Sekatan Berbayar

Penyekatan berbayar (bahasa Inggeris: paywallcode: en is deprecated ) adalah suatu cara menghalang pengaksesan kandungan sebebasnya melainkan dengan pembelian atau langganan berbayar terus kepada penerbit kandungan berkenaan.

Ia amat lazim kebelakangan ini oleh syarikat-syarikat penerbitan surat khabar tertentu (seperti The Times dan Berita Harian Singapura) di laman web mereka sebagai cara meningkatkan pendapatan yang menyusut berikutan menurunnya pendapatan daripada langganan cetakan serta pendapatan wang hasil pengiklanan luar dan dalam talian (sebahagiannya disebabkan oleh penggunaan penyekat iklan) selama bertahun-tahun. Terbitan-terbitan penyelidikan sering tertakluk kepada kaedah begini agar ia hanya boleh didapati melalui perpustakaan akademik yang melanggan kepada pihak penyedia kandungan sedemikian.

Konsep penyekatan ini mula dipelopori The Wall Street Journal pada tahun 1996 dengan suatu penyekatan "keras" dikenakan; pendekatan ini tidak menjejaskan lingkungan pembacaan mereka secara meluas, malah ia sedikit sebanyak membantu akhbar tersebut memperolehi lebih daripada satu juta orang pelanggan menjelang pertengahan tahun 2007, serta 15 juta orang pelawat pada Mac tahun berikutnya.

Jenis dan tahap

Terdapat tiga tahap model penyekatan begini yang muncul:

  • sekatan lunak (soft paywall) - pengehadan mengakses kandungan dalam talian kepada seberapa artikel atau penulisan tertentu
  • sekatan keras (hard paywall) - penyekatan sepenuhnya kandungan dalam talian melainkan adanya penunjukkan bukti langganan kepada terbitan asal
  • penggabungan kedua-duanya, di mana ada seberapa kandungan khusus yang boleh diakses secara langsung; kandungan yang dibenarkan untuk bacaan ramai ini cenderung menyentuh topik ringan dan mutu yang sepadanan.

Rujukan

Bacaan lanjut

Tags:

Bahasa bahasa InggerisBerita Harian SingapuraIklanKandungan mediaLaman webPenerbitan akademikPenyekat iklanSurat khabarThe Times

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Abang Long Fadil 3Cuti umum di MalaysiaBandaraya MelakaCinta Buat DaraNegeri-Negeri SelatAmir NafisPeribahasa MelayuDewan Negara MalaysiaDaun salamPegawai memerintahErysha EmyraJabatan Perangkaan MalaysiaMelitha SidabutarMusa HassanMajapahitAnugerah AidilfitriFasha SandhaLaman UtamaMalaysiaDataran MerdekaIslamFardu KifayahRuhainiesAmyza AznanInisiatifPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi NasionalAssalamualaikumMalang Si PuteriHantu dalam masyarakat MelayuNaim DanielJabatan Kastam Diraja MalaysiaUniversiti Teknologi MARATakdir Itu Milik AkuKlangPuasa (Islam)Yasmin AhmadAdnan bin SaidiAween IsmailMandi wajibKadazan-DusunTuanku Abdul RahmanFrekuensi radio di KedahPerang Dunia KeduaMati syahidKesultanan DemakRemy IshakTadau KaamatanMay (kugiran)Farah AhmadNegarakuCibaiPiala Asia AFCHari GawaiTeknologiHari GuruHantu Kak Limah Balik RumahBismillahESenarai bank di MalaysiaAngkatan Pertahanan Awam MalaysiaYusof HaslamCongkakBahasa ArabSyasyaSabronzoSalahuddin al-AyyubiKhairulamingSenarai pelakon lelaki MalaysiaRazarudin HusainMas Ermieyati SamsudinBatu Belah Batu BertangkupKata kerja tak transitifNabila RazaliSenarai kapal Tentera Laut DiRaja MalaysiaShahril Sufian HamdanSikorsky S-61A-4 Nuri🡆 More