Mohd Shafie Ngah

Mohd Shafie bin Ngah ialah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia.

Beliau merupakan Ahli Dewan Negeri (ADN) Bangi, Selangor bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Serdang dan Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Negeri Selangor. Di Peringkat kerajaan negeri, beliau merupakan Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor.

Mohd Shafie Ngah
Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor
untuk Sungai Ramal
Memegang jawatan
Ogos 2023
Didahului olehMazwan Johar
Timbalan Yang Dipertua Dewan Negeri Selangor
Dalam jawatan
24 November 2014 – 9 Mei 2018
Didahului olehNik Nazmi Nik Ahmad
Digantikan olehMohd Khairuddin Othman
Kawasan pilihan rayaBangi
Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor
untuk Bangi
Dalam jawatan
6 Mei 2013 – 9 Mei 2018
Didahului olehShafie Abu Bakar (PAS)
Digantikan olehKonstituensi dibubarkan
Butiran peribadi
Lahir (1966-08-21) 21 Ogos 1966 (umur 57)
Sekinchan, Selangor
Parti politikMohd Shafie Ngah Parti Islam Se-Malaysia
Anak-anak5 (4 lelaki 1 perempuan)
ProfesionPeguam
Laman web rasmiShafie Ngah

Sebelum terlibat secara langsung dalam politik, beliau merupakan seorang pensyarah di beberapa IPT tempatan serta Pengurus & Peguam Syarie kepada Tetuan Shafie Ngah & Associates (Peguambela & Peguam Cara Syariah) sejak dari Januari 2011.

Kerjaya

Pengalaman Bekerja

Pensyarah UiTM Shah Alam (1990 - 1992)

  • Selama 2 tahun bertanggungjawab memberi kuliah dan tutorial bagi pelajar-pelajar yang akan melanjutkan pelajran ke luar negara seperti Australia, Amerika Syarikat dan United Kingdom di Pusat Pengajian Persediaan UiTM dalam subjek Akidah, Syariah, Akhlak dan Fiqh Kekeluargaan Islam.

Pensyarah sambilan Universiti Malaya (1992 - 1994)

  • Selama 2 tahun bertanggungjawab memberi kuliah dan tutorial bagi pelajar-pelajar Sarjana Syariah di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dalam subjek Muamalah, Perniagaan dan Pemikiran Politik Islam.

Peguam Syarie (1995 - 2013)

  • Selama 19 tahun berpengalaman mengendalikan urusan Undang-undang Islam, Undang-undang Prosedur dan Undang-undang Pentadbiran di Mahkamah Syariah, urusan kaunseling rumah tangga, penyelesaian pembahagian harta dan lain-lain kes di Mahkamah-mahkamah Syariah di Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Melaka dan Terengganu.

Pengalaman Rundingcara

  • Pengurus & Peguam Syarie kepada Tetuan Shafie Ngah & Associates (Peguambela & PeguamCara Syariah) (Januari 2011 - 2013)
  • Partner kepada Tetuan A.B.,Sidek & Co (Peguambela & Peguamcara) sebagai Ketua Jabatan Syariah Petaling Jaya (1995 - 2010)
  • Consultant untuk Mohd Jamal Awang Agency (MAA Insurance & Takaful) Kuala Lumpur (2006 - 2013)
  • Penasihat Syariah untuk Perniagaan Tajeri (Trading & Construction) Kuala Lumpur (2007 - 2008)
  • Consultant untuk As-Syafiey Runding (Perunding Wasiat), Kuala Lumpur (2007 - 2008)

Aktiviti Kemasyarakatan

  • Ahli Persatuan Peguam Syarie Malaysia (1999 - sekarang)
  • Ahli Jawatankuasa Protem, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (1999)
  • Timbalan Pengerusi, Jawatankuasa Surau Al-Ehsan, Jalan 2, Bandar Baru Bangi (2000 - 2005)
  • Ahli Jawatankuasa, Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi (2005 - 2013)
  • Pengerusi, Persatuan Penduduk Jalan 7/3 Bandar Baru Bangi (2005 - 2013)
  • Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kajang (2008 - 2013)

Politik

Beliau telah diberi kepercayaan oleh pucuk kepimpinan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk bertanding buat kali pertama pada pilihan raya umum Ke-13 di Kawasan Dewan Undangan Negeri Selangor N26 Bangi.

YB Ustaz Hj. Mohd Shafie telah berjaya menewaskan calon dari Parti UMNO, Barisan Nasional, Datuk Mohd. Zaidi Md. Zain @ Zakaria iaitu rakan sekelasnya di Universiti Malaya dahulu yang juga seorang Peguam Syarie dengan majoriti 11,838 undi.

Keputusan pilihan raya

Tahun Kawasan Nama Parti Undi Lawan Parti Undi Majoriti
2013 N26 Bangi Mohd Shafie Ngah PAS 29,200 Zaidi Zakaria BN (UMNO) 17,362 11,838
2018 P102 Bangi Mohd Shafie Ngah PAS 33,789 Ong Kian Ming PH (DAP) 102,557 68,768
Liew Yuen Keong BN (MCA) 19,766
Dennis Wan Jinn Woei PRM 215
2023 N26 Sungai Ramal Mohd Shafie Ngah PN (PAS) Mazwan Johar PH (Amanah)

Rujukan

Pautan Luar

Facebook:

Laman web:

Berita:

Tags:

Mohd Shafie Ngah KerjayaMohd Shafie Ngah PolitikMohd Shafie Ngah RujukanMohd Shafie Ngah Pautan LuarMohd Shafie NgahBangiMalaysiaMelayuPASParti Islam Se-Malaysia

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Hassanal BolkiahNazim OthmanMenteri Kesihatan MalaysiaErnie ZakriJudiMasya-AllahKhairy JamaluddinNegarakuAshraf SinclairYusof HaslamPenerbangan 370 Penerbangan MalaysiaMasjid Sri SendayanMeerqeenTanam paksaSingapuraKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaRukun solatFasismeProton ExoraLaura AnnaIdahRicheese FactoryKhulafa al-RasyidinMetamfetaminaPerlisSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan terendahRukun IslamLaila NasirTunku Aminah Maimunah IskandariahFrekuensi radio di TerengganuNabi Yusuf a.s.Penanda wacanaP. RamleeBryan DomaniKata kerjaPronoKamal AdliKuantanMusa HassanJohor Darul Ta'zim F.C.Ellie SuriatyRacun RihannaPerodua KancilPerempuan Itu (drama)PukimakSultan Sharafuddin Idris ShahSurah al-FatihahSekolah Menengah Kejuruan Negeri 26 JakartaPahangBatikBola sepakMenteri Pertahanan MalaysiaSenarai kapal Tentera Laut DiRaja MalaysiaHari GuruPilihan raya kecil Kuala Kubu Bharu 2024Seks oralMuhammad bin Idris al-SyafiiArif AimanSrivijayaKiesha AlvaroTelefon pintarSekolah Kluster KecemerlanganIslamGanjaRadius OneAnwar IbrahimFarah AhmadKata namaKerana Dia SukaGunung JeraiRuhainiesIsrak dan MikrajMalang Si PuteriSunan BonangBahasa Madura🡆 More