Ron Vlaar: Footballer

Ron Peter Vlaar (lahir 16 Februari 1985) merupakan pemain bola sepak Belanda yang kini bermain untuk Aston Villa dan pasukan kebangsaan Belanda.

Beliau dikategorikan sebagai pertahanan terbaik Piala Dunia 2014.

Ron Vlaar
Ron Vlaar: Kerjaya kelab, Kerjaya antarabangsa, Statistik kerjaya
Maklumat peribadi
Nama penuh Ron Peter Vlaar
Tarikh lahir (1985-02-16) 16 Februari 1985 (umur 39)
Tempat lahir Hensbroek, Belanda
Ketinggian 1.89 m (6 ka ​2 38 in)
Posisi permainan Bek tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Aston Villa
Nombor 4
Kerjaya remaja
1991–1995 Apollo '68
1995–1996 SVW '27
1996–2004 AZ
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2004–2006 AZ 10 (0)
2006–2012 Feyenoord 132 (8)
2012– Aston Villa 63 (2)
Pasukan kebangsaan
2004 Belanda B19 4 (0)
2005–2007 Belanda B21 15 (0)
2005– Belanda 31 (1)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada September 2014 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 12 Julai 2014 (UTC)

Kerjaya kelab

Awal

Pada musim 2004-05, Vlaar membuat debut di Eredivisie pada usia 20 tahun. Pada 28 April 2005, beliau membuat debut di pentas Eropah menentang Sporting Clube de Portugal pada perlawanan Piala UEFA, AZ menang 2-1.

Feyenoord

Di Feyenoord, Vlaar menandatangani kontrak lima tahun dan Vlaar membuat debut untuk Feyenoord pada 15 Januari 2006 menentang Vitesse, 1-0. Vlaar bermain 16 perlawanan liga selepas beliau berpindah ke Feyenoord dan tanpa menjaringkan sebarang gol.

Vlaar memulakan musim 2006–07 dengan kaki kiri akibat kecederaan kaki ketika perlawanan pramusim menentang Reading pada Ogos. Apabila dirawat, doktor menemui keratakan pada tulang kakinya dan menyebabkan Vlaar direhatkan separuh musim. Selepas beliau pulih, Vlaar bermain 20 perlawanan liga. Pada 16 Disember 2006, Vlaar menjaringkan gol pertamanya di Feyernoord menentang FC Utrecht (2–1).

Pada 16 September 2007, Vlaar mengalami kecederaan ketika menentang Roda JC pada perlawanan liga, 3-1. Vlaar menjalani pembedahan pada cruciate ligament dan terpaksa dikeluarkan pada musim itu. Selepas pembedahan, beliau kemudian tercedera lagi pada awal perlawanan pramusim.

Selepas dua musim dikeluarkan, Vlaar membuat impak pada musim 2009-10. Beliau menjaringkan gol pada jarak 60 meter pada saingan Piala KNVB menentang Harkemase Boys, 5-0 pada 24 September 2009.

Aston Villa

Pada 15 Julai 2012, Feyenoord mengesahkan bahawa Vlaar menjelajah ke Birmingham untuk berbincang dengan pengurus Aston Villa, Paul Lambert tentang perpindahan. Pada 27 Julai, beliau dilaporkan akan ke kelab Liga Perdana Inggeris itu. Beliau mungkin akan menandatangani Villa selepas melepasi ujian kesihatan. Pada 1 Ogos, Vlaar menandatangani kontrak tiga tahun bersama Villa. Pada 15 September, beliau menjadi kapten pasukan Aston Villa untuk musim 2012-13 menggantikan Stiliyan Petrov mengalami kanser.

Pada 29 April 2013, Vlaar menjaringkan gol pertamanya untuk Aston dengan jarak 30 meter ketika menang 6-1 ke atas Sunderland. Beliau menjaringkan gol separuh voli ketika 2-2 menentang Wigan Athletic.

Kerjaya antarabangsa

Ron Vlaar: Kerjaya kelab, Kerjaya antarabangsa, Statistik kerjaya 
Vlaar (kanan) ketika menentang Denmark pada UEFA Euro 2012.

Beliau dipilih oleh jurulatih Marco van Basten untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA 2006 menentang Romania tetapi tidak dapat bermain. Beliau membuat debut ketika menentang Republik Czech pada 8 Oktober 2005.

Vlaar termasuk dalam senarai skuad Belanda yang beraksi di Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan. Pada 27 Mei 2010, pengurus Belanda Bert van Marwijk mengumumkan senarai 23 pemain yang mengambil bahagian tetapi beliau tidak tersenarai. Pada 7 Mei 2012, beliau termasuk dalam skuad UEFA Euro 2012 oleh van Marwijk. Pada 2 Jun 2012, beliau menjaringkan gol pertamanya dengan menanduk masuk daripada sepakan penjuru Ibrahim Afellay menentang Ireland Utara, 6-0.

Pada Piala Dunia FIFA 2014, Vlaar bermain kesemua perlawanan Belanda. Pada perlawanan separuh akhir menentang Argentina, Vlaar gagal menyudahkan tendangan pelati yang dapat dibaca oleh Sergio Romero. Wesley Sneijder juga gagal untuk menyudahkan tendangan penalti lalu Belanda gagal ke perlawanan akhri dan bertemu Brazil untuk penentuan tempat ketiga dan Belanda menang 3-0. Vlaar dikategorikan antara pertahanan terbaik kejohanan.

Statistik

Pasukan kebangsaan Belanda
Tahun Kmncln Gol
2005 2 0
2006 0 0
2007 0 0
2008 0 0
2009 0 0
2010 2 0
2012 10 1
2013 7 0
2014 10 0
Jumlah 31 1

Gol antarabangsa

# Tarikh Lokasi Lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
2 Jun 2012 Amsterdam, Belanda Ron Vlaar: Kerjaya kelab, Kerjaya antarabangsa, Statistik kerjaya  Ireland Utara
6–0
6–0
Persahabatan

Statistik kerjaya

    Sehingga 5 Jun 2014
Penampilan kelab Liga Piala Benua Jumlah
Musim Kelab Liga Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Belanda Liga Piala KNVB Eropah Jumlah
2004–05 Ron Vlaar: Kerjaya kelab, Kerjaya antarabangsa, Statistik kerjaya  AZ Eredivisie 3 0 0 0 2 0 5 0
2005–06 7 0 0 0 2 1 9 1
Ron Vlaar: Kerjaya kelab, Kerjaya antarabangsa, Statistik kerjaya  Feyenoord Eredivisie 16 0 0 0 0 0 16 0
2006–07 20 1 0 0 1 0 21 1
2007–08 4 1 0 0 - 4 1
2008–09 0 0 0 0 0 0 0 0
2009–10 32 4 1 1 - 33 5
2010–11 32 2 0 0 - 26 2
2011–12 32 0 0 0 - 32 0
England Liga Piala FA Eropah Jumlah
2012–13 Ron Vlaar: Kerjaya kelab, Kerjaya antarabangsa, Statistik kerjaya  Aston Villa Liga Perdana Inggeris 27 2 1 0 0 0 28 2
2013–14 32 0 0 0 0 0 34 0
Jumlah Belanda 127 8 1 1 5 1 134 10
England 50 2 2 0 0 0 52 2
Jumlah kerjaya 176 10 3 1 5 1 185 12

Penghargaan

Kelab

    Feyenoord
  • Piala KNVB: 2007–08

Antarabangsa

    Belanda

Rujukan

Tags:

Ron Vlaar Kerjaya kelabRon Vlaar Kerjaya antarabangsaRon Vlaar Statistik kerjayaRon Vlaar PenghargaanRon Vlaar RujukanRon VlaarAston Villa F.C.Pasukan bola sepak kebangsaan BelandaPiala Dunia FIFA 2014

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Bella DowannaSlot MegaDramaGajusSijil Tinggi Persekolahan MalaysiaNazim OthmanSabronzoRatu SofyaKecerdasan buatanEddie HamidMohd Shukri RamliSophia AlbarakbahFrekuensi radio di Negeri SembilanSetem (filem)Senarai penerima darjah kebesaran negeri Terengganu 2023Khadijah binti KhuwailidPencemaran udaraAlor SetarAstro RiaPiala Asia B-23 AFCHantu rayaMyKadElly MazleinPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaLaman UtamaNafiez ZaidiPameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa LangkawiTengku Amir ShahPerodua KancilPakatan HarapanIntan NajuwaSunan MuriaPerlisSenarai rancangan yang disiarkan oleh TV3Ketua Polis Negara MalaysiaSekali Lagi Cinta KembaliTengku Permaisuri NorashikinPenjodoh bilangan bahasa MelayuMimi LanaSlot AkasiaPahangPerkahwinan menurut IslamRazarudin HusainSenarai daerah bagi setiap negeri di Malaysia mengikut populasiMira FilzahPitt HanifKemamanSenarai model kereta ProtonJudiKaum-kaum di MalaysiaWudukParti Rakyat India MalaysiaQistina RaisahLeftenan KomanderRaja Zarith SofiahSujud sahwiGeografi JohorKuala Kubu Bharu (kawasan negeri)Anak Jalanan (sinetron)Ombak Rindu (filem)Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah ShahSepupuKumpulan Rock MalaysiaHantu dalam masyarakat MelayuSiti HariesaGunung JeraiNabi Musa a.s.Media sosialEmpayar UthmaniyahHari PekerjaPrivate BodyguardKhalid Mohamad JiwaFarali KhanKerajaan Bani AbbasiyahShiqin KamalXPDCDewan Negeri SelangorBajauLaskar Udara Kanan🡆 More