Safawi Rasid: Pemain bola sepak Malaysia

Muhammad Safawi bin Rasid (lahir 5 Mac 1997) ialah seorang pemain bola sepak profesional Malaysia yang kini bermain sebagai pemain tengah.Dipinjamkan dari Johor Darul Ta'zim dan pasukan kebangsaan Malaysia.

Safawi mencipta sensasi bola sepak tanah air pada tahun 2018-2019 sehingga dipancing oleh kelab Liga Divisyen 1 Portugal secara pinjaman. Beliau terkenal dengan kemampuan sepakan bola percuma melengkung dan kemampuan untuk membuat tendangan jarak jauh. Safawi sudah menjaringkan 20 gol untuk Malaysia dan masuk dalam senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman bersama Harimau Malaya

Safawi Rasid
Maklumat peribadi
Nama penuh Muhammad Safawi bin Rasid
Tarikh lahir (1997-03-05) 5 Mac 1997 (umur 27)
Tempat lahir bahau, Negeri sembilan, Malaysia
Ketinggian 1.73 m (5 ka ​8 18 in)
Posisi permainan Pemain sayap
Maklumat kelab
Kelab terkini
Terengganu FC
Kerjaya remaja
2014 T-Team F.C.
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2014–2016 T-Team F.C. 35 (3)
2017– Johor Darul Ta'zim 87 (27)
2020Portimonense(Pinjam) 34 (10)
2023Ratchaburi(Pinjam) 13 (1)
2024Terengganu(Pinjam) 0 (0)
Pasukan kebangsaan
2016 Malaysia B-19 3 (3)
2016–2018 Malaysia B-23 26 (20)
2016– Malaysia 53 (20)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 21 Jun 2021
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 14 Jun 2023

Kehidupan awal

Safawi tinggal di Kampung Bukit Chatak, Dungun dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Dungun, Terengganu pada 2010 sebelum berpindah ke Sekolah Sukan Bukit Nenas untuk meningkatkan kemahiran bola sepaknya sehingga 2014. Beliau bermain bola sepak untuk pasukan sekolahnya sejak tahun pertama menjadi pelajar sekolah menengah.

Safawi mempunyai 13 adik beradik dan kebanyakannya terlibat dengan sukan seperti sepak takraw, bola sepak, dan hoki. Beliau merupakan anak kesembilan.

Kehidupan peribadi

Safawi dan Syifa Melvin telah mendirikan rumah tangga pada 28 November 2022 di Hilton Petaling Jaya.

Kerjaya kelab

Kerjaya remaja

Menjelang 2011, T-Team FC telah menubuhkan sebuah akademi bola sepak di seluruh enam bandar Terengganu, Dungun, Marang, Besut, Kemaman, Setiu dan Kuala Terengganu oleh ketua jurulatih, Jibang Marzuki. Semua pemain Akademi Bola Sepak mestilah berumur di bawah 18 tahun dan Jibang Marzuki berjaya mengadakan permainan untuk setiap pasukan setiap minggu untuk memastikan prestasi terbaik sebelum pergi ke pra-pemilihan kelab bola sepak T-Team pada akhir tahun ini.

Safawi Rasid, yang berumur 15 tahun ketika menyertai Akademi Kelab Bola Sepak T-Team Dungun, selalu membuat penampilan dalam kesebelasan utama untuk pasukannya pada setiap perlawanan. Beliau pernah bermain sebagai pemain tengah pusat dan menyukai menjaringkan tendangan jarak jauh dengan kaki kirinya. Pengurusnya pada masa itu, megingatkan semula bahawa beliau pergi ke Safawi dan memaksanya untuk menghadiri latihan kerana dia percaya bahawa Safawi mempunyai masa depan yang cerah. Sejak itu, Safawi mewakili pasukan bola sepak Terengganu setiap tahun untuk kejohanan MSSM.

Ketika berusia 16 tahun, beliau berpindah ke Sekolah Sukan Bukit Nenas untuk memperbaiki kemahiran bola sepaknya, 66 kilometer jauhnya dari rumah. Oleh kerana bakat hebatnya di Liga Sekolah Sukan, jurulatih T-Team, Rahmad Darmawan memilihnya untuk menghadiri latihan dengan skuad utama. Safawi cepat mengagumkan Rahmad dan tidak lama lagi menjadi sebahagian daripada skuad utama.

Johor Darul Ta'zim

Pada Disember 2016, diumumkan bahawa Safawi telah bersetuju untuk menandatangani kontrak bersama juara liga Johor Darul Ta'zim FC. Beliau telah diberikan jersi nombor 29.

Musim 2017

Pada 7 Februari 2017, Safawi tampil dalam pertandingan Liga Juara-Juara AFC 2017 menentang Gamba Osaka yang dimana pasukan beliau tewas 0-3. Pada 27 Januari 2017, Safawi membuat kemunculan liga dalam kemenangan 3-1 ke atas Felda United selepas masuk dari bangku simpanan.

Pada 15 Julai 2017, beliau menjaringkan gol pertamanya dalam Liga Super Malaysia untuk kelab barunya dalam kemenangan 3-1 terhadap Sarawak FA. Pada penghujung musim, Safawi meraih kejohanan pertamanya dalam Piala Malaysia dan Liga Super Malaysia yang pertama untuk musim, membantu Johor Darul Ta'zim memenangi gelaran liga ke-4 dan Piala Malaysia pertama dalam sejarah mereka.

Kerjaya antarabangsa

Safawi Rasid telah membuat kemunculan sulung untuk penampilan antarabangsa bermain untuk Malaysia Bawah-22 dalam Piala Negara-Negara 2016. Pada bulan Ogos 2016, Safawi Rashid telah dipanggil ke pasukan kebangsaan Malaysia untuk perlawanan menentang Indonesia. Beliau membuat penampilan pertama untuk pasukan senior dalam perlawanan sebagai permulaan, dan Malaysia tewas 0-3.

Bermula kariernya bersama pasukan T-Team, Safawi menyerlah dan pada 2017 Johor Darul Takzim telah menandatangani pemain ini seterusnya menjadi pemain skuad utama sehingga saat ini. Safawi bukanlah penjaring utama di JDT namun dia banyak menjaringkan gol penting yang membantu pasukan. Prestasinya pada tahun 2019 juga agak memberangsangkan untuk skuad kebangsaan dimana dia menjaringkan 4 gol dalam 4 kemunculannya untuk kelayakan Piala Dunia Qatar dengan 2 gol terbaru kemenangan dalam menentang Indonesia.

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Safawi Rasid Kehidupan awalSafawi Rasid Kehidupan peribadiSafawi Rasid Kerjaya kelabSafawi Rasid Kerjaya antarabangsaSafawi Rasid RujukanSafawi Rasid Pautan luarSafawi RasidBola sepakJohor Darul Ta'zim F.C.MalaysiaPasukan bola sepak kebangsaan Malaysia

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Negeri-negeri Melayu BersekutuLemangLeftenan KolonelIman TroyeHarumanisAyah PinSenarai peribahasa (A–M)Muhammad Haziq Bin NadzliMega Movie (Slot TV3)Hang TuahPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 IndonesiaShah AlamBatu PahatKKN di Desa Penari (filem)Bahasa InggerisGunung RuangKhunsa (siri TV)Hussein OnnNabi Lut a.s.Hassanal BolkiahKata ganti nama (bahasa Melayu)Inspektor kesihatanProton ExoraMusa HassanErry PutraFahmi FadzilMuhammad bin Idris al-SyafiiAsia TenggaraUmar bin Al-KhattabMakam PahlawanTunku Ismail ibni Sultan IbrahimMelayuSeri KembanganNasha AzizLiga Super Malaysia 2024–25DubaiLembah KlangTaman Tasik TitiwangsaKu FaridahNabila HudaAgustaWestlandSarah SuhairiBaju kurungMalayan UnionSungai BulohFrekuensi radio di MelakaMohammed Hanif OmarAyamNombor perdanaBani SyaibahHael HusainiBumiputera di SabahSophia LianaJabatan Peguam Negara MalaysiaKata ganti diriRinggitMuhyiddin YassinNabi Isa a.s.Bryan DomaniLeftenan (tentera laut)Al-QuranSarafTerlanjur Cinta (drama web)Abang Long FadilPertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17Shuib SepahtuNazim OthmanPemasyhuran Kemerdekaan Tanah MelayuJabatan Alam SekitarPasukan Udara Tentera Darat MalaysiaZul AriffinJangan Menangis Cinta (drama)Daiyan TrishaBuliImbuhan kata nama (bahasa Melayu)Farah AhmadRemy IshakRokokKhairulaming🡆 More