Staf Sarjan ialah satu pangkat Penyelia Kanan dalam Kumpulan Lain-Lain Pangkat dalam Tentera Darat Malaysia.
Tarafnya di antara Sarjan dan Pegawai Waran II. Ia setaraf dengan Flait Sarjan dalam Tentera Udara Diraja Malaysia dan Bintara Kanan dalam Tentera Laut Diraja Malaysia. Seperti kedudukan pangkat dalam ATM, pangkat Staf Sarjan juga dikenali sebagai Bintara dan diklasifikasi Pegawai Tanpa Tauliah Kanan dalam kelasnya.
Kedudukan pangkat beliau sebagai Penyelia Kanan ialah dimana beliau akan bertanggungjawab kepada orang yang diatasnya (Pegawai Waran atau Pegawai Bertauliah) dan anggota bawahannya yang terdiri dari Sarjan, Koperal dan Lans Koperal. Pangkat ini pada lazimnya memiliki hitung panjang dua belas tahun perkhidmatan dan cukup syarat-syarat yang ditetapkan untuk kenaikkan pangkat. Staf Sarjan juga merupakan pangkat polis di kebanyakan pasukan polis di dunia.
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Staf Sarjan, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.