Perang Paulista

Perang Paulista (Portugis: Guerra Paulistacode: pt is deprecated ) atau Perang Saudara Brazil (Portugis: Guerra Civil Brasileiracode: pt is deprecated ) merujuk kepada suatu konflik bersenjata antara penduduk negeri São Paulo (paulista) dengan pemerintah persekutuan Brazil hasil suatu rampasan kuasa tahun 1930 pimpinan Getúlio Vargas yang bertindak memerintah secara langsung dan melanggari peruntukkan ditetapkan Perlembagaan Brazil.

Perang Paulista
Revolusi Konstitusionalis
Perang Paulista
Para askar São Paulo berlindung dalam parit melepaskan tembakan, 1932.
Tarikh9 Julai 1932–October 2, 1932
Lokasi
Keputusan Kememangan berpihak kepada pihak Pemerintah (Legalista),
Penggubalan perlembagaan Brazil 1934
Pihak yang terlibat

Perang Paulista São Paulo (negeri)

  • Perang Paulista Polis Tentera Negeri São Paulo (dan relawan)


Perang Paulista Mato Grosso do Sul

  • Volunteers rebels


Perang Paulista Rio Grande do Sul

  • Barisan Gaucho Bersatu

Perang Paulista Brazil

  • Perang Paulista Angkatan Darat Brazil
    • Perang Paulista Army Aviation
  • Perang Paulista Angkatan Laut Brazil
    • Templat:Marines
    • Perang Paulista Naval Aviation
  • Perang Paulista Kor Polis
    • Perang Paulista Angkatan Awam Negeri Minas Gerais
    • Perang Paulista Angkatan Awam Negeri Rio de Janeiro
    • Perang Paulista Angkatan Awam Negeri Paraná
Komandan dan pemimpin
São Paulo (negeri) Pedro Manuel de Toledo
Mato Grosso do Sul Vespasiano Martins
São Paulo (negeri) Euclides Figueiredo
São Paulo (negeri) Júlio de Mesquita Filho
Mato Grosso do Sul Gen. Bertoldo Klinger
Rio Grande do Sul Borges de Medeiros
São Paulo (negeri) Artur Bernardes
Brazil Getúlio Vargas
Brazil Gen. Góis Monteiro
Kekuatan
40,000 orang askar (polis tentera dan relawan)
30 buah kenderaan perisai
44 buah artileri
9-10 buah pesawat
100,000 orang askar (darat, laut & polis)
90 buah kenderaan perisai
250 buah artileri
58 pesawat
4 buah kapal perang (untuk mengekang Pelabuhan Santos)
Kerugian dan korban
k.k 2,500 orang terkorban k.k 1,050 orang terkorban
3,800 orang cedera

Pergelutan ini menandakan tamatnya zaman pemerintahan Republik Brazil Pertama. Ia merupakan konflik terhebat pernah berlaku dalam Brazil pada abad ke-20.

Gambaran umum

Latar belakang

São Paulo mengalami suatu pembangunan dan tahap industrialisasi yang pesat pada awal abad ke-20 terutamanya dalam bidang penanaman kopi; ia turut dibantu dengan giatnya penternakan lembu susu dan penghasilan tenusu di negeri Minas Gerais. Peningkatan ekonomi kedua-dua negeri utama Brazil yang saling bergantungan ini sungguh mempengaruhi perancangan dan pengurusan pentadbiran Republik Lama ke atas keseluruhan negara tersebut yang sering dijoloki sebagai política do café com leite - "politik kopi susu". Walau bagaimanapun, pengeluaran hasil tanaman kopi pada lewat tahun 1920-an di São Paulo melebihi tampungan (kapasiti atau kapasitas) akibat penaikkan harga barang dagangan (komoditi atau komoditas) oleh pemerintah pusat Brazil.

Pada 1929, pemerintahan Washington Luís, Presiden Brazil dijangka melantik Júlio Prestes, ketua negeri São Paulo sebagai penggantinya berikutan kemenangan Prestes dalam pilihan raya utama tersebut yang baru dilaksanakan. Namun, suatu rampasan kuasa yang dilaksanakan pemberontak dari Minas Gerais, Paraíba dan Rio Grande do Sul dengan pimpinan Getúlio Vargas telah menggulingkan pemerintah Republik Lama. Vargas memerintah secara langsung serta membuang peruntukan autonomi yang diberikan kepada semua negeri dalam Brazil.

Rasa tidak puas hati warga negeri São Paulo terhadap pemerintah pusat memuncak dengan berlakunya suatu pergaduhan antara pihak Liga Revolucionária dengan penyokong Parti Rakyat São Paulo (Partido Popular Paulista) di Dataran Republik kota São Paulo pada 23 Mei 1930, kejadian tersebut mengorbankan empat orang pelajar: Mario Martins de Almeida, Euclides Miragaia, Dráusio Marcondes de Sousa dan Antonio Camargo de Andrade.

Susur kejadian

Permulaan

Kemuncak

Suatu sekatan terhadap pelabuhan Santos di bandar sama pesisiran negeri dilakukan dengan berlabuhnya suatu kapal penjajap milik Tentera Laut Brazil, Rio Grande do Sul. Misi serangan balas terhadap sekatan ini dilakukan dengan berlepasnya dua pesawat Curtiss O1-E Falcon berkod “Kyri Kyri” dan “Kavuré-y” yang cuba mendekati penjajap tersebut, namun Rio Grande do Sul menembak ke arah pesawat-pesawat inil; salah satu tembakan ini berjaya mengena salah satu pesawat yang menjunam ke laut berdekatan Ilha da Moela dekat Guarujá mengorbankan penerbang.

Sekatan dagangan ini lama-kelamaan menyebabkan kekurangan yang mendadak terhadap bekalan makanan, senjata api dan barangan penting lain yang mampu menampung kegiatan para pemberontak dengan lebih lama.

Peleraian

Pihak Konstitusionalis menyedari keadaan mereka yang sudah tidak dapat ditangani serta mengundang kekalahan yang muktamad. Oleh itu, Panglima Tertinggi pihak tersebut selaku ketua jeneral Angkatan Awam São Paulo Bertoldo Klinger, kolonel Herculano de Carvalho e Silva menuntut suatu gencatan senjata agar suatu rundingan dapat dilakukan, hal ini dipersetujui Pedro de Aurélio de Góis Monteiro selaku wakil Pemerintah Sementara. Setelah beberapa hari rundingan dilakukan untuk membincangkan perkara yang diperetujui bersama pihak Konstitusionalis dan Pemerintah Brazil, pihak Konstitusionalis menandatangani surat penyerahan kalah pada 2 Oktober 1932 di kota Cruzeiro menamatkan konflik ini. Para anggota Angkatan Awam dibenarkan masuk semula dalam angkatan keselamatan awam negara, de Carvalho e Silva pula dibenarkan menjawat penguasa sementara dalam negeri São Paulo sehingga suatu ketua pentadbir dilantik Getúlio Vargas dapat mengambil alih. Jeneral komandan barisan selatan tentera Brazil Valdomiro Castilho de Lima memasuki negeri tersebut tangkat hari 6 Oktober.

Angkatan Awam São Paulo dilucutkan senjata mereka manakal pemimpin-pemimpin angkatan serta pergerakan Constitucionalista ini dibuang negeri ke Lisboa, Portugal. Jumlah korban yang dikira hasil pergelutan ini dianggarkan sebanyak lebih 2,000 jiwa manakala banyak kota dalam negeri São Paulo mengalami kerosakan dahsyat.

Peringatan

Sebuah tugu berupa obelisk didirikan memperingati askar-askar yang terkorban dalam perang saudara ini di Taman Ibirapuera, kota Sao Paulo. Pembinaan tugu tersebut mengambil selama tempoh 23 tahun dari 1947 hingga 1970.

Perang Paulista 
Obelisk São Paulo di pusat bandar ibu negeri. Pangkalnya tertulis dalam bahasa Portugis bermaksud "hidup mereka singkat demi kematian yang baik, mereka mati muda demi hidup selamanya."

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Perang Paulista Gambaran umumPerang Paulista Susur kejadianPerang Paulista PeringatanPerang Paulista RujukanPerang Paulista Pautan luarPerang PaulistaBahasa PortugisBrazilGetúlio VargasRevolusi Brazil 1930São Paulo (negeri)

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

JohorSultan Ibrahim ibni Sultan IskandarMandi wajibHamzah bin Abdul MuttalibSekolah Henry GurneyJep SepahtuNaszriah NgasriImam MahdiPersekutuan Tanah MelayuRoti johnAaron Aziz18 Puasa di Kampong PisangBugisAdat resam kahwin MelayuPulau PangkorElly ArifinZarina ZainoordinPertubuhan Bangsa-Bangsa BersatuAbang Johari Tun OpengJam 24 jamFarid KamilSultan PerakPenjajahan Jepun di Tanah MelayuSenarai kata pinjaman dari bahasa Arab dalam bahasa Melayu dan bahasa IndonesiaSel (biologi)Marga SangirSultan Nazrin Muizzuddin ShahMalaysiaWings (kumpulan muzik Malaysia)ParameswaraBulanNombor telefon di MalaysiaFauzi NawawiDatuk (gelaran)Senarai kaum di MalaysiaDewan Rakyat MalaysiaRicheese FactoryAna DahliaAzhan RaniPandu PuteriAisha RetnoRukun NegaraNasi kandarTunku Aminah Maimunah IskandariahKetumAmelia HendersonVirusEmpayar UthmaniyahHari Paskah BesarKerajaan SalakanagaraPerkhidmatan awam di MalaysiaKata kerjaBahasa LampungHukum Kanun MelakaKadazan-DusunKhalid Mohamad JiwaSolat jamakHalim RadziJenis darahKesultanan Melayu MelakaFrekuensi radio di Negeri SembilanPerceraian dalam IslamMuhamad Akmal SalehNik Abdul Aziz Nik MatShahrulezad MohameddinUniversiti Putra MalaysiaAndai Itu TakdirnyaOmanNegeri-negeri Melayu BersekutuMasya-AllahSarimah IbrahimLabuanAnak Perjanjian SyaitanPlat pendaftaran kenderaan MalaysiaSunan BonangTauratHadis Mutawatir🡆 More