Kozak

Kozak, Kazaki atau Kosek ialah sekumpulan masyarakat berbahasa Slavia Timur yang hidup di kawasan dan pulau-pulau terpencil sepanjang sungai-sungai sekitar timur dan selatan Ukraine serta di selatan Rusia - termasuk hilir Sungai Dnieper, Don, Terek dan Ural.

Mereka sering membentuk masyarakat yang memerintah sendiri secara demokratik dan bersedia untuk berperang.

Kozak
Gambaran askar-askar Kozak menyerang pihak Tatar Krimea.
[Potyczka Kozaków z Tatarami (1890), lukisan cat karya Józef Brandt.]

Kegiatan penerokaan dan peperangan mereka sendiri memainkan peranan penting dalam pembentukan budaya serta sejarah kedua-dua negara Ukraine dan Rusia.

Sejarah

Perkembangan awal - pengaruh Stepan Razin dan Emilian Pugachev

Zaman Empayar Rusia

Zaman Soviet awal

Banyak masyarakat dalam kelompok ini menyokong antara kedua-dua pihak Tentera Merah atau Tentera Putih sebaik meletusnya suatu perang Saudara berikutan Revolusi Oktober. Ada beberapa unit disertai sebahagian orang Kozak yang terlibat dalam pelaksanaan rusuh bunuh kerajaan Rusia terhadap bangsa Yahudi dalam beberapa kota di Ukraine. Namun, rejim Komunis yang memenangi perang tersebut mula menguatkuasakan dasar yang menindas orang Kozak sebagai balasan ke atas Tentera Putih berikutan kekalahan mereka - dari pembunuhan massal yang mengorbankan puluh ribuan mangsa sehinggalah ke pembahagian tanah milik Kozak kepada bangsa-bangsa lain serta pembuluran dipaksa. Menurut suatu kajian oleh sejarawan Michael Kort misalnya, rejim Bolshevik telah membunuh atau membuang "kira-kira 300,000 hingga 500,000 orang Kozak dari populasi kira-kira 3 juta" pada tahun-tahun 1919 dan 1920, termasuk 45,000 orang dari masyarakat Kozak Terek.

Peristiwa Holodomor pada tahun 1930-an turut menimpa berat buat puak-puak Kozak di mana kependudukan di kawasan diduduki mereka terutamanya di kawasan pedalaman menurun sebanyak 20–30%. Perkara ini turut diburukkan dengan tindakan pegawai pemerintah merampas hasil tanaman daripada puak Kozak sebagai hukuman sehingga menyebbakan kebuluran.

Ketika Perang Dunia Kedua

Sebahagian masyarakat yang menyambut gembira kemaraan pihak Nazi sebagai suatu pembebasan daripada kesengsaraan dibawa dasar-dasar laksanaan Stalin, sehingga ada yang sanggup berkhidmat menyertai tentera Jerman; namun ia lebih bertujuan memaling tadah membebaskan rakan sebangsa yang ditahan dalam tapak penahanan Nazi.

Gaya hidup

Keluarga

Orang Kozak cenderung lebih banyak anak berbanding masyarakat lain di Rusia. Mereka mempunyai keluarga besar yang diketuai seorang datuk bergelar Ataman.

Kaum perempuan mengambil alih peranan sebagai ketua keluarga saat kaum lelaki berperang jauh dari petempatan mereka, malah kaum tersebut turut membantu mempertahankan petempatan mereka sendri atau merampas perkampungan puak-puak lain.

Pentadbiran

Pada ketika dahulu, seorang "ataman" atau "hetman" akan mengetuai suatu puak Ketua ini mempunyai kuasa eksekutif, dia sendiri merupakan pemimpin utama seakan seorang panglima saat berperang menentang puak musuh. Ketua ini dilantik dalam suatu rada yang bersidang dalam suatu perundangan serta dianggotai pegawai kanan bergelar starshyna. Masyarakat ini mempunyai adat lisan tersendiri yang bertindak sebagai suatu undang-undang tidak rasmi.

Setiap petempatan didirikan orang Kozak - baik dengan sendirinya mahupun berasingan - membentuk suatu unit tentera serta rejimen berkuda (kuren). Tentera-tentera ini boleh segera menyerang sebaik sebarang ancaman ke atas mereka dapat dikesan. Bangsa mereka sendiri dianggap sebagai suatu "tentera" atau "laskar" (vois’ko atau viys’ko) yang terbahagi kepada bahagian rejimen (polky), kompeni (sotni) hingga ke peringkat kampung (stanytsi).

Lihat juga

Nota

Rujukan

This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Kozak, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.

Tags:

Kozak SejarahKozak Gaya hidupKozak Lihat jugaKozak NotaKozak RujukanKozakRusiaSepara tenteraSungai DnieperSungai UralUkraine

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Perjanjian HudaibiyahBatuk kokolOrang Melayu MalaysiaPeristiwa Kampung MedanSahurSimpulan bahasaEnglandSyafiq KyleOrang LampungPerkara 153 Perlembagaan MalaysiaNegeri-negeri Melayu Tidak BersekutuTengku Zafrul Abdul AzizPenanda wacanaPerkahwinan menurut IslamSherry AlhadadSurah Al-QadrMinyak sapiNegara-Negara KomanwelAdi PutraSelambutMerdeka 118Sonu SoodSyafiq YusofTunku Ismail ibni Sultan IbrahimBunga rayaP. RamleePembentukan MalaysiaTrisha OoiSejarah MelakaSumber primerKorea SelatanHulu LangatMasjid Sri SendayanSunan Gunung JatiFadhli MasootAli bin Abi TalibDugongAsiah binti MuzahimTuakNora DanishGajahNabi Musa menyeberangi Laut MerahKedahKata namaSingapura dalam MalaysiaJuventusAsha MericanGangga NegaraTeknologi hijauIbu Tiri (filem)Persekutuan Tanah MelayuWawa ZainalBadli Shah bin AlauddinPeristiwa Memali 1985TeknologiJabatan Kastam Diraja MalaysiaCarles PuigdemontPerodua AxiaSerembanPeristiwa Bukit KepongTony EusoffHadis MutawatirSurah al-AlaqRukun solatNorreen ImanSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah ShahPertubuhan Keselamatan SosialSungai Buloh17 PuasaKorban KasihOrang India MalaysiaArash MohamadSijil Pelajaran MalaysiaSenarai rancangan yang disiarkan oleh TV3Ayu RaudhahBahasa LampungKonsep Raja Berperlembagaan di MalaysiaSenarai negara berdaulat dan wilayah tanggungan di Amerika SelatanIrma Hasmie🡆 More