Rusuhan Urumqi Julai 2009

Rusuhan Urumqi Julai 2009 meletus pada 5 Julai 2009, di Ürümqi, ibu kota Negeri Autonomi Uyghur Xinjiang, di barat laut China.

Jumlah yang terlibat antara 1,000 hingga 3,000 orang Uyghur. Angka kematian pada awalnya dilaporkan seramai 156, menurut sumber-sumber kerajaan Cina. Akhbar The Daily Telegraph melaporkan mangsa-mangsa itu adalah Cina Han. Sebagai tindakbalas, ratusan Cina Han bersenjatakan kayu dan belantan bertembung dengan kedua-dua polis dan Uyghur pada 7 Julai.

Rusuhan Ürümqi 2009
Rusuhan Urumqi Julai 2009 is located in China
Kedudukan Ürümqi dalam China
Rusuhan Urumqi Julai 2009
LokasiÜrümqi, Xinjiang, Rusuhan Urumqi Julai 2009 Republik Rakyat China
Koordinat43°49′21″N 87°36′45″E / 43.8225°N 87.6125°E / 43.8225; 87.6125
Tarikh5 Julai 2009
Jenis serangan
Rusuhan Sunting ini di Wikidata
Kematian197+
Tercedera1,721
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Keganasan merupakan sebahagian dari konflik etnik antara Cina Han dan Uyghur, satu Kumpulan etnik Turkik yang majoritinya beragama Islam. Rusuhan-rusuhan tercetus kerana ketidakpuasan hati terhadap kerajaan pusat China yang mengendalikan kematian dua pekerja Uyghur di wilayah Guangdong. Pegawai China berkata lebih daripada 1,000 orang lain telah tercedera dan begitu banyak kenderaan bermotor telah dibakar. Polis cuba menamatkan rusuhan-rusuhan dengan gas pemedih mata, air hos, kereta perisai, dan sekatan jalan raya.

Xinhua melaporkan yang polis percaya perusuh-perusuh cuba mencetuskan pergolakan di bandar raya lain di Xinjiang seperti di Aksu dan Yili. Xinhua turut melaporkan kira-kira 200 orang berkumpul di Masjid Kah di tengah-tengah bandar Kashgar, tetapi berjaya disuraikan oleh polis petang Isnin. Bantahan itu merebak ke Kashgar dan bertambah ganas dan kejam.

Sehingga 18 Julai, angka rasmi kematian telah meningkat sehingga 197 orang, manakala 1,721 lagi cedera

Punca

Rusuhan itu bermula semasa satu demonstrasi jalanan selepas pembunuhan dua pekerja Uyghurs oleh etnik Han di Shaoguan, Guangdong dalam satu pertandingan antara pekerja-pekerja Uyghur dan Han pada 25 Jun 2009 dan bertukar menjadi ganas dan kejam. Pembunuhan di Guangdong berpunca apabila berlaku gangguan seksual terhadap pekerja wanita> oleh rakan sejawatan Uyghur dan khabar angin bahawa ada lelaki Uyghur yang merogol wanita Han di sebuah kilang Shaoguan. Rusuhan Urümqi bermula selepas satu bantahan diadakan di pasar Besar dan mereka mengecam pengendalian kerajaan terhadap insiden itu. Ramai pihak mendesak polis China melakukan siasatan menyeluruh terhadap pembunuhan itu. Orang Uyghur mengatakan pihak berkuasa gagal melindungi pekerja-pekerja Uyghur, atau menahan mana-mana Cina Han yang terlibat dalam jenayah itu.

Pegawai kerajaan pusat menyanggah dakwaan perusuh. Mereka dianggap cuba "menghalang dan melakukan keganasan jenayah terancang", "memulakan dan diarah dari luar negara, dan menjalankan pemberontakan dalam negara". Ini ada kaitan dengan Pergerakan kemerdekaan Turkestan timur dan kuasa-kuasa luar menyokong kemerdekaan Uyghur dipimpin oleh pembangkang Uyghur Rebiya Kadeer yang tinggal di luar negara. Nur Bekri, pengerusi kerajaan serantau Xinjiang, berkata dalam satu ucapan pada pagi 6 Julai bahawa "sesetengah kuasa-kuasa pembangkang luar negara" mengambil kesempatan bagi pembunuhan Shaoguan untuk "melaga-lagakan pergolakan Ahad dan menghakis perpaduan etnik dan kestabilan sosial dalam negeri bebas, dengan satu tujuan untuk berpecah negara".; Kongres Dunia Uyghur yang baru diadakan dikatakan cuba menghasut dan menimbulkan kegelisahan melalui Internet. Mereka menjadi lebih berani untuk 'melakukan sesuatu yang besar,' tetapi Kadeer telah menafikan tuduhan-tuduhan itu dengan menyatakan dirinya tiada kena-mengena dengan peristiwa ini.

Demonstrasi awal

New York Times menyebut seorang saksi berkata rusuhan itu mula selepas 6 p.m. pada 5 Julai 2009. Penunjuk perasaan berkumpul di jalan-jalan dan mengutuk pengendalian kerajaan terhadap konflik melibatkan Cina Han dan pekerja kilang etnik Uyghur sejak lewat Jun, apabila dua Uyghurs terbunuh. Sekurang-kurangnya 1,000 Uyghurs terlibat dalam rusuhan apabila ia bermula,Jumlah perusuh yang terlibat mencecah 3,000 orang.

Pemimpin Kongres Sedunia Uyghur yang dibuang negeri berkata demonstrasi bermula dengan aman tanpa sebarang keganasan. Tujuan perhimpunan aman itu ialah menentang sebarang diskriminasi berhubung insiden Shaoguan . New York Times melaporkan keganasan itu meletup apabila polis "menghadang perbarisan protes di jalan raya". Agence France-Presse melaporkan bahawa konfrontasi antara 3000 penunjuk perasaan Uyghur dengan polis . Mereka bersenjatakan kayu , baton dan pisau. Berita BBC melaporkan etnik Uyghur bukan hanya mensasarkan polis, tetapi turut menyerang Cina Han. Berita Times menyatakan rusuhan hari pertama itu berpunca dari kejadian "Han ditikam oleh kumpulan Uyghurs." Kira-kira 1,000 anggota polis telah dihantar bagi menamatkan rusuhan . Polis melepaskan tembakan amaran ke udara .Sehingga petang Ahad, 1,434 orang suspek berkaitan dengan rusuhan itu telah ditahan.

Xinhua melaporkan yang 156 orang telah terbunuh (129 lelaki dan 27 wanita) dan 1080 cedera,[27] tetapi angka kematian diramal terus meningkat. World Uyghur Congress mendakwa yang angka kematian sekitar 600.Xinhua tidak mendedahkan jumlah kematian bagi pihak Uyghur dan pihak Han; tetapi menurut wartawan Times , kebanyakan mangsa kelihatan seperti orang Cina Han. Seramai 291 orang cedera dimasukkan ke Hospital Xinjiang Uyghur. 233 adalah Cina Han dan 39 adalah Uygurs.Semasa rusuhan, 260 buah kenderaan telah musnah terbakar termasuk 190 buah bas. 220 pembakaran dengan sengaja dan 2 buah bangunan terbakar.

Para blogger China menulis bahawa terjadi bom meletus semasa insiden itu. Polis China mengenakan perintah berkurung mulai pagi 6 Julai. Bagaimanapun, bandar raya itu kekal aman .Wartawan dijemput untuk menyaksikan pertemuan antara tentera Cina dan Uyghur. Mereka mendesak pembebasan ahli-ahli keluarga mereka yang telah ditahan.

Rujukan

Tags:

ChinaThe Daily TelegraphXinjiangÜrümqi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Wee Ka SiongLelaki ItuNafiez ZaidiAmelia HendersonNadia AqilahThe Original GangsterBoBoiBoyTV3KesumLapangan Terbang Antarabangsa Hangzhou XiaoshanJinggaFrekuensi radio di SelangorNajib RazakCroatiaMuaz ZabirPhilippe CoutinhoBuah kerasSheikh Muszaphar ShukorTepung pelitaKerajaan Bani AbbasiyahKuala LumpurSultan Iskandar ibni Sultan IsmailKelantanPuteri BalqisAedy AshrafJibrailSumpahan JeruneiPeribahasa MelayuLee Chong WeiThailandProton ExoraPendidikan di MalaysiaAliff Syukri KamarzamanRadius OneEvolusiNombor dalam budaya CinaAnak Perjanjian Syaitan 2Norreen ImanPakistanKumpulan Wang Simpanan PekerjaKebudayaan MalaysiaIman TroyeHubungan seksSiti ElizadOrang YahudiPerkara 153 Perlembagaan MalaysiaAmir AhnafBahasa MaduraKuala TerengganuKata kerjaHannah DelishaBelgiumIzzue IslamMerdeka 118JakartaWanita SyurgaUji RashidMarlia MusaJenis air untuk bersuci dalam IslamKelapa sawitMasjid Sri SendayanMartabakSarimah IbrahimDino ZoffFitri HarisDe FamBumiputera di SabahRazarudin HusainTurkiBaby ShimaSolat Sunat Tahiyyatul MasjidPasukan bola sepak kebangsaan PolandWan Junaidi Tuanku JaafarPerang PadriSyiahPerang TabukMasjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz ShahM. Rajoli🡆 More