Pendarfluor

Pendarfluor adalah sifat sesebuah bahan memancar cahaya atau sinaran elektromagnetik lain (memendar atau berpendar) hasil tindak balas penyerapan cahaya oleh bahan tersebut.

Dalam kebanyakan keadaan cahaya yang dipancarkan mempunyai panjang gelombang lebih panjang lalu bertenaga lebih rendah daripada sinaran yang diserap. Bahan pendarfluor berhenti memendar segera apabila sumber radiasi berhenti tidak seperti bahan pendarfosfor yang terus memancarkan cahaya untuk beberapa waktu lama. Sifat ini dapat ditemui pada banyak bahan semula jadi baik dalam hidupan mahupun galian bumi.

Pendarfluor
Organisma laut yang pendarfluor

Sifat pencahayaan ini mula diperhatikan pada tahun 1560-an oleh Bernardino de Sahagún dan Nicolás Monardes daripada seduhan kayu-kayu spesies Pterocarpus indicus dan Eysenhardtia polystachya. Ia dikaji secara moden melalui pemerhatian cahaya pendaran dari fluorit secara berasingan oleh Edward D. Clarke masing-masing pada tahun 1819 dan tahun 1822; David Brewster turut menggambarkan fenomena ini pada klorofil pada tahun 1833 manakala John Herschel melakukan hal yang sama untuk kuinin pada tahun 1845. George Gabriel Stokes memberikan gambaran sepenuhnya sifat ini dalam terbitannya mengenai "perubahan panjang gelombang" (Refrangibility) tahun 1852 yang turut mengungkapkan lengkap konsep ini buat pertama kali dengan istilah fluorescence dari bahan fluorit dikajinya; istilah ini dipinjam terjemah kepada "pendarfluour" dalam bahasa Melayu.

Prinsip fizik

Pendarflour berlaku apabila sesebuah molekul, atom atau struktur nano yang diujakan melepaskan foton lalu berehat ke keadaan tenaga yang lebih rendah (mungkin keadaan membumi, ground state). Zarah asal ini mungkin teruja secara langsung dari keadaan dasar S 0 ke keadaan tunggal S 2 dari keadaan bumi dengan penyerapan foton tenaga Pendarfluor  dan seterusnya memancarkan foton tenaga yang lebih rendah Pendarfluor  kerana merehat kepada S 1:

  • Pengujaan: Pendarfluor 
  • Pendarfluor (lepasan): Pendarfluor 

Dalam setiap kes, tenaga foton Pendarfluor  berkadar dengan frekuensi Pendarfluor  mengikut Pendarfluor , di mana Pendarfluor  adalah pemalar Planck.

Keadaan akhir S 1 jika tidak membumi dapat kehilangan baki tenaganya melalui pelepasan pendarfluor lebih lanjut dan / atau pelonggaran tidak menyinar (non-radiative relaxation) di mana tenaga hilang sebagai haba (fonon). Apabila keadaan teruja menjadi metastabil (menstabil dalam jangka masa yang panjang), maka peralihan pendarfluor itu disebut sebagai pendarfosfor.

Lihat juga

  • Pendarfosfor
  • Fluorometer

Rujukan

Bacaan lanjut

Pautan luar

Tags:

Pendarfluor Prinsip fizikPendarfluor Lihat jugaPendarfluor RujukanPendarfluor Bacaan lanjutPendarfluor Pautan luarPendarfluorCahayaPanjang gelombangPemendarcahayaanSinaran elektromagnet

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Anugerah AidilfitriTentera Laut Diraja MalaysiaHantu rayaSurah al-BaqarahFrekuensi radio di MelakaPlayboy Itu Suami AkuJanna NickSultanah Nur ZahirahLimau purutSingapura Dilanggar TodakLimau nipisJamrahDzulkefly AhmadHamzah bin Abdul MuttalibFauziah NawiBendera MalaysiaJohor Darul Ta'zim F.C.Senarai Akta Parlimen MalaysiaKL GangsterRujukan kehormatMy Lovely DriverNiezam ZaidiAngel (penyanyi)Fadlan HazimLatSungai PetaniIsteri HalalPuaka Cuti SemesterGeografi JohorP. RamleeSrivijayaSolat Sunat RawatibRadius OneFaizal HusseinHubungan seksBendera PalestinSenarai dail terus antarabangsaMelitha SidabutarBruce GilleyPeribahasa MelayuKetumSistem SuriaGen1esSharifah HusnaMuhyiddin YassinHemoroidRomantisismeJasmine Suraya ChinRita RudainiAmy SearchMalaysiaPerang PadriJohan GhazaliMelakaSenarai kata pinjaman bahasa MelayuNoniswaraKota KinabaluPerakLiberalismeUniversiti Putra MalaysiaDaerah SegamatPerempuan Itu (drama)Wan Azizah Wan IsmailSolatPeraturan bola jaringAstro MalaysiaSubang JayaPeristiwa 13 MeiPuchong, SelangorMaktab Rendah Sains MARAManchester United F.C.Khir RahmanSultan Iskandar ibni Sultan IsmailSlot SamarindaTengku Zafrul Abdul AzizProton WajaMasya-AllahDoa Iftitah🡆 More