Kes Liwat Anwar Ibrahim Ii

Kes liwat Anwar Ibrahim II adalah kes liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim yang kedua.

Pada 14 Disember 2016, Mahkamah Persekutuan telah menolak rayuan Dato Seri Anwar Ibrahim terhadap hukuman liwat Saiful Bukhari yang dijatuhkan oleh mahkamah sebelum ini. Pada 16 Mei 2018, Yang Di Pertuan Agong berkenan setelah melalui proses-proses pengampunan, mengampunkan Dato Seri Anwar Ibrahim dengan pengampunan Di Raja. Tapi pengampunan ini tidak bermaksud segala rekod kesalahan jenayah Dato Seri Anwar Ibrahim berkaitan liwat II dihapuskan.

Berlainan dengan kes-kes rasuah melibatkan Dato Seri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor dan Dato Seri Abdul Azeez Abdul Rahim bekas pengerusi Tabung Haji, Dato Seri Anwar Ibrahim tidak pernah di lucutkan anugerah Dato sepanjang beliau dibicarakan sehingga menjalani hukuman penjara.

Akuan Sumpah Dr Muhamad Yang Memeriksa Saiful Bukhari

Dr Muhamad Osman adalah Dr pertama yang memeriksa Saiful Bukhari, yang mendakwa mangsa liwat Dato Seri Anwar Ibrahim. Beliau adalah seorang Dr perubatan dengan pengalaman 30 tahun, dan pada waktu kejadian sedang berkhidmat dengan Pusrawi. Pada 29 Jun 2008, Saiful Bukhari telah mengadu kepada Dr Muhamad bahawa beliau telah di liwat. Dr Muhamad yang mendapat ijazah perubatan dari Universiti Yangon, berkata selepas menjalankan pemeriksaan, beliau memberitahu Mohd Saiful bahawa duburnya terdapat kesan koyak.

Pada Ogos 2008, Dr Muhamad telah mengeluarkan akuan sumpah mengakui telah memeriksa Saiful Bukhari dan telah menemui kesan diliwat. Dr Muhamad ketika disoal di dalam mahkamah, menjawab beliau menyediakan SD itu atas permintaan seorang peguam yang bertindak bagi pihak hospital.

“Saya diminta menyediakan SD untuk fail sulit hospital, berikutan kebocoran mengenai laporan perubatan saya berkaitan dengan Mohd Saiful ketika saya berada di Myanmar,” katanya.

Saiful buat laporan polis

Pada 28 Jun 2008, Saiful Bukhari membuat laporan polis di Balai Polis Travers, Kuala Lumpur bahawa Anwar meliwatnya beberapa kali, termasuk kali terakhir di sebuah kondominium di Damansara. Ketika itu Saiful merupakan pekerja sukarela parti PKR/Anwar Ibrahim di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Selangor.

Senario politik semasa

Pakatan Rakyat dikatakan semakin hampir menguasai pentadbiran di Putrajaya pada 16 September 2008 kerana 30 ahli parlimen dari parti Barisan Nasional akan melompat parti. Ura-ura bahawa Anwar akan bertanding dalam pilihanraya kecil Kulim - Bandar Baharu dan di Bandar Tun Razak tersebar luas. Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sendiri menjangkakan Anwar Ibrahim akan ditangkap dalam masa terdekat.

Anwar Ibrahim sendiri membuat laporan polis kepada Mahkamah Syariah berhubung kes ini. Beliau juga membuat laporan kepada BPR berhubung kes 10 tahun lalu yang melibatkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara Tan Sri Datuk Seri Panglima Abdul Gani Patail. Kes ke-2 ini dilihat cuba menghalang Anwar kembali aktif dalam persada politik negara.

Anwar akan terhalang menyertai sebarang pilihan raya kecil jika melakukan jenayah. Namun menurut Perkara 48 (1) (e) Perlembagaan Persekutuan, seseorang itu hanya tidak layak bertanding pada sesuatu pilihan raya jika dijatuhi hukuman penjara melebihi setahun.

Konspirasi

Pada 30 Jun 2008, Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mendakwa kes ini satu lagi konspirasi sambil menunjukkan foto dalam telefon bimbitnya.

Pelbagai blog di internet menyiarkan gambar jelas menunjukkan Saiful bergambar dengan pelbagai tokoh politik semasa Saiful menjadi mahasiswa di Uniten. Antaranya foto bersama Dato' Shahril Abdul Samad, Dato' Seri Dr.Azalina Othman Said, Dato' Sri Mustapa Mohamed dan menemui pegawai khas Dato' Sri Najib Tun Razak. Najib mengakui bahawa Saiful ada menemui beliau di kediamannya mengenai kes liwat itu sebelum membuat laporan polis. Saiful membuat laporan polis hanya pada 28 Jun 2008. Najib turut menjelaskan bahawa Saiful ada menemui pegawai di pejabatnya kerana memohon biasiswa terus daripada TPM. Dalam kenyataan pada waktu lain, Najib mendakwa Saiful berjumpa untuk mengadu diliwat.

Ketika sidang parlimen pada Jun tahun 2011, Dato Seri Anwar Ibrahim mendedahkan kerugian 1MDB RM 158.3 juta. Beberapa minggu kemudian pada bulan yang sama, Saiful Bukhari telah membuat laporan polis mendakwa diliwat oleh Dato Seri Anwar Ibrahim. (Untuk rekod, Dato Seri Anwar Ibrahim telah meneliti penyata kewangan 1MDB bagi 6 bulan pertama sehingga 30 September 2010 menunjukkan 1MDB mengalami kerugian sebanyak RM158.3 juta dengan kos operasi untuk 6 bulan yang berjumlah RM 20.5 juta)

Penangkapan Anwar Ibrahim

Pada 16 Julai 2008 Anwar Ibrahim telah ditahan sepasukan polis bertopeng, kira-kira 1 km dari rumah beliau di Bukit Segambut. Beliau ditahan di lokap polis dan dibebaskan keesokan harinya selepas Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menemui Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Anwar Ibrahim telah dibawa ke Hospital Besar Kuala Lumpur untuk pemeriksaan. Anwar mendakwa telah diminta sampel DNA tetapi beliau enggan membenarkan sampel DNA beliau diambil kerana ianya boleh dimanupulasi.

Saiful tidak didakwa

Saiful tidak didakwa di mahkamah kerana beliau adalah pengadu yang didakwa diliwat. Anehnya, dalam kertas pertuduhan menyebut bahawa Mohd Saiful bersetuju dalam melakukan perbuatan itu.

Salinan laporan polis

Anwar Ibrahim gagal mendapatkan laporan polis yang dibuat oleh Mohd Saiful agar memudahkan proses pembelaan di mahkamah. Oleh itu peguambela beliau tidak mengetahui biji butir kesalahan, apa, bila, di mana, bagaimana liwat itu telah diadakan.

Pada 14 Ogos 2008, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar akhirnya kesal mengapa salinan laporan polis tidak diserahkan. Tidak ada sebab mengapa Anwar tidak boleh mendapatkan salinan itu kerana ia dibenarkan mengikut proses perundangan. Setahun kemudian, Syed Hamid digugurkan daripada jawatan menteri. Pada 9 Julai 2008, Anwar membuat aduan kepada Unit Siasatan Bahagian Penguatkuasaan JAWI supaya menyiasat tuduhan tersebut mengikut Seksyen 41, Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997. Beliau ditemani isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail dan peguamnya Kamar Ainiah Kamaruzaman. Ramai ulama mencadangkan beliau menggunakan saluran undang-undang di Mahkamah Syariah dan peruntukan Qazaf.

Qazaf ialah tuduhan atau kenyataan palsu terhadap seseorang dan ia adalah satu kesalahan yang jika disabit boleh dihukum penjara tiga tahun, denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali menurut Mahkamah syariah. Anwar tidak merujuk kepada mahkamah sivil kerana tiada peruntukan yang sama di bawah undang-undang sivil.

Rang Undang-Undang DNA

Pada 19 Ogos 2008, Rang Undang-Undang Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) dibentangkan di Dewan Rakyat. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan akta itu sudah lama hendak dibawa oleh kerajaan ke Dewan Rakyat. Penggubalan akta ini bagi mewajibkan suspek kes jenayah memberi sampel DNA mereka kepada pihak polis dan doktor kerajaan. Pihak pembangkang berkeras ini satu lagi komplot memalukan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berkempen dalam Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh 2008. Sebelum ini Anwar Ibrahim enggan memberikan sampel darah untuk ujian DNA kerana bimbang disalahguna seperti terdahulu sedangkan beliau tidak mempunyai ilmu dalam biologi, selain juga menegaskan maklumat DNA dalam contoh yang diberikan 6 kali kes terdahulu tidak pernah berubah walaupun selepas 2,000 tahun.

Akhbar harian Nanyang Siang Pau melaporkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mungkin ditangkap sehingga Akta DNA baru diluluskan di Parliamen. Akhbar Nanyang melaporkan bahawa pihak polis kekurangan contoh DNA bagi kes ini. Di bawah undang-undang semasa pihak polis tidak dapat memaksa sesiapa memberi contoh darah. Dengan Akta Pengenalan DNA ia adalah salah bagi sesiapa enggan menjalani ujian DNA dalam kes jenayah seperti meliwat seseorang dengan paksa. Datuk Chor Chee Heung selaku Timbalan Menteri Dalam Negeri, menyatakan kementerian akan cuba mengemukakan akta tersebut pada bulan Ogos 2008.

Isu pengenalan undang-undang DNA ini timbul selepas desakan beberapa menteri kanan termasuk Perdana Menteri kepada Anwar untuk memberikan contoh DNA gagal seperti yang dituduh oleh Pakatan Rakyat.

Rumah Raja Petra digeledah

Pada 22 Ogos 2008 jam 8 pagi, sepasukan polis menggeledah rumah Raja Petra Kamaruddin di Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor. Polis merampas sebuah komputer riba, alat pengimbas dan beberapa dokumen dalam serbuan selama dua jam itu. Ini kerana blog popular Malaysia Today pernah menyiarkan akuan berkanun Dr Mohamed Osman Abdul Hamid, doktor Myanmar yang memeriksa dubur Mohd Saiful di Hospital Pusrawi. ASP Rosmi Mat Derus dari Balai Polis Brickfields dan DSP Choo dari Balai Polis Dang Wangi pernah 3 kali menyiasat doktor tersebut.

Minta bukti untuk pembelaan

Pada 10 Jun 2009, Anwar mengemukakan notis usul yang difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah mahu pendakwa raya membekalkan pelbagai dokumen sebelum perbicaraan kes liwatnya yang akan bermula dari 1 Julai hingga 24 Julai 2009. Dokumen itu ialah pita rakaman CCTV yang asal yang diambil di beberapa lokasi di tempat kejadian di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara dari tarikh 25 Jun hingga 27 Jun 2008, sampel DNA, kenyataan-kenyataan saksi termasuk pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan, kenyataan polis dan beberapa dokumen lain.

Permohonan disampaikan melalui peguam Tetuan S.N.Nair and Partners. Beliau menamakan pendakwa raya sebagai responden.

Antara dokumen yang diminta ialah :

  1. Kenyataan Mohd Saiful
  2. Kenyataan Dr Osman Abdul Hamid daripada Hospital Pusrawi
  3. Kenyataan pemilik kondominium berkenaan Hassanuddin Abdul Hamid dan tiga saksi utama lain.
  4. Salinan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari pos pengawal di Desa Damansara Condominium, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara, dan di kawasan menunggu lif di Blok 11 kondominium itu dari 25 hingga 27 Jun, 2008.

Pada 16 Julai 2009, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membenarkan permohonan Anwar dan memerintahkan pihak pendakwaan menyediakan dokumen berkenaan dalam tempoh tujuh hari.

Majlis Peguam berpendapat penyerahan bukti kepada peguam bela dapat menjimatkan masa dan tidak tertangguh-tangguh. Pihak pembelaan dapat menyediakan kes bagi tertuduh dengan lebih sempurna dan menjimatkan masa mahkamah.Pihak pembelaan akan lebih bersedia dan akan mengurangkan penangguhan perbicaraan-perbicaraan (di mahkamah) untuk meneliti dokumen-dokumen yang baru dikemukakan. Seksyen 51 A Kanun Acara Jenayah (yang berkuatkuasa pada 2007) bertujuan menjadikan sistem keadilan jenayah lebih sama rata di antara pihak pendakwaan dan pembelaan.

Saiful bertemu Najib - konflik kenyataan

Pada 24 Jun 2008 Saiful mengaku bertemu dan memberitahu Najib mengenai kejadian liwat tersebut. . Tetapi DS Najib memberitahu bahawa Saiful bertemu beliau untuk biasiswa.

Saiful Tidak Mandi Junub 2 Hari Dan Tidak Solat

Saiful mengaku bahawa dia tidak bersembahyang antara 26 Jun dan 28 Jun 2008 mendakwa diliwat dan mendapatkan pemeriksaan perubatan. Ini menyebabkan Karpal, peguam Anwar menuduhnya sebagai bukan seorang Muslim yang baik.

Dalam salah satu perbicaraan, Saiful Bukhari di tanya oleh peguam Karpal Singh adakah beliau berkaitan mandi junub dan solat yang Saiful lakukan. (KS = Karpal Singh. SB = Saiful Bukhari). Berikut ialah sebahagian transaksi perbicaraan.

KS: Ada mandi? Cuci badan semua sebelum sembahyang pada 27 Jun?

SB: Ada, mandi sedikit sahaja tetapi saya tidak cuci di bahagian dubur.

KS: Biasa mandi semua badan bukan sebahagian, bukan?

SB: Ya.

KS: Mandi junub, wajibkan?

SB: Ya.

KS: 26 (haribulan) tidak solat?

SB: Tidak.

KS: Tidak mandi wajib?

SB: Tidak.

KS: Jadi, pada 27 Jun, tak mandi wajib jadi sembahyang kamu tidak sah?

SB: Ya, tidak sah.


Dr Mohd Razali Ibrahim Razali, iaitu doktor dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) memberi keterangan bahawa Saiful memberitahunya bahawa Saiful tidak membuang air besar dua hari sebelum pemeriksaan. Dia turut memberitahu bahawa sungguhpun Saiful tidak mengadu sakit ketika prosedur, dia dapati agak sukar untuk memasukkan proktoskope – peralatan plastik pakai buang sepanjang 6.5cm – kerana halangan dari otot dubur ("anal sphincter"). Dr Razali turut memberi keterangan bahawa bahagian rektum Mohd Saiful Bukhari Azlan, penuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim, adalah "kosong" ketika dia memeriksanya pada Jun 2008.

Anwar tidak bersalah

Pada tanggal 9 Januari 2012, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Y.A Dato' Mohamad Zabidin Mohd Diah telah mengumumkan keputusan Kes Liwat II yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan bahawa mahkamah telah menetapkan Anwar Ibrahim tidak bersalah, dan bersetuju melepas dan membebaskan beliau. Ini dibuat atas alasan tiada keterangan yang menyokong keterangan mangsa.

Kenyataan media bapa Saiful

Pada 8 Mac 2013, bapa Saiful Bukhari Azlan Mohd Lazim mengadakan sidang media tertutup, mengumumkan yang beliau percaya Anwar tidak bersalah dan Saiful Bukhari dipergunakan untuk memasukkan DS Anwar ke dalam penjara seterusnya tidak boleh menjadi ancaman kepada Kerajaan BN. Pada

Biodata Mohd Saiful

Menurut laporan polis yang dipaparkan di halaman blog dirinya, Mohd Saiful dilahirkan pada 6 Julai 1985. Mohd Saiful merupakan bekas mahasiswa di UNITEN. Namun, dia gagal menghabiskan pengajian lalu tercicir dari universiti tersebut.

Dalam salah satu perbicaraan, rakan Saiful, Najwan menyebut “Pada 2008, Saiful meletakkan dirinya sebagai penyokong BN dan mengisytiharkan bahawa Anwar munafik,” katanya di mahkamah.

Menurut Najwan, Saiful juga pernah membantu kempen pilihan raya untuk Barisan Nasional (BN) pada 2008. Beliau menafikan Saiful mengagumi ketokohan Anwar, sebaliknya sangat membenci Ketua Umum KEADILAN itu, seperti diakui Saiful sendiri. Laman sosial Friendster Saiful memuatkan gambar-gambar antara Saiful dan pemimpin UMNO membuktikan perkara ini.

Satu perkara yang pelik ialah bagaimana seorang yang di label sebagai pembenci DS Anwar, boleh bekerja di pejabat DS Anwar, ini adalah tanda-tanda Saiful memerangkap DS Anwar.

Keputusan rayuan di Mahkamah Persekutuan

Para hakim Mahkamah Persekutuan yang telah bersidang seramai 5 orang, membuat keputusan bahawa Anwar Ibrahim telah bersalah meliwat Saiful Bukhari Azlan dan mengekalkan hukuman penjara selama lima tahun. Beliau akan menjalani hukuman tersebut di Penjara Sungai Buluh, Selangor Darul Ehsan.

Keputusan Mahkamah Persekutuan dianggap tidak adil oleh para penyokong Anwar Ibrahim, manakala penyokong Saiful Bukhari Azlan menyatakan kegembiraan mereka kerana keadilan telah dapat dicapai. Seramai 5,000 orang telah berkumpul untuk menyatakan sokongan masing-masing kepada Anwar dan juga Saiful Bukhari.

12 Oktober 2016 - Anwar didapati bersalah

Pada 12 Oktober 2016, Mahkamah Persekutuan diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin bersama-sama Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum, 3 Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Abu Samah Nordin dan Tan Sri Zaharah Ibrahim membuat semakan diatas dakwaan kes Liwat II, jika Anwar dibuktikan tidak bersalah, Anwar Ibrahim akan dibebaskan dan mampu bertanding pada Pilihan Raya Umum ke 14.

Pada 14 Disember 2016, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan semakan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengenepikan sabitan dan hukuman kes liwat yang dihadapinya. Dalam prosiding yang bermula pada jam 10.19 minit pagi, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati permohonan semakan berkenaan mengikut aturan 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995 tidak mempunyai sebarang merit. Dengan keputusan itu, Anwar yang sudah menjalani hukuman penjara di Penjara Sungai Buloh selama setahun 10 bulan perlu menghabiskan baki hukuman penjara lima tahun yang diperintahkan ke atasnya.

Pengampunan Di Raja 16 Mei 2018 - Rekod Liwat dihapuskan

Pada 16 Mei 2018, Yang Di Pertuan (YDP) Agong Sultan Muhammad V berkenan setelah melalui proses-proses pengampunan, mengampunkan Dato Seri Anwar Ibrahim dengan pengampunan Penuh . Sebaik sahaja beliau di ampunkan, Dato Seri Anwar telah menghadap YDP Agong di Istana Negara. Memetik kata-kata Dato Seri Anwar Ibrahim berkaitan pertemuan beliau dengan YDP Agong :

Saya tidak mohon ampun kerana saya melakukan kesalahan. Bahkan Yang di-Pertuan Agong menyebut kepada saya bahawa “saya pun mengampunkan bukan kerana anda bersalah. Saya mengampunkan kerana saya yakin anda tidak bersalah dan telah berlaku pelanggaran hukum dalam kes ini"

Pengampunan Penuh bermaksud segala rekod kesalahan jenayah Dato Seri Anwar Ibrahim berkaitan liwat II di hapuskan. Dengan pengampunan ini, Suruhanjaya Pilihanraya membenarkan Dato Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di dalam pilihanraya kecil Port Dickson pada Oktober 2018. Pada 22 Nov 2018, mahkamah menolak saman pemula yang dikemukakan oleh seorang pengundi di Parlimen Port Dickson yang memohon perisytiharan bahawa Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak layak bertanding untuk mana-mana kerusi Parlimen.

Campurtangan Hakim-hakim Tertinggi dalam Kes Liwat

Pada 14 Feb 2019, hakim Hamid Sultan Abu Backer dalam satu affidavit mendakwa hakim-hakim tertinggi negara berkali-kali memanggil panel hakim Mahkamah Rayuan kes perbicaraan Liwat II Presiden PKR Anwar Ibrahim dan memberi arahan tindakan yang perlu dilakukan. Berdasarkan affidavit Hamid Sultan, para hakim tertinggi yang disebut adalah yang dilantik sebelum Pilihanraya Umum ke 14 berlangsung.

Di dalam suatu perjumpaan makan tengahhari sebelum Pilihanraya Umum ke 14, para hakim menyatakan kerisauan tentang kemungkinan mereka akan menghadapi tribunal jika Pembangkang (Pakatan Harapan) memenangi pilihan raya.

"Hakim (Tertinggi Mahkamah Rayuan) tersebut memberitahu saya bahawa koram Mahkamah Rayuan telah dipanggil ke ruang hakim tertinggi berkali-kali dan diberi arahan atas apa yang harus dilakukan.

"Terdapat lebih banyak lagi yang saya ingin katakan berhubung dengan ini, tetapi saya akan menyimpannya untuk mengatakannya kepada RCI (suruhanjaya siasatan diraja)," katanya dalam afidavit berkenaan.

Badan kehakiman telah membuat laporan polis berkaitan affidavit Hamid ini. Malah Tun Mahathir telah bersetuju untuk menubuhkan SuruhanJaya Di Raja untuk menyiasat dakwaan affidavit ini.

Lihat juga

Rujukan

Tags:

Kes Liwat Anwar Ibrahim Ii Akuan Sumpah Dr Muhamad Yang Memeriksa Saiful BukhariKes Liwat Anwar Ibrahim Ii Saiful buat laporan polisKes Liwat Anwar Ibrahim Ii Senario politik semasaKes Liwat Anwar Ibrahim Ii KonspirasiKes Liwat Anwar Ibrahim Ii Penangkapan Anwar IbrahimKes Liwat Anwar Ibrahim Ii Saiful tidak didakwaKes Liwat Anwar Ibrahim Ii Salinan laporan polisKes Liwat Anwar Ibrahim Ii Rang Undang-Undang DNAKes Liwat Anwar Ibrahim Ii Rumah Raja Petra digeledahKes Liwat Anwar Ibrahim Ii Minta bukti untuk pembelaanKes Liwat Anwar Ibrahim Ii Saiful bertemu Najib - konflik kenyataanKes Liwat Anwar Ibrahim Ii Saiful Tidak Mandi Junub 2 Hari Dan Tidak SolatKes Liwat Anwar Ibrahim Ii Anwar tidak bersalahKes Liwat Anwar Ibrahim Ii Kenyataan media bapa SaifulKes Liwat Anwar Ibrahim Ii Biodata Mohd SaifulKes Liwat Anwar Ibrahim Ii Keputusan rayuan di Mahkamah PersekutuanKes Liwat Anwar Ibrahim Ii 12 Oktober 2016 - Anwar didapati bersalahKes Liwat Anwar Ibrahim Ii Pengampunan Di Raja 16 Mei 2018 - Rekod Liwat dihapuskanKes Liwat Anwar Ibrahim Ii Campurtangan Hakim-hakim Tertinggi dalam Kes LiwatKes Liwat Anwar Ibrahim Ii Lihat jugaKes Liwat Anwar Ibrahim Ii RujukanKes Liwat Anwar Ibrahim IiAnwar IbrahimLiwat

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Mimi LanaPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 IndonesiaHarvey NormanFarah AhmadPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 JepunGrup Gerak KhasPukimakSenarai saluran AstroRahmad AyobRukun IslamSemenanjung MalaysiaBabiPetronasKasih Iris LeonaProton PrevéCibaiImam MahdiSenarai raja-raja MelayuSiti NurhalizaAbang Long Fadil 3Daerah SegamatTimbalan Perdana Menteri MalaysiaAzhar IdrusHari Raya AidiladhaDzulkefly AhmadParti Pribumi Bersatu MalaysiaMenteri Pertahanan MalaysiaMandi wajibBugisPedofiliaPrivate BodyguardUniversiti MalayaLaskar Udara KananSurah al-BaqarahSungai PetaniZUS CoffeeMenara Jam Condong Teluk IntanUqasha SenroseKamikaze (kugiran)Perikatan NasionalPuaka Cuti SemesterShiqin KamalFrekuensi radio di MelakaSharnaaz AhmadMuaz ZabirUngku Ismail AzizNina IskandarFrekuensi radio di KedahSeks oralOrang Asli di MalaysiaAbdul Hadi AwangSherry AlhadadSekali Lagi Cinta KembaliGerak KhasOrang Melayu MalaysiaWan RajaSenarai kapal Tentera Laut DiRaja MalaysiaMuhammad al-FatihJabatan Akauntan NegaraPerang PadriRindu Kasih 2Pemancutan maniSunan DrajatHalim RadziRawang, SelangorSultan Nazrin Muizzuddin ShahAisyah AzizDa Di DuBank Negara MalaysiaZed ZaidiAbdul Taib MahmudMalang Si PuteriAmyra RosliErysha EmyraQistina KhaledJata Malaysia🡆 More