Robert Peel, Baronet Ke-2 (5 Februari 1788 – 2 Julai 1850) merupakan seorang ahli politik dari United Kingdom.
Beliau menjawat Setiausaha Dalam Negeri sebanyak dua kali (1822–27 dan 1828–30), malah sebagai Perdana Menteri negara tersebut sebanyak 2 kali (1834–35 dan 1841–46).
The Right Honourable Sir Robert Peel Bt FRS MP | |
---|---|
Perdana Menteri United Kingdom | |
Dalam jawatan 30 Ogos 1841 – 29 Jun 1846 | |
Raja | Victoria |
Didahului oleh | Viscount Melbourne |
Digantikan oleh | Lord John Russell |
Dalam jawatan 10 Disember 1834 – 8 April 1835 | |
Raja | William IV |
Didahului oleh | Duke Wellington |
Digantikan oleh | Viscount Melbourne |
Ketua Pembangkang Parlimen Britain | |
Dalam jawatan 18 April 1835 – 30 Ogos 1841 | |
Raja | William IV Victoria |
Didahului oleh | Viscount Melbourne |
Digantikan oleh | Viscount Melbourne |
Chancellor of the Exchequer | |
Dalam jawatan 15 December 1834 – 8 April 1835 | |
Perdana Menteri | Himself |
Didahului oleh | The Lord Denman |
Digantikan oleh | Thomas Spring Rice |
Setiausaha Dalam Negeri United Kingdom | |
Dalam jawatan 26 January 1828 – 22 November 1830 | |
Perdana Menteri | The Duke of Wellington |
Didahului oleh | The Marquess of Lansdowne |
Digantikan oleh | The Viscount Melbourne |
Dalam jawatan 17 January 1822 – 10 April 1827 | |
Perdana Menteri | The Earl of Liverpool |
Didahului oleh | The Viscount Sidmouth |
Digantikan oleh | William Sturges Bourne |
Butiran peribadi | |
Lahir | Bury, Lancashire, England | 5 Februari 1788
Meninggal dunia | 2 Julai 1850 Westminster, Middlesex, England | (umur 62)
Tempat persemadian | St Peter Churchyard, Drayton Bassett |
Kerakyatan | British |
Parti politik | Tory (1809–1834) Parti Konservatif (1834–1846) Peelite (1846–1850) |
Pasangan | Julia Floyd (k. 1820) |
Anak-anak | Julia Robert Frederick William Peel John Arthur Eliza |
Ibu bapa | Sir Robert Peel, 1st Baronet Ellen Yates |
Alma mater | Christ Church, Oxford |
Tandatangan | |
Perkhidmatan ketenteraan | |
Perkhidmatan/cawangan | 1820 |
Pangkat | Leftenan |
Unit | Staffordshire Yeomanry |
Beliau memainkan peranan penting dalam bidang kenegaraan United Kingdom melalui pengasasan sistem polis moden di negara tersebut iaitu Metropolitan Police Service. Beliau juga merupakan tokoh utama dalam Parti Konservatif United Kingdom yang moden sepertimana yang ada pada hari ini.
Robert Peel II lahir di Chamber Hall, Bury, Lancashire pada Feburari 1788. Ayahnya Sir Robert Peel, Baronet Pertama merupakan antara pengusaha tekstil terkaya semasa zaman Revolusi Perindustrian.
Beliau meletakkan jawatan pada 1827 sebagai bantahan kepada penjawatan George Canning sebagai Perdana Menteri memandangkan Canning mendokong emansipasi menyeluruh penganut mazhab Gereja Katolik. Namun setelah Canning meninggal akibat kesihatan buruk serta pemangkuan sementara jawatan oleh Lord Goderich, beliau kembali menduduki jawatan ini dengan bantuan Duke Wellesley dari Wellington pada 1829.
Peel turut memperkenalkan suatu sistem penguatkuasaan dan keselamatan yang membentuk sistem polis moden yang dikenali pada hari ini; ia didasarkan kepada suatu Prinsip-Prinsip Peel yang menjelaskan etika dan peraturan ditetapkan dalam mengendalikan kasus mereka agar cekap dan mangkus. Atas dasar-dasar inilah Pasukan Polis Metropolitan London ditubuhkan di Scotland Yard pada tahun 1829. Ia pada mulanya tidak begitu digemari namun kesan pencegahan jenayah di kawasan yang diuji segera menjadi sangat memberangsangkan di kota raya tersebut, semua kota akhirnya diwajibkan mewujudkan pasukan polis setempat tersendiri pada 1857.
Pada 1843, Peel menjadi sasaran seorang pengukir kayu dari Scotland yang sakit jiwa - pengukir tersebut, Daniel M'Naghten, mengekorinya selama beberapa hari sebelum membunuh setiausaha peribadi Peel, Edward Drummond yang disalah sangka sebagai Perdana Menteri itu sendiri. Kejadian ini mendorong kepada penggubalan undang-undang setempat berkaitan pembelaan tak siuman.
Parda 1846, Peel memutuskan agar menarik balik Undang-Undang Bijirin (Corn Laws) yang bertujuan mengehadkan import bijirin lalu membantu meningkatkan pendapatan hasil tanaman setempat Ia dilakukan sebagai tindak balas berikutan bencana kebuluran yang berlaku di negeri Ireland yang sedang berlaku pada ketika itu; para pakar tanaman separtinya yang terlibat sangsi akan tahap seburuk mana keadaan kahat yang berlaku, malah Peel tidak bergitu bertindak segera. Tindakan hebat dilakukan hebat menjadi suatu kelemahan yang akhirnya melumpuhkan kekuasaannya: partinya sendiri gagal menyokong rang ini namun tetap mendapat suara sokongan puak Whig dan Radikal. Setelah bacaan ketiga usulan pemansuhan undang-undang ini dilakukan, undian oleh para ahli parlimen dilakukan dengan 327 undian menyokong sambil 229 undian menentang; Duke Wellington membawa usulan kepada Dewan Pertuanan untuk diluluskan pada 25 Jun Pada masa yang sama, sebuah rang yang bertujuan mendorong meringankan beban hasil kahat di Ireland (Irish Coercion Bill) usulan Peel digugurkan dengan undian majoriti di Dewan Rakyat sebanyak 292 menentang 219 undian daripada gabungan puak-puak Whig, Radikal dan proteksionis Parti Konservatif". Peel meletakkan jawatan Perdana Menteri pada 29 Jun 1846.
Pada 29 Jun 1850 - genap empat tahun kemudian setelah persaraan beliau - Peel sedang menaiki kuda di Constitution Hill, London. Peel tiba-tiba dihumban jatuh daripada tunggangan kudanya atas sebab tidak pasti, malah haiwan tersebut terlanggarnya badannya sambil ia lari meliar. Beliau meninggal dunia tangkat hari 2 Julai pada usia 62 tahun akibat kecederaan dialami pada tulang bahunya yang menjejaskan pembuluh darah utamanya.
Tidal lama selepas kematiannya, para pegikut setianya dipimpin Lord Aberdeen dan William Gladstone bergabung dengan Parti Whig lal membentuk Parti Liberal United Kingdom.
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Robert Peel, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.