Memory merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1991.
Filem Memory diterbitkan dalam bentuk filem warna.
Memory | |
---|---|
Pengarah | Rosnani Jamil |
Lakon layar | Rosnani Jamil |
Dibintangi | |
Syarikat penerbitan | RJ Filem |
Tarikh tayangan | 1991 |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Filem Memory mula ditayangkan pada 1991 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Jins Shamsudin, Ogy Ahmad Daud, Nash dan ramai lagi.
Filem Memory diarah oleh pengarah Rosnani Jamil pada 1991.
Dato Herman seorang ahli perniagaan yang berhadapan pelbagai masalah dihadapi termasuk salah guna wang syarikat untuk kehendak keluarganya yang sering mengejar kekayaan dan hidup bersosial walaupun di saat ambang muflis, isterinya Datin Zaharah menghabiskan masa dengan para orang kaya manakala Helmi pula obses dengan dunia motorsikal dan Asnita yang mempunyai masalah ketagihan dadah.Namun langit tidak selalu cerah apabila tiga beranak (Datin Zaharah,Asnita,Helmi) hilang arah selepas Dato Herman telah dihilang di laut akibat dirompak oleh sekumpulan penjenayah laut ketika memancing.Dalam pada itu Helmi terlibat kemalangan motorsikal mengakibatkan kakinya terpaksa dipotong dan Asnita cuba membunuh diri setelah dapat tahu muflis namun mujur Zul iaitu teman lelakinya dapat selamatkan Asnita tetapi Asnita kembali ketagih dadah sehingga Zul memberitahu kepada pihak Polis dan Asnita dihantar ke Pusat Rehab Akhlak, Helmi akur keadaan dirinya telah ambil keputusan untuk tebus kesalahan dirinya dengan mencari pekerjaan.
Sementara itu Alias rakan karib Dato Herman datang ke Indonesia atas urusan kerja telah terkejut kerana Dato Herman yang disangkakan meninggal dunia di laut sebenarnya masih hidup,langsung Dato Herman menceritakan semula bagaimana boleh hanyut ke Indonesia dan hilang ingatan akibat dipukul oleh penjenayah laut tersebut.Dato Herman telah mengahwini seorang wanita tempatan atas mengenang jasa bapanya yang selamatkan dirinya dan menjaga seperti seorang anak sendiri.Berbalik kepada tadi,Datin Zaharah pengsan selepas ziarah Helmi di tempat kerja dan Asnita dilepaskan sementara melawat ibunya dan Dato Herman kembali ke Kuala Lumpur untuk berjumpa semula mereka.
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Memory, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.