Holodomor

Holodomor (dalam bahasa Ukraine: Голодомор) ialah peristiwa tragedi kebuluran dan kematian beramai-ramai pada 1932-1933 di Ukraine.

Hampir 7 juta mati kebuluran akibat kecuaian Kesatuan Soviet yang mengamalkan dasar Josef Stalin yang ingin momodenkan Kesatuan Soviet dengan cara apa sahaja sekalipun termasuklah kekerasan. Seramai 25,000 penduduk kampung meninggal dunia setiap hari atau pada kadar 1,000 orang sejam atau 17 orang seminit. Purata jangka hayat penduduk Ukraine pada 1933 ialah 7.3 tahun bagi lelaki dan 10.9 tahun bagi wanita, manakala dalam kalangan kanak-kanak, satu daripada setiap tiga orang, meninggal dunia.

Holodomor
Korban dari Holodomor di sebuah jalan di Kharkov (kini Kharkiv), 1932.
Holodomor
Korban kelaparan di jalan-jalan bandar Kharkov, 1933.

Peristiwa ini ada kalanya dibandingan oleh puak nasionalis Ukraine dengan peristiwa Holokus yang dilakukan oleh Adolf Hitler terhadap kaum Yahudi di Jerman.


Sehingga kini, isu Holodomor masih didebatkan dan dibincang sama ada Holodomor itu genosid atau tidak oleh sejarahwan dan pakar.

Latar belakang dan sejarah

Kebuluran sering berlaku sepanjang pemerintahan Empayar Rusia dan kemudian di RSPS Rusia pada 1920-an.


Pada 1930–1933, berlaku kebuluran di kawasan pengeluar bijirin utama Kesatuan Soviet, termasuk Ukraine dan bahagian lain di Rusia, termasuk Caucasus Utara, Wilayah Kuban, Wilayah Volga, Kazakhstan, Ural Selatan, dan Siberia Barat. Kebuluran ini bermula akibat daripada pelbagai faktor termasuklah peningkatan permintaan sumber makanan bagi menampung urbanisasi yang meningkat secara mendadak hasil daripada dasar perindustrian Kesatuan Soviet, kolektivitisasi secara paksa, pengeksportan hasil pertanian secara besar-besaran bagi mendapatkan modal untuk perindustrian, golongan "kulak" (petani yang dianggap kaya daripada petani biasa) yang kononnya sanggup sengaja membakar hasil pertanian dan ladang daripada dirampas rezim komunis dan lain-lain sebab.


Kes-kes kanibalisme juga meningkat secara mendadak terutamanya ketika kemuncak peristiwa Holdomor.

Ulang tahun ke-75 memperingati tragedi

Parlimen 19 buah negara memberi penghormatan terhadap mangsa Holodomor dan mengutuk dasar yang diamalkan rezim Josef Stalin. Parlimen Eropah yang mewakili 23 negara Kesatuan Eropah meluluskan resolusi mengutuk kekejaman Holodomor sebagai "suatu jenayah terhadap kemanusiaan". 13 negara lain memperakukan peristiwa itu sebagai tindakan pembunuhan terhadap rakyat Ukraine.

Pada 30 November 2008, Duta besar Ukraine ke Malaysia Oleksandr D. Shevchenko menggesa Kementerian Pelajaran Malaysia memasukkan tragedi kebuluran di Ukraine itu dalam buku teks sejarah Malaysia, kononnya untuk meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia tentang "peristiwa paling menyayat hati yang berlaku dalam sejarah manusia apabila hak asasi manusia dicabul dengan sewenang-wenangnya".

Negara-negara yang mengakui Holodomor sebagai pembunuhan

Holodomor 
Peta negara-negara yang mengakui Holodomor sebagai pembunuhan.


Masyarakat antarabangsa telah secara berperingkat datang untuk mengambil posisi menguntungkan pengakuan dari Holodomor sebagai pembunuhan atau, lebih umum, sebagai jenayah terhadap kemanusiaan.

Dalam rangka organisasi antarabangsa, ada resolusi yang diterima pakai oleh Majlis Baltik , Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu , Majlis Parlimen Dewan Eropah , OSCE , Parlimen Eropah dan UNESCO .

Senarai negara-negara yang resolusi lulus atau undang-undang oleh parlimen mereka, ketua kerajaan atau ketua negara mengakui Holodomor sebagai pembunuhan:

Rujukan


Holodomor  Jumlah negara yang secara rasmi mengakui Holodomor sebagai pembunuhan Holodomor  Ukraine

Holodomor  Amerika Syarikat, Holodomor  Andorra, Holodomor  Argentina, Holodomor  Australia, Holodomor  Azerbaijan, Holodomor  Belgium, Holodomor  Brazil, Holodomor  Chile, Holodomor  Colombia, Holodomor  Ecuador, Holodomor  Estonia, Holodomor  Georgia (negara), Holodomor  Hungary, Holodomor  Itali, Holodomor  Kanada, Holodomor  Latvia, Holodomor  Lithuania, Holodomor  Kota Vatikan, Holodomor  Mexico, Holodomor  Moldova, Holodomor  Paraguay, Holodomor  Peru, Holodomor  Poland, Holodomor  Republik Czech, Holodomor  Sepanyol, Holodomor  Slovakia, Holodomor  Ukraine

Tags:

Holodomor Latar belakang dan sejarahHolodomor Ulang tahun ke-75 memperingati tragediHolodomor Negara-negara yang mengakui sebagai pembunuhanHolodomor RujukanHolodomorBahasa UkraineJosef StalinKesatuan SovietUkraine

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Astro GoFarali KhanKuantanSenarai gunung berapi di MalaysiaBuliSabrina AliSejarah bahasa MelayuMenara Kuala LumpurSiksa NerakaRahsia (filem 2023)KetupatKhalid Mohamad JiwaBangunan Sultan Abdul SamadRinggitHemoroidJohor Darul Ta'zim F.C.Nabi Ibrahim a.s.DubaiUmar bin Al-KhattabHantu Kak Limah Balik RumahRukun ImanBatu Bersurat TerengganuSulfur dioksidaPasukan bola sepak kebangsaan MalaysiaSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah ShahKuala Krau (kawasan persekutuan)Manchester United F.C.Bandaraya MelakaHassanal BolkiahBruneiTanah Melayu BritishMisteri DilailaElly MazleinSaiful ApekKetupat palasNabi Yusuf a.s.PneumoniaKobe Jae ChongPerang Dunia KeduaSejarah IslamPuchong, SelangorMira FilzahPontianak Harum Sundal Malam IIPrivate BodyguardWadi AnnuarBukit Tinggi, PahangKL GangsterKampung PeopleAwieHantu rayaAbu Bakar as-SiddiqPetronasLiga Super Malaysia 2024–25Lencana pangkat TLDMWohnenKelantanCik Manggis2024 di MalaysiaPenunggang Agama 2Senarai MRSM di MalaysiaUnifi TVSenarai SBP di MalaysiaNora DanishMegat SharizalAngkatan Tentera MalaysiaSejarah SingapuraKorea SelatanNabila HudaMelayuFrekuensi radio di JohorSyamsul YusofThailandCik SempurnaNabi Isa a.s.Sejarah MelakaGhazali ShafieSolat subuhShiqin Kamal🡆 More