Rotavirus

Rotavirus ialah sebuah genus dari virus RNA rantaian pendua dalam keluarga Reoviridae.

Rotavirus ialah penyebab cirit-birit di kalangan bayi dan kanak-kanak. Hampir setiap kanak-kanak di dunia dijangkiti rotavirus sekurang-kurangnya sekali sebelum usia lima tahun. Imuniti berkembang seiring dengan berlakunya jangkitan, sehingga jangkitan yang berlaku setelahnya tidak parah; orang dewasa jarang dijangkiti. Terdapat sembilan spesies dari genus ini, iaitu A, B, C, D, E, F, G, H dan I. Rotavirus A, spesies yang paling umum, menyebabkan lebih dari 90% jangkitan rotavirus pada manusia.

Rotavirus
Rotavirus
Pembinaan semula visual rotavirus dengan bantuan komputer
Pengelasan saintifik s
Templat taksonomi hilang (baiki): Rotavirus
Spesies jenis
Rotavirus A
Species
  • Rotavirus A
  • Rotavirus B
  • Rotavirus C
  • Rotavirus D
  • Rotavirus E
  • Rotavirus F
  • Rotavirus G
  • Rotavirus H
  • Rotavirus I

Virus ini disebarkan melalui jalur fekal-oral. Virus ini juga menjangkiti dan merosakkan sel-sel yang melapisi usus halus dan menyebabkan gastroenteritis (yang sering disebut sebagai "selesema perut" walaupun tidak berkaitan dengan influenza). Walaupun Rotavirus ditemui pada tahun 1973 oleh Ruth Bishop dan rakan-rakannya melalui gambaran mikrografi elektron dan menyumbang sekitar sepertiga dari kes rawatan untuk cirit-birit parah pada bayi dan kanak-kanak, kepentingannya dari segi sejarah dianggap tidak terlalu besar dalam bidang kesihatan masyarakat, khususnya di negara-negara maju. Selain memberi kesan pada kesihatan manusia, rotavirus juga menjangkiti haiwan, dan merupakan patogen haiwan ternakan.

Enteritis yang disebabkan oleh rotavirus biasanya merupakan penyakit pada kanak-kanak yang mudah ditangani, namun pada 2013, rotavirus menyebabkan 37 peratus kematian kanak-kanak akibat cirit-birit dan 215.000 kematian di seluruh dunia, dan hampir dua juta lebih mengalami sakit parah. Sebahagian besar dari kematian ini terjadi di negara-negara membangun. Di Amerika Syarikat, sebelum program vaksinasi rotavirus bermula pada tahun 2000-an, rotavirus menyebabkan sekitar 2,7 juta kes gastroenteritis parah pada kanak-kanak, hampir 60.000 memerlukan rawatan rapi, dan sekitar 37 kematian setiap tahun. Setelah vaksinasi rotavirus di Amerika Syarikat bermula, jumlah rawatan rapi di hospital menurun dengan ketara. Kempen kesihatan Masyarakat untuk memerangi rotavirus berfokus pada penyediaan terapi rehidrasi oral untuk kankk-kanak yang dijangkiti dan vaksinasi untuk mencegah penyakit ini. Jumlah kejadian dan tahap bahaya dari jangkitan rotavirus telah menurun dengan ketara di negara-negara yang telah menambah vaksin rotavirus dalam dasar imunisasi rutin bagi kanak-kanak.

Rujukan

Pautan luar

Tags:

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Perubahan iklimTentera Laut Diraja MalaysiaMata anginTanda-tanda KiamatTauhid RububiyahRahsia (filem 2023)Nabi Lut a.s.Sejarah IslamOrang Melayu IndonesiaSifat-sifat AllahTrisha OoiYouTubeFunanCik ManggisPantang larang MelayuKL GangsterXXXTentacionPemboleh ubahPerjanjian PangkorSenarai peribahasa (A–M)RokokKebudayaan MalaysiaMalang Si PuteriFasha SandhaPuteri Gunung Ledang (filem 2004)Gunung LedangElly MazleinAl-Masih ad-DajjalTenuk MalaysiaAngkatan Tentera MalaysiaProton Saga (generasi kedua)Mimi ErnidaSyafiq KyleKucingPerodua MyViBahasa MaduraMustapha KamalSukan Malaysia 2024PerempuanGolongan yang terawal memeluk IslamPutrajayaBank Negara MalaysiaLatKuala Kubu Baharu (kawasan negeri)Proton PerdanaKepala airAlor SetarEnggang badakSenarai saluran Astro NJOIPontianak Harum Sundal MalamNabi Nuh a.s.Bront PalaraeFC Bayern MunichJalaluddin HassanAzira ShafinazKL Gangster 2Astro MalaysiaPencemaran udaraPulau PangkorRevolusi PerindustrianSistem pernafasanNabi Ibrahim a.s.Anna JoblingHinduismePerodua AxiaHero RemajaHari IbuKedahBola sepakNabi Yunus a.s.Richeese FactoryAhmad Fadhli ShaariMay (kugiran)Senarai rancangan yang disiarkan oleh TV3Kodi Rasheed🡆 More