Mohamed Azmin Ali: Ahli politik Malaysia

YB Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali (lahir 25 Ogos 1964) merupakan seorang Ahli Politik Malaysia dari PN-BERSATU.

Beliau kini berkhidmat sebagai Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor dan ADN Hulu Kelang. Di peringkat parti, beliau merupakan Ketua Penerangan PN, Pengerusi PN Selangor dan Timbalan Pengerusi BERSATU Selangor.


Mohamed Azmin Ali

SPMS (Selangor); SSDK (Kedah); SMS (Selangor)
محمد عزمين بن علي
Mohamed Azmin Ali: Kehidupan awal, Kerjaya politik, Pilihan raya
Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor
Memegang jawatan
19 September 2023
Didahului olehDatuk Rizam Ismail
Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor
untuk Hulu Kelang
Memegang jawatan
12 Ogos 2023
Didahului olehMohamed Azmin Ali: Kehidupan awal, Kerjaya politik, Pilihan raya Mohamed Azmin Ali: Kehidupan awal, Kerjaya politik, Pilihan raya Saari Sungib
Majoriti1,617
Dalam jawatan
1999–2004
Didahului olehMohamed Azmin Ali: Kehidupan awal, Kerjaya politik, Pilihan raya Mohamed Azmin Ali: Kehidupan awal, Kerjaya politik, Pilihan raya Fuad Hassan
Digantikan olehMohamed Azmin Ali: Kehidupan awal, Kerjaya politik, Pilihan raya Mohamed Azmin Ali: Kehidupan awal, Kerjaya politik, Pilihan raya Ahmad Bujang
Menteri Kanan
Kluster Ekonomi
Dalam jawatan
30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana MenteriMohamed Azmin Ali: Kehidupan awal, Kerjaya politik, Pilihan raya Mohamed Azmin Ali: Kehidupan awal, Kerjaya politik, Pilihan raya Ismail Sabri Yaakob
Kawasan pilihan rayaGombak
Dalam jawatan
10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana MenteriMohamed Azmin Ali: Kehidupan awal, Kerjaya politik, Pilihan raya Mohamed Azmin Ali: Kehidupan awal, Kerjaya politik, Pilihan raya Muhyiddin Yassin
Kawasan pilihan rayaGombak
Menteri
Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Dalam jawatan
30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022
RajaAl-Sultan Abdullah
Sultan Muhammad V
Perdana MenteriMohamed Azmin Ali: Kehidupan awal, Kerjaya politik, Pilihan raya Mohamed Azmin Ali: Kehidupan awal, Kerjaya politik, Pilihan raya Ismail Sabri Yaakob
TimbalanLim Ban Hong
Dalam jawatan
10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021
RajaAl-Sultan Abdullah
Sultan Muhammad V
Perdana MenteriMohamed Azmin Ali: Kehidupan awal, Kerjaya politik, Pilihan raya Mohamed Azmin Ali: Kehidupan awal, Kerjaya politik, Pilihan raya Muhyiddin Yassin
TimbalanMohamed Azmin Ali: Kehidupan awal, Kerjaya politik, Pilihan raya Mohamed Azmin Ali: Kehidupan awal, Kerjaya politik, Pilihan raya Lim Ban Hong
Didahului olehDarell Leiking
Anggota Parlimen Malaysia
untuk P98 Gombak, Selangor
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 10 Oktober 2022
Didahului olehMohamed Azmin Ali: Kehidupan awal, Kerjaya politik, Pilihan raya Mohamed Azmin Ali: Kehidupan awal, Kerjaya politik, Pilihan raya Rahman Ismail
Digantikan olehMohamed Azmin Ali: Kehidupan awal, Kerjaya politik, Pilihan raya Mohamed Azmin Ali: Kehidupan awal, Kerjaya politik, Pilihan raya Amirudin Shari
Majoriti
  • 6,867 (PRU12)
  • 4,734 (PRU13)
  • 48,721(PRU14)
Ahli Dewan Negeri Selangor
untuk Bukit Antarabangsa
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 12 Ogos 2023
Didahului olehMohamed Azmin Ali: Kehidupan awal, Kerjaya politik, Pilihan raya Mohamed Azmin Ali: Kehidupan awal, Kerjaya politik, Pilihan raya Azman Wahid
Digantikan olehMohamed Azmin Ali: Kehidupan awal, Kerjaya politik, Pilihan raya Mohamed Azmin Ali: Kehidupan awal, Kerjaya politik, Pilihan raya Mohd Kamri Kamaruddin
Majoriti
  • 1,381 (PRU12)
  • 4,044 (PRU13)
  • 25,512(PRU14)
Ketua Penerangan
Parti Perikatan Nasional
Memegang jawatan
2020
Didahului olehPenyandang sulung
Pengerusi
Badan Perhubungan Negeri
Parti Perikatan Nasional
Selangor
Memegang jawatan
5 Januari 2021
Didahului olehPenyandang sulung
Menteri Hal Ehwal Ekonomi
Dalam jawatan
Mei 2018 – 24 Februari 2020
RajaAl-Sultan Abdullah
Sultan Muhammad V
Perdana MenteriMohamed Azmin Ali: Kehidupan awal, Kerjaya politik, Pilihan raya Mohamed Azmin Ali: Kehidupan awal, Kerjaya politik, Pilihan raya Mahathir Mohamad
TimbalanMohamed Azmin Ali: Kehidupan awal, Kerjaya politik, Pilihan raya Mohamed Azmin Ali: Kehidupan awal, Kerjaya politik, Pilihan raya Senator Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin
Digantikan olehMohamed Azmin Ali: Kehidupan awal, Kerjaya politik, Pilihan raya Mohamed Azmin Ali: Kehidupan awal, Kerjaya politik, Pilihan raya Mustapa Mohamed
Naib Presiden
Pakatan Harapan
Dalam jawatan
13 Julai 2017 – 24 Februari 2020
Berkhidmat dengan Mukhriz Mahathir, Salahuddin Ayub, M. Kulasegaran, Chong Chieng Jen, Christina Liew
Didahului olehJawatan diwujudkan
Timbalan Presiden
Parti Keadilan Rakyat
Dalam jawatan
28 November 2010 – 24 Februari 2020
Didahului olehMohamed Azmin Ali: Kehidupan awal, Kerjaya politik, Pilihan raya Syed Husin Syed Ali
Digantikan olehMohamed Azmin Ali: Kehidupan awal, Kerjaya politik, Pilihan raya Rafizi Ramli
Menteri Besar Selangor ke-15
Dalam jawatan
23 September 2014 – 19 Jun 2018
SultanSultan Sharafuddin Idris Shah
Didahului olehMohamed Azmin Ali: Kehidupan awal, Kerjaya politik, Pilihan raya Abdul Khalid Ibrahim
Digantikan olehMohamed Azmin Ali: Kehidupan awal, Kerjaya politik, Pilihan raya Mohamed Azmin Ali: Kehidupan awal, Kerjaya politik, Pilihan raya Amirudin Shari
Butiran peribadi
LahirMohamed Azmin bin Ali
(1964-08-25) 25 Ogos 1964 (umur 59)
Negeri-negeri Selat (kini Singapura)
KewarganegaraanMalaysia
KerakyatanOrang Melayu Malaysia
Parti politikMohamed Azmin Ali: Kehidupan awal, Kerjaya politik, Pilihan raya KEADILAN (1999-2003)
Mohamed Azmin Ali: Kehidupan awal, Kerjaya politik, Pilihan raya PKR (2003-2020)
Mohamed Azmin Ali: Kehidupan awal, Kerjaya politik, Pilihan raya BERSATU (2020-kini)
Sekutu gabungan
politik lain
Mohamed Azmin Ali: Kehidupan awal, Kerjaya politik, Pilihan raya Pakatan Rakyat (2008-2015)
Mohamed Azmin Ali: Kehidupan awal, Kerjaya politik, Pilihan raya Pakatan Harapan (2016-2020)
Mohamed Azmin Ali: Kehidupan awal, Kerjaya politik, Pilihan raya Perikatan Nasional (2020-kini)
PasanganDatin Seri Shamsidar Taharin
Anak-anak
  • Farah Shazliyana (1989)
  • Mohamed Ameer Shazrin (1991)
  • Farah Amira (1993)
  • Farah Afifah (1995)
  • Mohamed Basheer Noor Alhaq (1997)
  • Mohamed Yusuf Al Sadiq (2002)
KediamanBukit Antarabangsa, Mukim Hulu Kelang,Bandar Ampang Jaya, Daerah Gombak, Selangor
Alma materUniversiti Minnesota
PekerjaanAhli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri dan Menteri Kabinet
GajiRM68,913.28 sebulan
Nilai bersihRM1 ke 2.5 juta
KabinetKabinet Malaysia 2018
AnugerahSenarai
TandatanganMohamed Azmin Ali: Kehidupan awal, Kerjaya politik, Pilihan raya
Laman web rasmiazminali.com

Beliau berkhidmat sebagai Menteri Kanan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri semasa pemerintahan Ismail Sabri dan Mahiaddin Yassin dan sebagai Menteri Ekonomi semasa Mahathir Mohamad. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Menteri Besar Selangor dari tahun 2014 hingga tahun 2018 di bawah PH dan PKR.

Sebelum ini beliau merupakan Timbalan Presiden PKR dan Pengerusi PKR Selangor. Namun demikian, beliau telah umum keluar daripada PKR pada tahun 2020 kerana Langkah Sheraton dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Beliau tewas pada PRU-15 di Parlimen Gombak namun menang pada PRN di DUN Hulu Kelang.

Kehidupan awal

Azmin dilahirkan di Singapura pada 25 Ogos 1964 dan merupakan Abang kepada pengacara televisyen yang penuh kontroversi iaitu Azwan Ali dan Ummi Hafilda Ali.

Bapanya Haji Ali Omar dan ibunya Hajah Che Tom Yahaya menetap di Kampung Klang Gate, Taman Melawati, Ulu Klang, Selangor. Adik beradiknya termasuklah Azwan Ali (Pelakon, Pengacara) dan Arpah Ali (Pakar Motivasi). Azmin menerima pendidikan awalnya di Sekolah Gurney Road (2) Kuala Lumpur dari tahun 1971 hingga 1976. Selepas itu beliau menerima pendidikan menengah di Sekolah Menengah Setapak, Kuala Lumpur (1977-1979) dan Institut Teknikal, Jalan Cheras, Kuala Lumpur (1980-1981). Pada tahun 1982, beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Minnesota di Amerika Syarikat dan berjaya menggulung Ijazah dalam bidang matematik dan ekonomi pada 1987. Selanjutnya beliau menyambung sarjana dalam pendidikan (matematik dan ekonomi) di universiti yang sama.

Sekembalinya ke Malaysia pada tahun 1987, Azmin dilantik menjadi Pegawai Khas kepada Anwar Ibrahim yang pada masa itu ialah Menteri Pendidikan. Azmin kemudian dinaikkan pangkat kepada Setiausaha Peribadi kepada Menteri Pendidikan dan sehinggalah pada masa Anwar dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Azmin mendirikan rumah tangga bersama Shamsidar Taharin pada 7 Ogos 1988 yang juga belajar di universiti yang sama di Amerika Syarikat. Pasangan ini mempunyai enam orang anak.

Azwan Ali pernah membuat ugutan bunuh terhadap adiknya Umi Hafilda menerusi Twitter. Pada 13 Januari 2012, Ummi membuat laporan polis di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail. Ketua Polis Petaling Jaya, Arjunaidi Mohamad mengklasifikasikan kes itu di bawah Seksyen 506 Kanun Cara Jenayah. Akhirnya Azwan dan Umi Hafilda berdamai.

Kerjaya politik

Barisan Nasional

Menurut Azmin, beliau mula terlibat dalam politik pada sekitar 1987 apabila Perdana Menteri Malaysia ketika itu Dr Mahathir meminta beliau bekerja dengan Anwar Ibrahim.

Mahathir mengenali Azmin semasa beliau masih menuntut di Amerika Syarikat dan menjadi pemimpin pelajar di sana. Hubungan baik kedua-duanya bagaimana pun tidak berkekalan apabila Anwar dipecat daripada kedudukannya sebagai Timbalan Perdana Menteri pada September 1998. Azmin menyifatkan insiden pemecatan tersebut adalah yang paling sukar dalam hidupnya apabila terpaksa memilih antara Mahathir ataupun Anwar.

Pakatan Rakyat

Azmin memilih untuk bersama Anwar dan beliau antara Ahli yang awal menganggotai Parti Keadilan Nasional yang kemudiannya dikenali dengan Parti Keadilan Rakyat.

Pada Pilihanraya Umum ke-10 (29 November 1999), Azmin telah dipilih sebagai ADUN Hulu Kelang. Beliau dipilih semula dalam Pilihanraya Umum ke-12 (2008) dengan mengalahkan calon Barisan Nasional, Said Anuar Said Ahmad dengan majoriti sebanyak 6,867 undi. Beliau memperolehi 40,334 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 33,467 undi. Dalam Pilihanraya Umum ke-13 (2013), Azmin memenangi kerusi DUN Bukit Antarabangsa.

Beliau juga merupakan bekas ahli Parlimen Gombak.

Di dalam Parti, Azmin dilantik sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Nasional pada 2001 dan dipilih semula pada Disember 2004 dan Mei 2007. Pada 2010, Kongres Parti Keadilan Nasional telah melantik Azmin sebagai Timbalan Presiden dan beliau terus menyandang jawatan tersebut sehinggalah pada hari ini.

Pada 23 September 2014, Azmin Ali dilantik sebagai Menteri Besar Selangor berikutan peletakan jawatan Khalid Ibrahim. Beliau memegang jawatan sebagai Menteri Besar selepas gabungan DAP, PAS, dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) merampas Selangor pada Pilihan Raya Umum 2008.

Selepas Azmin mengambil alih jawatan itu, beliau menjanjikan banyak perkara kepada penduduk Selangor termasuk untuk menyelesaikan isu paling kritikal di negeri itu iaitu air. Bagaimanapun pada Sidang Dewan Negeri Selangor banyak digunakan untuk berkebun dan kolam renang.

Selepas isu air, Azmin sekali lagi dikejutkan apabila Khalid meminta beliau mendedahkan mengenai penubuhan Darul Ehsan Investment Group (DEIG). Azmin sendiri mengakui beliau tidak tidur selama dua bulan memikirkan mengenai masalah-masalah negara seperti derma dana politik, kejatuhan nilai ringgit dan kepimpinan di Putrajaya hinggakan beliau menjadi bahan lawak, dengan ramai yang menyifatkannya sebagai panda kerana lingkaran hitam di matanya.

Azmin juga diminta memberikan penjelasan mengenai RM7.56 bilion duit rakyat Selangor. Beliau didakwa cuba menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan rakyat Selangor dan tidak konsisten dalam kenyataannya berhubung isu air.

Beliau turut dicabar untuk mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tergempar bagi menentukan sama ada beliau masih lagi mendapat sokongan majoriti sebagai Menteri Besar sekali gus menyelesaikan pergolakan yang berlaku dalam pentadbirannya ketika ini.

Pakatan Harapan

Mohamed Azmin Ali: Kehidupan awal, Kerjaya politik, Pilihan raya 
Azmin menerima kunjungan Kamala Lakhdhir

Berikutan selepas Pilihan Raya Umum 2018, Azmin dinamakan sebagai salah seorang menteri dalam kabinet Perdana Menteri Mahathir Mohamad yang baru dipilih pada 18 Mei 2018. Beliau akan mengetuai Kementerian Hal Ehwal Ekonomi yang baru ditubuhkan. Beliau bersumpah sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi pada 21 Mei 2018 di Kuala Lumpur Istana Negara. Pada 24 Februari 2020, beliau dipecat dari Parti Keadilan Rakyat bersama dengan Zuraida Kamaruddin.

Pemecatan beliau dibuat kerana membawa keluar sebahagian daripada Ahli Parlimen Pakatan Harapan dari Parti Keadilan Rakyat dan menyokong parti lawan.

Beliau kemudiannya bersama-sama 11 orang bekas Ahli Parlimen Pakatan Harapan telah keluar dari Parti Keadilan Rakyat dan menjadi Ahli Parlimen Bebas sebelum menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia, manakala Baru Bian kekal dalam kem pembangkang dengan menyertai Parti Sarawak Bersatu.

Perikatan Nasional

Setelah kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan pada tahun 2020 lalu, Azmin telah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia bersama beberapa pemimpin lain antaranya termasuklah Zuraida Kamaruddin, Mohd Rashid Hasnon, Saifuddin Abdullah dan Mansor Othman. Ada dari kalangan mereka telah dilantik sebagai Menteri dan Timbalan Menteri dalam Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin Yassin. Azmin telah dilantik sebagai Menteri Kanan Kluster Ekonomi yang memegang portfolio sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia.

Beliau dilantik sebagai Menteri Kanan yang paling kanan di antara empat orang Menteri Kanan dan menjadi pengganti utama kepada Perdana Menteri untuk mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri ketika Perdana Menteri berada di luar negara.

Kedudukan tersebut berubah setelah Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Keluarga Malaysia

Mohamed Azmin Ali: Kehidupan awal, Kerjaya politik, Pilihan raya 
Azmin ketika bertemu Gina Raimondo di Pejabat Timbalan Perdana Menteri di Perdana Putra

Selepas Kerajaan Perikatan Nasional dijatuhkan oleh 105 orang Ahli Parlimen Pembangkang Malaysia dan 15 Ahli Parlimen Barisan Nasional dari UMNO yang telah menyatakan mereka telah kehilangan kepercayaan terhadap Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob telah melantik Azmin ke jawatan yang sama.

Majlis angkat sumpah jawatan telah dilaksanakan pada 30 Ogos 2021 di Istana Negara di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah.

Selaku Menteri Kanan terkanan, Azmin terus menggunakan Pejabat Timbalan Perdana Menteri di Perdana Putra apabila menerima kunjungan tetamu penting.

Semasa menerima pelantikan tersebut, beliau telah menyatakan komitmen Jemaah Menteri untuk terus berkhidmat dan meneruskan usaha pemulihan negara yang dipelopori oleh Kerajaan Perikatan Nasional dalam semangat Kerajaan Keluarga Malaysia.

Pilihan raya

Pilihan Raya Umum 14 (2018)

Pada 11 Mei 2018, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik semula sebagai Menteri Besar Selangor selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dengan memperoleh 51 majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dan telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor di Istana Alam Shah, Selangor.

Istiadat mengangkat sumpah jawatan dan ikrar Aku Janji itu diadakan di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Anugerah

Beliau dianugerahkan:

Keputusan pilihan raya

Dewan Negeri Selangor
Tahun Perlembagaan Kerajaan Undi Peratusan Pembangkang Undi Peratusan Buang undi Majoriti Keluar
1999 N18 Hulu Kelang, P91 Gombak. Fuad Hassan (UMNO) 8,039 46.67% Mohamed Azmin Ali (KeADILan) 9,185 53.32% 17,395 1,146 76.65%
2008 N19 Bukit Antarabangsa, P99 Ampang. Mohamed Azmin Ali (PKR) 11,731 52.91% Haslinda Mohd Zerain (UMNO) 10,350 46.68% 22,397 1,381 72.99%
2013 Mohamed Azmin Ali (PKR) 16,502 56.81% Mohamad Nadzim Ibrahim (UMNO) 12,458 42.89% 29,352 4,044 85.16%
2018 Mohamed Azmin Ali (PKR) 75,113 63.10% Abdul Rahim Pandak Kamaruddin (UMNO) 26,392 22.17% 119,975 48,721 85.4%
Khairil Nizam Khirudin (PAS) 17,537 14.73%
Parlimen Malaysia
Tahun Perlembagaan Kerajaan Undi Peratusan Pembangkang Undi Peratusan Buang undi Majoriti Keluar
2008 P98 Gombak, Selangor. Mohamed Azmin Ali (PKR) 40,334 53.92% Said Anuar Said Ahmad (UMNO) 33,467 44.74% 75,619 6,867 76.26%
2013 Mohamed Azmin Ali (PKR) 54,827 51.82% Rahman Ismail (UMNO) 50,093 47.34% 107,162 4,734 86.92%
Said Nazar Abu Baker (BEBAS) 474 0.45%
2018 Mohamed Azmin Ali (PKR) 75,113 63.10% Abdul Rahim Pandak Kamaruddin (UMNO) 26,392 22.17% 119,975 48,721 85.4%
Khairil Nizam Khirudin (PAS) 17,537 14.73%

Lihat Juga

Geng Kartel Azmin

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Mohamed Azmin Ali Kehidupan awalMohamed Azmin Ali Kerjaya politikMohamed Azmin Ali Pilihan rayaMohamed Azmin Ali AnugerahMohamed Azmin Ali Keputusan pilihan rayaMohamed Azmin Ali Lihat JugaMohamed Azmin Ali RujukanMohamed Azmin Ali Pautan luarMohamed Azmin AliBERSATUDarjah kebesaran MelayuDewan Negeri SelangorHulu Kelang (kawasan negeri)PN

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Ali bin Abi TalibAnwar IbrahimSheriffDewan Undangan Negeri PerlisDaerah di SabahPerjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948Syamsul YusofJudiAman Ramli JaafarAstro MalaysiaDewan Negara MalaysiaKuala Kubu Bharu2024 di MalaysiaDemokrasiKartina AyoobNegara PalestinNabila RazaliBandaraya MelakaRinggitPenjodoh bilangan bahasa MelayuPremier SarawakKlangSyed Mokhtar Al-BukharyOperasi LalangFrekuensi radio di KedahOrang LampungPahangThailandPutrajayaXPDCYasmin NapperDatuk (gelaran)Hari DeepavaliKesan rumah hijauRacun RihannaMyKadBintara MudaGanjaPengasingan Kuasa dalam Perlembagaan MalaysiaGolongan yang terawal memeluk IslamGerak KhasPerdana Menteri MalaysiaTayamumFilem Malaysia tahun 2024Kodi RasheedTuanku Ja’afarNeelofaMelanauBola sepakAmy SearchSidratulmuntahaM. NasirYang di-Pertuan Besar Negeri SembilanMarissa Yasmin7 Hari Mencintaiku (musim 3)Perjanjian Inggeris-Belanda 1824Laman UtamaAedy AshrafBumiputera di SabahNILAMPulau PinangFadlan HazimAffendy StephensMenteri Pertahanan MalaysiaBahasa Melayu MalaysiaAbu Bakar as-SiddiqAziz HarunAnna JoblingHazama AzmiNabi Sulaiman a.s.Jabatan Imigresen MalaysiaSekolah Menengah Kebangsaan Dato' Undang Haji AdnanPasukan bola sepak kebangsaan MalaysiaTeknologiWang LeehomAbdul Rahman Ayob🡆 More