Penyu Karah

Penyu karah atau penyu sisik (Eretmochelys imbricata) ialah spesis penyu yang terancam genting.

Ia tergolong dalam keluarga Cheloniidae, dan merupakan satu-satunya spesies yang masih wujud dalam genus Eretmochelys. Spesies ini mempunyai taburan seluruh dunia, dengan 2 subspesies tersendiri—E. i. imbricata ialah subspesis di lautan Atlantik, manakala E. i. bissa biasanya ditemui di kawasan Hindi-Pasifik.

Penyu karah
Penyu sisik
Penyu Karah
Eretmochelys imbricata di Útila, Honduras
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Suborder:
Keluarga:
Genus:
Eretmochelys
Spesies:
E. imbricata
Nama binomial
Eretmochelys imbricata
(Linnaeus, 1766)
Subspesis

E. imbricata bissa (Rüppell, 1835)
E. imbricata imbricata (Linnaeus, 1766), ,

Penyu Karah
Kawasan penyu karah
Sinonim

E. imbricata squamata sinonim junior

Rupa penyu karah serupa dengan penyu-penyu laut yang lain. Ia mempunyai bentuk badan yang secara amnya rata, karapas pelindung, dan lengan seperti kaki sirip yang disesuaikan untuk renangan dalam lautan terbuka. E. imbricata boleh dibezakan dengan mudah daripada penyu-penyu laut yang lain melalui paruhnya yang tajam dan melengkung dengan tomium yang menonjol, dan bahagian tepi cangkerang dengan rupa seperti gergaji. Cangkerang penyu karah berubah warna sedikit mengikut suhu air. Penyu ini luangkan lebih masa di lagun-lagun cetek dan terumbu-terumbu karang, sementara hidup di lautan luas sebahagian masanya.

Amalan memancing oleh manusia mengancam E. imbricata menghadapi kepupusan. Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa (IUCN) mengelaskan penyu karah sebagai spesis yang terancam teruk. Cangkerang penyu karah adalah sumber utama bahan kulit penyu yang digunakan untuk membuat barang perhiasan. Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Flora dan Fauna Liar Terancam (CITES) mengharamkan penangkapan dan perdagangan penyu-penyu karah dan produk yang dihasilkan daripadanya.

Taburan

Penyu karah mempunyai habitat yang sangat luas, terutamanya kawasan terumbu karang di lautan-lautan Hindi, Pasifik, dan Atlantik.

Penyu Karah 
Model andaian populasi spesies E. imbricata: Bulatan merah mewakili kawasan sarang telur utama. Bulatan kuning mewakili sarang kecil.

Subpopulasi Atlantik

Penyu Karah 
Penyu Karah di Saba, Netherlands Antilles

Di kawasan Atantik, populasi Penyu Karah boleh ditemui berhampiran Teluk Mexico hinggalah Cape of Good Hope di Afrika Selatan. Spesies ini mendiami kawasan Perairan Brazil (terutamanya Bahia, Fernando de Noronha) melalui selatan Florida serta Perairan Virginia.

Kawasan Caribbean yang menjadi tempat ia bersarang, terletak di Lesser Antilles, Barbados, Guadeloupe, Tortuguero in Costa Rica, dan Yucatan. Mereka mencari makan di Perairan Cuba dan sepanjang Pulau Mona berhampiran Puerto Rico berbanding tempat lain.

Subpopulasi Indo-Pasifik

Di Lautan Hindi, Penyu Karah sering kelihatan di sepanjang perairan Afrika timur, termasuklah Lautan berhampiran Madagascar, dan sepanjang perairan Asia Selatan, termasuklah Teluk Parsi, dan Laut Merah, serta Subbenua India dan Asia Tenggara. Mereka juga berada di Kepulauan Melayu dan utara Australia. Kawasan Pasifiknya terhad kepada kawasan perairan tropikal dan subtropikal. Di barat, spesies ini boleh ditemui berada di barat daya Semenanjung Korea dan selatan Kepulauan Jepun hinggalah utara New Zealand.

Filipina menjadi sarang utama tempat ia bertelur, terutamanya di Pulau Boracay dan Punta Dumalag di Davao City. Pantai Dahican di Mati City, Davao Oriental pula menjadi sarang utama spesies penyu Olive Riley. Sekumpulan pulau kecil di barat daya kepulauan itu dinamakan "Tawi-Tawi" yang bermaksud "penyu" disebabkan kehadiran dua spesies ini di tempat itu: Penyu Karah dan penyu hijau. Pada bulan Januari 2016, seekor penyu dilihat berada di Teluk Thailand. Di kawasan Hawaii, penyu karah sering kelihatan mendarat di pulau-pulau utamanya, iaitu Oahu, Maui, Molokai, dan pulau besar Hawaii itu sendiri. Manakala di Australia, penyu karah sering mendarat untuk bertelur di Pulau Milman berhampiran Terumbu Sawar Besar. Penyu karah juga bertelur hingga ke Pulau Cousine di Seychelles, tempat dimana haiwan ini dilindungi sejak tahun 1994, dan populasinya menunjukkan peningkatan positif. Di Pulau Seychelles' spesies haiwan lain seperti Aldabra, juga menjadi kawasan penyu ini mencari makan.

Subpopulasi Pasifik Timur

Di kawasan Pasifik timur, penyu karah dilaporkan kelihatan di Semenanjung Baja di selatan Mexico, sepanjang selatan perairan Peru. Pada tahun 2007, spesies ini dikatakan pupus sepenuhnya di wilayah itu. Walaubagimanapun, terdapat saki-baki sarang dan bekas tapak makanannya yang dijumpai berada di Mexico, El Salvador, Nicaragua, dan Ecuador, menjadikan ia satu penemuan bermakna bagi kajian dan pemuliharaan. Sebaliknya, spesies ini akan meninggalkan kawasan habitat utamanya di kawasan terumbu karang dan berbatuan, seperti di Pasifik, yang menjadi tempatnya mencari makanan dan bersarang terutamanya di Teluk Bahia de Jiquilisco (El Salvador), Teluk Fonseca (Nicaragua, El Salvador, dan Honduras), Estero Padre Ramos (Nicaragua), dan Teluk Guayaquil (Ecuador). Banyak kerjasama dan usaha perbadanan multi-nasional, seperti Eastern Pacific Hawksbill Initiative, yang dilakukan untuk mengkaji dan memulihara spesies ini, walaupun masih belum mendapat liputan dan pendedahan awam sepenuhnya.

Rujukan


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Tags:

Penyu Karah TaburanPenyu Karah RujukanPenyu Karah

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Tanam paksaMajapahitMira FilzahDollaErry PutraBatik Air MalaysiaAsiaWadi AnnuarThailandRazarudin HusainSlot AkasiaSyed Mokhtar Al-BukharyGunung SinaiSarimah AhmadPlat pendaftaran kenderaan MalaysiaLapangan Terbang Antarabangsa Hangzhou XiaoshanAiman Hakim RidzaPeroduaRevolusi PerindustrianSekolah Menengah Kejuruan Negeri 26 JakartaSekolah Henry GurneyMasya-AllahHussein OnnShah AlamPiala Asia 2019Malang Si PuteriWanna AliRukun IslamSijil Tinggi Agama MalaysiaAl-hamdu lillahi rabbil 'alaminLiwatIsteri Separuh MasaIndonesiaEmpayar MacedoniaSyed Mohd Yusof Syed NasirRoy AzmanMarlia MusaKelapaMasjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz ShahFrekuensi radio di JohorKata adjektifFazidah JonedOrang YahudiDini SchatzmannSherry AlhadadRinggitNur Qistina RaisahMaryamPakistanBani IsraelAzhar SulaimanDaiyan TrishaPilihan raya umum Malaysia 2022ZUS CoffeeLelaki ItuNabi Syu'aib a.s.Adab menyambut kelahiran bayi menurut IslamLailatulqadarDataran MerdekaBuah kerasSultan Ibrahim ibni Sultan IskandarLee Kee HiongQiamullailCharlie AdamPolis EVO 3Laura AnnaNabiBulanJibrailElizabeth IISolat Sunat RawatibSenarai Raja-Raja MalaysiaGerak Khas The MovieSiti Khadijah HalimTengku Permaisuri NorashikinSurah Al-AlaqCopa América 1995🡆 More