k-Pop

K-pop (Hangul: 케이팝), singkatan untuk muzik popular Korea, adalah sejenis bentuk muzik popular yang berasal dari Korea Selatan.

Selamat Datang ke Portal K-pop
سلامت داتڠ کڤورتل كي-ڤوڤ
K-pop 포털에 오신 것을 진심으로 환영합니다
k-Pop
Ikon muzik K-pop

Bentuk muzik ini merupakan gabungan pelbagai gaya dan genre dari seluruh dunia seperti pop, hip hop, R&B, eksperimental, rock, tarian elektronik dan klasikal selain daripada muzik tradisional Korea. Istilah "K-pop" menjadi terkenal pada 2000-an terutamanya dalam konteks antarabangsa, dan pengaruh bentuk muzik ini telah membawa kepada fenomena Gelombang Korea (Hallyu). Walaupun "K-pop" boleh merujuk kepada semua muzik popular atau muzik pop dari Korea Selatan, ia sering digunakan dalam erti kata yang lebih sempit untuk mana-mana muzik dan artis Korea yang dikaitkan dengan industri hiburan dan pujaan di negara ini, tanpa mengira genre.

k-Pop
Artis pilihan
Big Bang dalam satu iklan LG Optimus One

Big Bang (Korea: 빅뱅, makna harfiah: "Letupan Besar", sering digayakan sebagai BIGBANG) merupakan sebuah kumpulan muzik yang berasal dari Korea Selatan. Pembentukan band ini bermula daripada sebuah siri televisyen iaitu "Dokumentari Big Bang" ("Big Bang Documentary") yang disiarkan pada bulan Julai hingga bulan Ogos tahun 2006. Rancangan tersebut juga ditayangkan secara dalam talian di GomTV dan MTV Korea. Pada asalnya terdapat enam orang ahli tetapi salah seorang daripadanya telah tersingkir iaitu Jang Hyun-seung (kini menganggotai kumpulan Beast) dalam tayangan rancangan itu sebelum debut bagi kumpulan muzik itu diadakan secara rasmi.

Terletak dibawah syarikat rakaman YG Entertainment, kumpulan muzik ini pernah memenangi beberapa anugerah diatas kejayaan mereka dalam bidang industri muzik. Antaranya anugerah di Anugerah Muzik Seoul (2008), Festival Muzik KM Mnet serta Anugerah Muzik Eropah MTV (2011).

k-Pop
Karya pilihan
Portal:K-pop/Karya pilihan/1
k-Pop
Gambar pilihan
k-Pop
2PM di sidang khabar ketika konsert "Wonder Girls The First Wonder Live" di Bangkok

2PM ialah sebuah kumpulan muzik Korea Selatan yang ditubuhkan pada tahun 2008. Ia terdiri daripada enam orang ahli iaitu Junsu, Junho, Nichkhun, Taecyeon, Wooyoung dan Chansung. Kumpulan muzik ini diuruskan di bawah syarikat rakaman JYP Entertainment.

Kredit gambar: Sry85
(Saiz fail: 2,566 × 1,873 piksel, 1.29 MB)
k-Pop
Tahukah anda?
  • ...bahawa lagu G-Dragon, "That XX" (2012) ialah lagu pratapisan pertama yang mengungguli carta lagu di Korea Selatan?
  • ...sehingga kini, lagu "Gangnam Style" (2012) nyanyian Psy merupakan video muzik K-pop paling banyak ditonton dan juga yang pertama memperoleh tontonan sebanyak 1 bilion di laman YouTube?
  • ...album mini Alive (2012) oleh kumpulan muzik BIGBANG merupakan album Korea pertama tercarta dalam Billboard 200 Amerika Syarikat?
  • ...nama asal kumpulan muzik TO1 (tertubuh 2020) adalah TOO, setahun setelah pembentukannya?
k-Pop
Portal berkaitan
k-Pop
Projek saudara

Tags:

Gelombang KoreaGenre muzikHangulHip hopKorea SelatanMuzik klasikalMuzik tarian elektronikPopRock

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Hari Paskah BesarPangsapuriPersatuan Negara-negara Asia TenggaraZul AriffinTwitterIbanAdnan Abu Hassan (ahli politik)Emma MaembongNasabUniversiti Teknologi MalaysiaSunan BonangKontrak sosial (Malaysia)Mata anginPemboleh ubahSungai BulohKecerdasan buatanKata sendi (bahasa Melayu)AzazilSenarai raja-raja MelayuJenis air untuk bersuci dalam IslamPertubuhan Keselamatan SosialPulau RedangLimau nipisAlif SatarTulisan JawiProton SagaTakbirKetua Polis Negara MalaysiaJambatan Pulau PinangJohor BahruBella AstillahCik ManggisKrisis pencerobohan Lahad Datu 2013HinduismeMenteri Besar JohorDataran MerdekaNabi Lut a.s.De FamNabi Syu'aib a.s.Syed Mohd Yusof Syed NasirJabatan Imigresen MalaysiaHukum Kanun MelakaTengku Ahmad Ismail Mu’adzam ShahPerkhidmatan awam di MalaysiaHassanal BolkiahBola balingPerempuan Itu (drama)Anak Perjanjian Syaitan 2Kelayakan Piala Dunia FIFA 2026Majlis Raja-RajaCopa América 2021Sepak takrawBendera MalaysiaNajib RazakSolat Sunat RawatibWadi AnnuarPenerbangan 370 Penerbangan MalaysiaRibaSunan KalijagaPahangIslamLaluan Kelana JayaWan Junaidi Tuanku JaafarBahasa ArabAdi PutraNombor dalam budaya CinaRakaatJabatan Kastam Diraja MalaysiaSainsKorban KasihNabila HudaBumiputeraKanun KeseksaanSekolah Henry GurneyManatiInna lillahi wa inna ilaihi raji'unHero Seorang CinderellaNabila Razali🡆 More