Yang Teramat Mulia Raja Dato' Seri Azlan Muzzaffar Shah Ibni Sultan Nazrin Muizzuddin Shah (diputerakan pada (2008-03-14)14 Mac 2008 di Hospital Pakar Damansara, Selangor) merupakan Raja Kecil Besar Perak.
Baginda adalah anakanda pertama serta putera sulung kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dan DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim. Baginda ialah salah seorang Raja Bergelar Perak dan waris yang ketiga dalam kedudukan Sistem Hierarki Kesultanan Perak.
Raja Azlan Muzzaffar Shah | |||||
---|---|---|---|---|---|
Yang Teramat Mulia Raja Kecil Besar Perak | |||||
Raja Kecil Besar Perak | |||||
Pelantikan | 20 Jun 2014 - kini (9 tahun, 9 bulan dan 29 hari) | ||||
Didahului oleh | Raja Iskandar Dzurkarnain | ||||
Keputeraan | Hospital Pakar Damansara, Selangor | 14 Mac 2008||||
| |||||
Kerabat | Kesultanan Perak | ||||
Ayahanda | Sultan Nazrin Muizzuddin Shah | ||||
Bonda | Tuanku Zara Salim | ||||
Agama | Islam |
Raja Azlan Muzzaffar Shah menerima pendidikan awal di Alice Smith School, Kuala Lumpur pada 2011 sehingga kini.
Raja Azlan Muzzaffar Shah diputerakan di Hospital Pakar Damansara, Selangor pada jam 10:00 pagi tanggal 14 Mac 2008 dan merupakan putera tunggal kepada Sultan Nazrin Shah bersama Tuanku Zara.
Raja Azlan Muzzaffar Shah mempunyai seorang adinda perempuan, Raja Nazira Safya yang diputerakan pada 2 Ogos 2011.
Raja Azlan Muzzaffar Shah juga merupakan cucunda kepada Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah dan Raja Permaisuri Tuanku Bainun.
Mesyuarat Dewan Negara Perak ke-159 yang bersidang di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar telah memutuskan bahawa Yang Teramat Mulia Raja Azlan Muzzaffar Shah dikurniakan pangkat raja bergelar iaitu dengan gelaran Yang Teramat Mula Raja Kecil Besar Perak berkuat kuasa pada 20 Jun 2014 sekaligus menjadikan baginda sebagai pewaris ketiga takhta kerajaan negeri Perak Darul Ridzuan.
Nama | Keputeraan | Tempat Keputeraan | Umur |
---|---|---|---|
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah (Sultan Perak) | 27 November 1956 | George Town | 67 tahun, 4 bulan dan 22 hari |
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Zara Salim (Raja Permaisuri Perak) | 22 Mac 1973 | Ipoh | 51 tahun dan 27 hari |
Yang Teramat Mulia Raja Dato' Seri Nazira Safya | 2 Ogos 2011 | Hospital Pakar Damansara, Selangor | 12 tahun, 8 bulan dan 16 hari |
Gelaran hormat bagi Raja Azlan Muzzaffar Shah | |
Gaya panggilan | Yang Teramat Mulia |
---|---|
Gaya pertuturan | Yang Teramat Mulia |
Gaya pilihan | Engku |
Nama penuh berserta gelaran rasmi ialah: Yang Teramat Mulia Raja Dato' Seri Azlan Muzzaffar Shah Ibni Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, S.P.C.M., S.P.M.P., Raja Kecil Besar Perak
Raja Azlan Muzzaffar telah dikurniakan:
Yang Teramat Mulia Raja Kechil Besar Perak Raja Azlan Muzzaffar Shah Ibni Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Tarikh keputeraan: 14 Mac 2008 | ||
Kerabat diraja Malaysia | ||
---|---|---|
Gelaran Diraja | ||
Susunan penggantian | ||
Didahului oleh Raja Iskandar Dzulkarnain | Pwaris Tahkta Negeri Perak Darul Ridzuan Kedudukan ketiga 10 Mac 2010 - 20 June 2014 | Pemegang jawatan kini Heir: Raja Azlan Muzzaffar Shah Ibni Raja Nazrin Shah |
Didahului oleh tiada | Raja Kechil Besar Perak Waris ketiga Kesultanan Perak 20 June 2014 - Kini | Pemegang jawatan kini |
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Raja Azlan Muzzaffar Shah, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.