Maicon Sisenando

Maicon Douglas Sisenando (lahir 26 Julai 1981), ataupun hanya dikenali sebagai Maicon (sebutan dalam bahasa Portugis: ) merupakan pemain bola sepak Brazil yang kini bermain untuk kelab Itali, Roma.

Roma">Roma. Beliau bermain untuk pasukan kebangsaan Brazil sejak 2003. Beliau bermain di posisi pertahanan.

Maicon
Maicon Sisenando
Maklumat peribadi
Nama penuh Maicon Douglas Sisenando
Tarikh lahir (1981-07-26) 26 Julai 1981 (umur 42)
Tempat lahir Novo Hamburgo, Brazil
Posisi permainan Pertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Roma
Nombor 13
Kerjaya remaja
Grêmio
Criciúma
Cruzeiro
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2001–2004 Cruzeiro 56 (1)
2004–2006 AS Monaco 58 (5)
2006–2012 Internazionale 177 (16)
2012–2013 Manchester City 10 (0)
2013– Roma 35 (2)
Pasukan kebangsaan
2001 Brazil B20 4 (0)
2003–2014 Brazil 76 (7)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 17 Disember 2014
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 8 September 2014

Kerjaya kelab

Maicon mula bermain untuk Cruzeiro pada 2001 dan selepas dua musim di Brazil, beliau telah dibeli oleh kelab Perancis, AS Monaco pada Jun 2004 dengan bayaran sebanyak £2.1 juta.

Internazionale

Pada Julai 2006, kelab dari Itali, Internazionale mengumumkan telah membeli Maicon dengan bayaran sebanyak £4.8 juta bersama kontrak lima tahun. Selain itu, kelab Itali itu juga membeli pemain bek Brazil, Maxwell dan pemain tengah Perancis, Olivier Dacourt.

Beliau mula menjaringkan gol pertamanya pada musim 2009-10 ketika menentang Milan 4–0. Beliau juga bermain dengan bagus ketika perlawanan sengit 0-0 menentang FC Barcelona di San Siro. Beliau menjaringkan gol terakhir, 5-0 menentang Genoa. Beliau menjaringkan gol voli ketika saingan Derby d'Italia menentang pesaing terbesar, Juventus. Gol beliau juga antara gol tercantik pada musim itu.

Sebulan kemudian, Maicon menjaringkan gol pertamanya di Liga Juara-Juara Eropah menentang Barcelona. Pada 22 Mei 2010, selepas membenam Roma dalam perlawanan akhir Coppa Italia, Inter menjuarai Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich di Santiago Bernabéu di Madrid, Sepanyol. Beliau telah dinamakan Pemain Pertahanan Kelab UEFA 2009–2010.

Dalam musim 2011–12, Maicon hanya bermain 23 perlawanan di Serie A. Dalam 23 penampilannya, Maicon hanya menjaringkan dua gol ketika menentang Juventus (Inter tewas 2-1) dan menentang Milan (Inter menang 4-2).

Manchester City

Pada 31 Ogos 2012, Maicon sertai kelab Manchester City dengan bayaran £3 juta dan menyarung jersi nombor 3. Maicon membuat penampilan pertamanya pada 15 September, seri 1–1 menentang Stoke City. Apabila pengurus Roberto Mancini dipecat pada penghujung musim, Manuel Pellegrini menyusun pemain-pemain untuk perlawanan pra-musim City di Afrika Selatan. Maicon mengatakan bahawa beliau tidak akan kekal bersama kelab itu.

Roma

Pada 18 Julai 2013, Maicon kembali ke liga Serie A selepas Manchester City membenarkan beliau berpindah ke Roma. Beliau membuat penampilan pertama bersama Roma menentang Livorno pada 25 Ogos 2013.

Kerjaya antarabangsa

Maicon Sisenando 
Maicon bersama Brazil

Maicon membuat debut untuk pasukan kebangsaannya pada perlawanan pembukaan Piala Emas CONCACAF 2003 menentang Mexico pada 12 Julai 2003. Beliau kemudian menjaringkan gol pertamanya untuk Brazil pada kejohanan yang sama ketika menentang Honduras, Brazil menang 2-1. Beliau telah dimasukkan dalam "pilihan pasukan kejohanan" dan Brazil menamatkan kejohanan itu dengan tempat kedua selepas tewas kepada Mexico.

Beliau menjadi pilihan pertama bek kanan skuad Seleção yang memenangi Copa América pada 2004 dan 2007, begitu juga dengan Piala Konfederasi FIFA pada 2005 dan 2009. Beliau menjaringkan gol pertamanya di kejohanan Piala Dunia 2010 ketika perlawanan pembukaan kumpulan G menentang Korea Utara.

Pada Jun 2014, Maicon telah dimasukkan dalam skuad Brazil di Piala Dunia FIFA 2014. Beliau menggantikan Dani Alves ketika perlawanan suku akhir menentang Colombia, Brazil menang 2-1.

Pada 7 September 2014, Maicon telah keluar dari skuad Brazil akibat "masalah dalaman".

Statistik

Pasukan kebangsaan Brazil
Tahun Kmncln Gol
2003 5 1
2004 5 0
2005 2 0
2006 6 0
2007 15 2
2008 9 1
2009 13 1
2010 8 1
2011 3 0
2012 0 0
2013 5 1
2014 5 0
Jumlah 76 7

Gol antarabangsa

# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
15 Julai 2003 Mexico City, Mexico Maicon Sisenando  Honduras
1–0
2–1
Piala Emas CONCACAF 2003
2
10 Julai 2007 Maracaibo, Venezuela Maicon Sisenando  Uruguay
1–0
2-2
Copa América 2007
3
22 Ogos 2007 Montpellier, Perancis Maicon Sisenando  Algeria
1–0
2–0
Persahabatan
4
19 November 2008 Brasília, Brazil Maicon Sisenando  Portugal
3–1
6–2
Persahabatan
5
18 Jun 2009 Pretoria, Afrika Selatan Maicon Sisenando  Amerika Syarikat
3–0
3–0
Piala Konfederasi FIFA 2009
6
15 Jun 2010 Johannesburg, Afrika Selatan Maicon Sisenando  Korea Utara
1–0
2–1
Piala Dunia FIFA 2010
7
16 November 2013 Miami, Amerika Syarikat Maicon Sisenando  Honduras
3–0
5–0
Persahabatan

Statistik kerjaya

    Sehingga 17 Disember 2014
Kelab Musim Liga Piala Benua Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Maicon Sisenando  Cruzeiro 2001 18 0 18 0
2002 19 1 19 1
2003 11 0 11 0
2004 8 0 8 0
Jumlah 56 1 56 1
Maicon Sisenando  AS Monaco 2004–05 30 4 8 1 38 5
2005–06 28 1 7 1 35 2
Jumlah 58 5 15 2 73 7
Maicon Sisenando  Internazionale 2006–07 32 2 8 0 3 1 43 3
2007–08 31 1 1 0 4 0 36 1
2008–09 29 4 2 0 8 1 39 5
2009–10 33 6 5 0 13 1 51 7
2010–11 28 1 2 0 8 0 38 1
2011–12 24 2 2 1 3 0 29 3
Jumlah 177 16 20 1 39 3 236 20
Maicon Sisenando  Manchester City 2012–13 9 0 1 0 3 0 13 0
Jumlah 9 0 1 0 3 0 13 0
Maicon Sisenando  Roma 2013–14 28 2 3 0 31 2
2014–15 7 0 0 0 1 1 8 1
Jumlah 35 2 3 0 1 1 39 3
Jumlah kerjaya 335 24 24 1 58 6 416 31

Penghargaan

Kelab

    Cruzeiro
  • Campeonato Brasileiro Série A (1): 2003
  • Copa do Brasil (1): 2003
  • Campeonato Mineiro (2): 2002, 2003
    Internazionale

Antarabangsa

    Brazil

Individu

Rujukan

Tags:

Maicon Sisenando Kerjaya kelabMaicon Sisenando Kerjaya antarabangsaMaicon Sisenando Statistik kerjayaMaicon Sisenando PenghargaanMaicon Sisenando RujukanMaicon SisenandoA.S. RomaPasukan bola sepak kebangsaan BrazilPertahanan (bola sepak)

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Proton ExoraRadio Televisyen MalaysiaMelakaFrekuensi radio di MelakaLapangan Terbang Antarabangsa Hangzhou XiaoshanFauzi NawawiUniversiti Teknologi MalaysiaAbu Bakar as-SiddiqYang di-Pertuan AgongBani IsraelNabiSiti Khadijah HalimGeografi JohorFrekuensi radio di JohorPerikatan NasionalLaman UtamaPerakSyatilla MelvinPerdana Menteri MalaysiaProton SatriaPerang TabukNabi Musa a.s.Riena DianaTunku Aminah Maimunah IskandariahMYTV BroadcastingJohor BahruAzan dan iqamatHeliza HelmiQiamullailUniversiti MalayaUngku Ismail AzizTengku Ahmad Ismail Mu’adzam ShahNur Qistina RaisahLee Kee HiongMajapahitUlar Tedung SelarKelapaRinggitFrekuensi radio di TerengganuTakbirNegeri-negeri Melayu BersekutuOrang YahudiPembukaan Kota MekahArif AimanIskandar ChempakaPerang BadarDaim ZainuddinSurah al-FatihahWhatsAppUnifi TVHantu Kak Limah Balik RumahSijjin (filem 2023)BaksoAllahSabahEtnik MelayuTikTokFazidah JonedAlat kebesaran diraja MalaysiaSenarai bandar bagi setiap negeri di Malaysia mengikut populasiPrivate BodyguardLiga Negara-Negara UEFA 2020–21Jam 24 jamPahangPenjaga gawang (bola sepak)BabiSunan DrajatProton PerdanaKongkekBugisAllahummaPaolo RossiGua HiraSijil Tinggi Persekolahan MalaysiaPukimakNegeri-negeri Melayu Tidak BersekutuTulisan JawiDeria bauSenarai stesen televisyen di Malaysia🡆 More