Kerteh

Kerteh atau Kertih merupakan sebuah mukim yang terdapat di daerah Kemaman, Terengganu, Malaysia.

Kerteh
Persimpangan Kerteh di Lebuhraya Pantai Timur

Terdapat beberapa buah kampung didalam Mukim Kerteh iaitu Kg Labohan,Kg Tengah,Kg Telaga Papan,Kg Gelugor,Kg Kuala Opis(Bandar Baru sekarang),Kg Baru(mula didiami dalam tahun awal 1970'an melalui pemberian tanah kepada penduduk dizaman Dato' Sulong Mahmood menjadi wakil rakyat), Kg Chabang, Kg Pengkalan Ranggon, Kg Bukit Pahang, Kg Batu Puteh, Kg Darat Kolam, Kg Mat Ikal, Kg Lama (Ditepi pantai dihadapan Stesen Minyak ESSO Kerteh, terdapat kubur penduduk Kg Lama yang berpagar ditepi jalanraya), Rasau Kerteh dan KETENGAH JAYA.

Kerteh membangun hasil daripada adanya 'emas hitam' iaitu petroleum yang terdapat di dasar Laut China Selatan yang menghadap ke pantai Kerteh.Kerteh menjadi salah satu kawasan tumpuan penting di daerah Kemaman kerana kepadatan penduduk dan juga kemudahan yang lengkap. Kerteh juga sering dipanggil sebagai "City of Light" di kalangan pelancong kerana limpahan cahaya dari Kawasan Perindustian Petroleum Petronas yang menerangi kawasan Kerteh pada waktu malam.

Pelbagai bentuk pembangunan telah dibangunkan di Kerteh. Antaranya ialah Bandar Seri Kerteh, Lapangan Terbang Kerteh, Kawasan Perindustrian Petronas, Pelabuhan Kerteh, Loji Penapis Minyak Terengganu, Rantau Petronas, Sekolah Rantau Petronas, Rantau Mall Kerteh, Stadium Mini Kerteh, Kelab Desa Rantau Petronas, Padang Golf, dan lain-lain. Rantau Petronas turut dibangunkan oleh PMINT. Terdapat banyak pembangunan muncul di Kerteh seiring dengan pembangunan ECER di seluruh negeri Terengganu.

Asal-usul nama

  • Dahulu kawasan Kerteh dipenuhi dengan air. Sememangnya kawasan ini adalah kawasan paya. Selepas itu, kawasan paya ini kering dan bertukar menjadi daratan dan disebut 'kering kerotey' mengikut dialek Terengganu. Akhirnya disebut Kerotey, Kretay, dan sekarang disebut Kerteh.
  • Kisah seorang lelaki yang mempunyai isteri bernama kik Teh. Ketika mereka membuat huma, Cik Teh terpandang seekor kera lalu bertanya kepada suaminya. Lalu dijawab ' Kera Teh'. Dialog itu berubah menjadi 'Kerteh'.
  • Dikampung pada suatu masa banyak dihuni oleh Kera Puteh, jadi digabungkan dan dipendekkan menjadi KERTEH

Sempadan

Sempadan Mukim Kerteh adalah bermula dari selepas Sekolah Men Badrul Alam Shah,Kemasek, sehingga ke persimpangan selepas Kawasan Perindustian Petroleum Petronas.

Penduduk Asal

Penduduk asal Kerteh adalah dari Kg Telaga Papan hingga Kg Labohan. Penduduk yang mendiami kampung lain kebanyakannya dari pehijrahan ke Kerteh untuk bekerja di Estate Kerteh yang bermula tinggal di Kuala Opis.Kebanyakan penduduk Kuala Opis sekarang telah berpindah ke Kg Baru. Ramai penduduk Kuala Opis adalah berasal dari sekitar Kuala Terengganu dan lain-lain negeri juga.

Pantai

  • Pantai Paloh - disekitar KDRP
  • Pantai Seberang Penarik - Dikawasan PLKN
  • Pantai Teluk Air Tawar - sebelahan Pantai Seberang Penarik
  • Pantai Ma' Daerah - di Kg Labohan
  • Pantai Cagar Hutan - bersebelahan Petronas Carigali (Resak OGT)

Selepas kegiatan petroleum dan gas aktif di Kerteh, bilangan penyu yang mendarat telah berkuranngan dari tahun ke tahun.

Sejarah

Asalnya ramai penduduk Kerteh bekerja sebagai nelayan, petani, dan pekerja buatan tangan. Penangkapan ikan hanya dibuat secara kecil-kecilan dan untuk kegunaan rumah sahaja. Mereka hanya menggunakan sampan kolek sahaja ketika menangkap ikan. Tapak kawasan Loji Penapis Minyak Terengganu asalnya ialah kawasan kebun kelapa.

  • 1920-an : Telah wujud industri membuat belacan, ikan kering dan budu. Bot nelayan semakin besar dan belayar lebih jauh ke tengah laut.Dahulu Kerteh adalah pusat perdagangan kerana menjadi tempat persinggahan perahu besar

Mulai 1979, pekerja Petronas mula mengukur tapak bagi pembinaan lapangan terbang baru, skim perumahan laluan saluran paip gas, dan stesen kajicuaca.

Antara pekerja Petronas terawal ialah Encik Wahab bin Abdul Rahman yang duduk di 'rumah putih'. Mereka menjumpai kesan tapak kaki babi, rusa, beruang, dan harimau ketika kerja-kerja ukur tanah. Jambatan yang merentangi sungai tidak ada ketika itu dan kaedah yang harus digunakan ialah berenang.

  • 1960-an : Rumah-rumah kampung beratap rumbia atau zink
  • 1970-an : Pantai Laut China Selatan sepanjang 225 km masih tenang dan kelihatan penyu mendarat dengan tenang.
  • 1980-an : Perubahan cukup pesat di Kerteh. Istilah petroringgit, pelantar minyak, minyak mentah , gas petroleum cair digunakan.

Sungai

  • Sungai Kerteh adalah sungai utama yang berpunca dari Sungai Mat Ikal, Sungai Chabang dan Sungai Batu Puteh.


Asal usul Kampung Labuhan, Kerteh ialah berasal daripada nama pelabuhan. Menurut orang tua yang lama menetap di situ, Pantai Ma'Daerah adalah kawasan pelabuhan penting ketika itu. Pada zaman dahulu kawasan Loji Penapisan Minyak Terengganu adalah ladang kelapa terbesar di daerah ini. Antara bukti pentingnya, ada terdapat satu perkampungan awal yang dinamakan Kampung Nyior Matir iaitu berhampiran loji yang ada sekarang ini yang mana penduduk asalnya dipindahkan ke Kampung Labuhan kerana kawasan itu adalah kawasan berhampiran loji. Penanaman kelapa bermula daripada Kampung Labohan sehinggalah di kawasan Stesen Janakuasa Elektrik Paka, merupakan salah sebuah ladang terbesar di Terengganu ketika itu. Produk utama ladang tersebut ialah kelapa kering. Hasil kelapa kering diekspot keluar negara melalui pelabuhan di Kampung Labuhan.

Pautan luar

Tags:

Kerteh Asal-usul namaKerteh SempadanKerteh Penduduk AsalKerteh PantaiKerteh SejarahKerteh SungaiKerteh Pautan luarKertehKemamanMalaysiaTerengganu

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

RakaatMyKadKerajaan Bani UmaiyahPemboleh ubahFrekuensi radio di PahangUniversiti Teknologi MalaysiaKerisJesus ChristAzhar SulaimanErysha EmyraLimau nipisMimi LanaBendera PalestinTikTokHamidah WahabFattah AminAlissonOsloYang di-Pertua Negeri SarawakKata kerjaBumiputera di SabahIskandar ChempakaSharifah ShahirahPrabowo SubiantoShuib SepahtuMasjid Jamek, Kuala LumpurRawang, SelangorSenarai peribahasa (A–M)Slot MegaDramaPersekutuan Pengakap MalaysiaUniversiti Putra MalaysiaDollaAerofonRozita Che WanLiga HansaRaja berperlembagaanSijil Tinggi Agama MalaysiaAbang Johari Tun OpengBani IsraelSenarai bandar bagi setiap negeri di Malaysia mengikut populasiTerlanjur Cinta (drama)Norreen ImanKanun PerubatanFadhli MasootErry PutraPakistanKata adjektifGrup Gerak KhasMuhamad Akmal SalehFrekuensi radio di PerakFrekuensi radio di SelangorSharifah HaslindaPerancisSyahadahAaron AzizZahirah MacWilsonJenis air untuk bersuci dalam IslamKelurInteamKedah TuaBahasa MaduraLapangan Terbang Antarabangsa Hangzhou XiaoshanEvolusiSahurHun HaqeemLiga Negara-Negara UEFA 2020–21Dataran MerdekaTerengganuTunku Abu BakarPiala Asia 2019PangsapuriSlot SamarindaAngkorJohorMustapha KamalKhaidhirah Abu ZaharJibrailPenjajahan Jepun di Tanah Melayu🡆 More