Rubah Merah

Rubah merah (Vulpes vulpes) ialah yang terbesar daripada rubah benar dan anggota Carnivora yang paling banyak, tertabur ke serata Hemisfera Utara dari Garisan Artik ke Afrika Utara, ke Amerika Utara, dan ke Asia.

Wilayahnya telah bertambah di samping perkembangan manusia, kerana telah diperkenalkan ke Australia, tempat ia dianggap berbahaya kepada populasi mamalia dan burung asli. Oleh sebab faktor ini, ia disenaraikan sebagai Kurang Membimbangkan oleh IUCN. Oleh sebab kehadirannya di Australia, ia disertakan dalam senarai "100 spesies invasif paling teruk di dunia".

Rubah merah
روبه ميره
Julat zaman: Pertengahan Pleistosen–Kini
Rubah Merah
Rubah merah Eropah (V. v. crucigera), Pusat Hidupan Liar British, Surrey
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Tribus:
Genus:
Spesies:
V. vulpes
Nama binomial
Vulpes vulpes
(Linnaeus, 1758)
Subspesies

45 ssp., lihat teks

Rubah Merah
Taburan rubah merah (hijau - asli, lembayung - diperkenalkan, jingga - kehadiran tidak tentu).
Sinonim

Canis vulpes Linnaeus, 1758

Rubah merah berasal daripada leluhur bersaiz lebih kecil dari Eurasia semasa zaman Villafranca Pertengahan, dan mengkolonisasi Amerika Utara sejenak selepas pengglasieran Wisconsin. Antara rubah benar, rubah merah mewakili bentuk lebih progresif di arah kekarnivoran. Selain saiz besarnya, rubah merah dibezakan daripada spesies rubah lain dengan kebolehannya untuk bersesuai dengan cepat terhadap persekitaran baharu. Sungguhpun namanya, spesies ini kerap menghasilkan individu dengan warna lain, termasuk balar dan melanis. Empat puluh lima subspesies setakat ini diakui, yang dibahagikan kepada dua kategori: rubah utara besar, dan rubah selatan basal kecil dari Asia dan Timur Tengah.

Rubah merah biasanya bersama-sama berpasangan atau dalam kelompok kecil terdiri daripada keluarga, seperti pasangan pengawanan dan anak-anaknya, atau seekor jantan dengan beberapa ekor betina yang mempunyai ikatan persanakan. Anak daripada pasangan pengawanan kekal dengan induknya untuk membantu penjagaan anak baharu. Spesies ini terutamanya memakan rodensia kecil, tetapi juga boleh menyasarkan leporid, burung buruan, reptilia, invertebrat dan ungulat muda. Jirim buah-buahan dan sayur-sayuran juga dimakan kadang-kadang. Sungguhpun rubah merah cenderung untuk membunuh pemangsa lebih kecil, ia rentan terhadap serangan daripada pemangsa lebih besar, seperti serigala, koyote, jakal keemasan dan felin bersaiz sederhana dan besar.

Spesies ini mempunyai sejarah panjang bagi perkaitan dengan manusia, kerana telah diburu dengan meluas sebagai haiwan perosak dan pembawa bulu selama berabad-abad, serta diwakili dalam cerita rakyat dan mitologi manusia. Oleh sebab taburan meluasnya dan populasi besarnya, rubah merah merupakan salah satu haiwan pembawa bulu paling penting yang hasilnya diperoleh untuk perdagangan bulu.

Nota

Pautan luar

Templat:Pautan RB Templat:Pautan RP Templat:Pautan RP Templat:Pautan RP Templat:Pautan RP Templat:Pautan RP

Tags:

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz ShahTakdir Itu Milik AkuBella DowannaRejimen Askar Melayu DiRajaChempaka Emalin PahaminYasmin NapperAdi PutraMenara Berkembar PetronasPasukan bola sepak kebangsaan IndonesiaTracie SinidolSaleemPolis Diraja MalaysiaPasukan Khas LautTom (penyanyi)Proton Saga (generasi kedua)Perpustakaan Nasional Republik IndonesiaSyamsul YusofAmyza AznanSumpahan JeruneiPerodua KelisaSolat jamakBendera ThailandInisiatifKerisSurah Al-InsyirahKuala Kubu Bharu (kawasan negeri)Kesan perubahan iklimTakwim HijrahHannah DelishaSifat-sifat AllahSunan GresikUndang-Undang Laut MelakaJohor Darul Ta'zim F.C.Sikorsky S-61A-4 NuriHaidProton Holdings BerhadPerceraian dalam IslamNabiSuhaimi IbrahimMuhammad al-FatihNabila RazaliDadahKementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan MalaysiaOman AirRazarudin HusainOrang Melayu MalaysiaZakar manusiaPerlembagaan MalaysiaRita NadiraPegawai WaranOrang Cina MalaysiaUthman bin AffanAyat kursiMarissa YasminZiana ZainUmar bin Al-KhattabSekolah Dato' Abdul RazakPiala Asia AFCRizky NazarMalayan UnionSyamim FaridBola sepakHusin, Mon dan Jin Pakai ToncitMahkamah MalaysiaPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 IndonesiaSemenanjung MalaysiaSari YantiTengku Hassanal Ibrahim Alam ShahProton SatriaNombor dalam budaya CinaJohor BahruHadha min fadhle RabbiWahabiIndeks Pembangunan ManusiaAmir NafisPenjajahan Jepun di Tanah MelayuSenarai saluran AstroKKN di Desa Penari (filem)Pemancutan mani🡆 More