| ||||
Masalah mendengarkan ? Sila lihat bantuan media. |
Pentalunan atau reverberasi (reverberation) dalam konteks psikoakustik dan akustik merujuk kepada sifat keberadaan sesuatu bunyi setelah lama ia dihasilkan. Sifat ini dicipta apabila bunyi atau isyarat memantul berulang kali lalu terkumpul sebelum meredam sebaik diserap permukaan objek sedia ada dalam sesebuah ruang (boleh termasuk perabot, orang, dan udara); keadaan ni paling ketara apabila sumber bunyi berhenti bergetar namun pantulan dirasa berterusan sambil amplitudnya menurun sehingga ke tahap sifar.
Keadaan ini berlaku secara semula jadi apabila seseorang menyanyi, berbual, atau memainkan alat secara akustik dalam atau ruang persembahan dengan permukaan yang mampu memantulkan bunyi. Bunyi gemaan begini juga sering ditambah secara elektronik ke vokal penyanyi dan alat muzik.
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Pentalunan, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.