Sabda Kekasih

Sabda Kekasih ialah sebuah filem drama keagamaan Malaysia 2021 arahan Azhari Zain, dibintangi oleh pasangan pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal.

Filem ini ditayangkan pada 24 Jun 2021 di Astro First.

Sabda Kekasih
PengarahAzhari Zain
PenulisAbban Namus
Dihasilkan oleh
Dibintangi
SinematografiHafiz Rashid
Disunting olehSafuan Rashid
Muzik olehDaqmie
Syarikat
penerbitan
Respected Citizen Production
Tarikh tayangan
24 Jun 2021 (Malaysia)
Masa tayangan
88 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Plot

Di hari pertunangan Kasih Murni telah ditinggalkan bakal suaminya, Bukhary Muslim. Bukhary Muslim, merupakan seorang pemuzik jalanan yang yang berpura-pura cacat penglihatan. Namun selepas mengenali Hayla Sufiah, gadis yang baru pulang dari pengajian di Mesir, Bukhary mula berubah menjadi lelaki yang lebih baik dengan bimbingan daripada bapanya. Di luar pengetahuan Bukhary, Hayla yang bakal dikahwininya itu rupanya adalah sepupu kepada Kasih.

Pelakon

Penerbitan

Sabda Kekasih ialah produksi sulung terbitan Respected Citizen Production milik Aeril dan Wawa yang turut berkhidmat sebagai penerbit. Kos pemibikinan filem ini dianggarkan mencecah hampir RM1 juta dengan penggambaran dijalankan selama 10 hari di Bentong, Pahang dan Sendayan, Negeri Sembilan. Kru penerbitan filem ini pada mulanya mahu menjalani penggambaran di luar negara termasuk Korea dan Switzerland, namun membatalkan perancangan itu susulan pandemik COVID-19.

Filem ini menjadi lakonan pertama Wawa selepas kali terakhir berlakon ialah pada 2016. Ia juga ialah penampilan sulung Sharifah Husna di layar lebar selepas berjaya mencipta nama sebagai pelakon drama. Lagu tema filem ini yang juga bertajuk sama telah dipersembahkan oleh Daqmie, hasil nukilan Daqmie sendiri bersama Alfa Booty manakala liriknya ditulis oleh Aeril Zafrel dan Abban Namus.

Tetapan

Menurut OiJom, Sabda Kekasih membuktikan barisan pelakon yang minima juga mampu menjadikan sebuah karya lebih 'menjadi’. Biarpun hanya menampilkan lima watak utama, ia menjadikan filem ini lebih ‘fokus’ tanpa perlu menampilkan lambakan watak pembantu dan sampingan.

Keluaran

Sabda Kekasih dikeluarkan serentak dengan Chomel pada 24 Jun 2021 di Astro First. Filem ini menjadi kejayaan komersial apabila berjaya berada di kedudukan teratas di carta trending Twitter dalam tempoh kurang 24 jam selepas tayangan perdana rasmi.

Filem ini mendapat ulasan positif daripada pengkritik filem. Portal web Getaran berpendapat bahawa jalan cerita Sabda Kekasih pada mulanya "indah" namun 'tergantung' seketika kerana "satu babak ke satu babak itu yang adakalanya tidak bersambung dan hanya menunjukkan apa yang berlaku seterusnya".

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Sabda Kekasih PlotSabda Kekasih PelakonSabda Kekasih PenerbitanSabda Kekasih TetapanSabda Kekasih KeluaranSabda Kekasih RujukanSabda Kekasih Pautan luarSabda KekasihAeril ZafrelAstro (televisyen satelit)Azhari ZainWawa Zainal

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Atikah SuhaimeRaja Zarith SofiahSenarai poskod di MalaysiaSibuKesihatanPerang PadriCopa América 2021Kata ganti nama (bahasa Melayu)Perlembagaan MalaysiaNombor dalam budaya CinaBadarAngkatan Tentera MalaysiaHulu LangatP. RamleePokok MambuSejarah MelakaKetupatMaklumatPersekutuan Pengakap MalaysiaOrang BanjarProton Holdings BerhadErma FatimaAmir JahariSultan Iskandar ibni Sultan IsmailSijjin (filem 2023)GajahPihak Bersekutu Perang Dunia IBola jaringAl-QuranNabila RazaliGennaro GattusoMaktab Rendah Sains MARAIkan bandarayaTanah Melayu BritishHari Raya AidiladhaInna lillahi wa inna ilaihi raji'unBella AstillahOrang India MalaysiaRaja berperlembagaanPolisSyafiq YusofKanun KeseksaanMenteri Dalam Negeri MalaysiaLailatulqadarUmar bin Al-KhattabPetronasRicheese FactoryCopa América 2015ZodiakFrekuensi radio di SarawakMona FandeySyurgamu RamadhanKontrak sosial (Malaysia)JibrailXPDC17 PuasaHari Raya AidilfitriRedza RosliErry PutraLompat tikamWanna AliOlahragaLencana pangkat Angkatan Tentera MalaysiaUnited KingdomNaim DanielTanam paksaKesultanan Melayu MelakaF.C. Internazionale MilanoAbang Johari Tun OpengIskandar ChempakaSenarai haiwanGeografi JohorSains sosialSSC NapoliJata MalaysiaLatPolis Diraja MalaysiaBadmintonTakwim Hijrah🡆 More