Siri Apple Ii

Apple II (sering ditulis sebagai Apple atau Apple) ialah komputer peribadi pengeluaran besar-besaran pertama yang amat berjaya.

Ia diperkenalkan oleh Apple Computer (kini Apple Inc.) pada 1977. Dari segi kesenangan penggunaan, ciri dan kebolehkembangan, Apple II merupakan kemajuan teknologi utama berbanding pendahulunya, Apple I, suatu komputer papan litar kosong keluaran terhad untuk penggemar elektronik yang merintis banyak ciri yang menjadikan Apple II satu kejayaan komersil. Diperkenalkan di West Coast Computer Faire pada 1977, Apple II merupakan antara komputer peribadi pertama yang berjaya dan bertanggungjawab melancarkan syarikat Apple menjadi perniagaan berjaya (dan membolehkan beberapa syarikat berkaitan bermula). Sepanjang beberapa tahun, sejumlah model berbeza diperkenalkan dan dijual, dengan model paling popular dikilangkan dengan hanya perubahan kecil walau sehingga 1990-an. Di akhir pengeluarannya pada 1993, antara lima dan enam juta komputer siri Apple II (termasuk lebih kurang 1.25 juta model Apple IIGS) telah dihasilkan.

Siri Apple Ii
Apple II yang dikeluarkan pada 1977, ditunjukkan di sini dengan pemacu cakera liut kembar dan monitor. Apple II menonjolkan papan kekunci bersepadu, bunyi, selongsong plastik, dan lapan slot tambah dalaman.

Apple II menjadi salah satu komputer yang paling dikenali dan berjaya pada 1980-an dan awal 1990-an. Ia dipasarkan secara agresif melalui potongan harga pukal dan aturan perkilangan kepada institusi pendidikan yang menjadikannya komputer pertama digunakan secara meluas di sekolah menengah Amerika Syarikat. Satu usaha tertumpu untuk membangunkan perisian pendidikan dan perniagaan bagi Apple II, termasuk pengeluaran hamparan kerja VisiCalc yang popular pada 1979, menjadikan komputer popular terutamanya dengan pengguna perniagaan dan keluarga.

Rujukan

Pautan luar


Tags:

1977Apple IApple Inc.Komputer peribadi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Sejarah MalaysiaMusang PulutKugiran MasdoSolat jamakSurah al-BaqarahMenteri Kesihatan MalaysiaProton PersonaShahril Sufian HamdanHulu LangatRadius OnePerempuan Itu (drama)Amerika SyarikatKuala Kubu Baharu (kawasan negeri)Afzan A. RahmanPetaling JayaShaharuddin ThambyMasjid Sri SendayanSarawakTanda-tanda KiamatAstro MalaysiaPenanggalanPenerbangan 370 Penerbangan MalaysiaPASKAL (filem)BruneiOman AirRasuahSenarai lagu yang bertemakan Hari RayaNegeri-negeri Melayu Tidak BersekutuPiagam MadinahHantu Kak Limah Balik RumahPerodua VivaSyamim FaridAbdul Razak HusseinTentera Udara Diraja MalaysiaYang di-Pertuan Besar Negeri SembilanGunung KinabaluHantu dalam masyarakat MelayuPulau PangkorSlot AkasiaPertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17KongkekHulu SelangorNajua NasirZarina ZainoordinBola tamparAaron AzizKerajaan MataramSenarai SBP di MalaysiaSurah al-FatihahAngel (penyanyi)ZUS CoffeeSenarai gunung di MalaysiaEyka FarhanaJosiah HoganSharifah AiniMustaqim BahadonFrekuensi radio di PahangRejimen Askar Melayu DiRajaNabi Musa a.s.Rindu Kasih 2Umie AidaGunung JeraiDaerah di MalaysiaAnna JoblingAl-ArqamTuanku MuhrizMandi wajibProton Saga (generasi kedua)Shah RezzaTenaga Nasional BerhadNabi Ibrahim a.s.Na’im BrundageRakaatPiramid Agung GizaSarah SuhairiRiena DianaKerajaan Persekutuan MalaysiaDzulkefly AhmadSlot Lestary🡆 More