar dikaji pegawai tentera Vietnam.
Tentera Darat dan Marin Amerika Syarikat menyenaraikan Seni Peperangan sebagai bahan bacaan buat anggota-anggotanya Dilaporkan juga Jeneral Norman Schwarzkopf dan Jeneral Colin Powell mengamalkan prinsip-prinsip Sun Tzu, perdayaan, kecepatan, dan serangan terhadap kelemahan musuh, sewaktu Perang Teluk pada tahun 1990-an.
Ketahui lebih lanjut tentang Sun Tzu di Wiki: | |
Imej dan media dari Commons | |
Petikan dari Wikipetikan | |
Teks sumber dari Wikisumber |
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Sun Tzu, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.