Binjai: Spesies tumbuhan

Binjai atau belunu (juga dikenali sebagai beluno), dengan nama saintifik Mangifera caesia merupakan spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga Anacardiaceae.

Binjai tergolong dalam genus yang sama dengan mangga dan ditanam di Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, Papua New Guinea, Kerala dan Filipina.

Binjai
بينجاي
Binjai: Penerangan, Lihat juga, Rujukan
Buah binjai dari Lapuyan, Zamboanga del Sur, Filipina, disediakan dalam gaya biasa Filipina selaku kudapan.
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Angiosperma
Klad: Eudikot
Klad: Rosid
Keluarga: Anacardiaceae
Genus: Mangifera
Spesies:
M. caesia
Nama binomial
Mangifera caesia
Jack ex Wall.

Penerangan

Pokok binjai dapat membesar sehingga 30 meter (100 kaki) tinggi. Ia merimbun berbatang lurus dengan tinggi mencapai 30-45 m dan gemang 50-80 (-120) sm. Kulit kayu pokok berwarna perang kelabu-abuan dan beralur-alur. Semua bahagian pohon menghasilan suatu getah keputihan yang membeku dan menghitam setelah terkena udara beberapa lama, getah ini boleh menyebabkan kegatalan apabila disentuh. Kulit batang kayunya berwarna abu-abu dan berkulit pecah-pecah. Daun-daunya pokoknya tunggal, tersebar di hujung ranting. Setiap helai daun berbentuk bujur telur meruncing, 7-12(-30) x 3-5,5(-10) sm, atasnya hijau mengilap tapi bawahnya lebih pucat di bawah dengan ibu tulang daun yang menonjol, pangkal yang melanjut dan ujung yang menumpul atau meluncip tumpul. Tangkai daun kaku, memipih, 1-2,5 sm.

Bunganya menjambak di hujung ranting, 15–40 cm dengan cabang banyak. Setiap kuntum berwarna merah jambu pucat, berbilangan 5, harum; helai mahkota bentuk garis, lk 10 mm; tangkai sari berwarna keunguan, lk. 5 mm. berwarna ungu atau merah jambu, 0.7 sm panjang dengan lima sepal. Bunga pokok binjai berbunga lebat pada bulan-bulan Jun hingga Disember, buah hasil persenyawaan bunga masak pada antara bulan September hingga Mac.

Buahnya jenis beri besar, boleh dimakan dan berbentuk elips (bulat bujur) lonjong mirip avokado yang simetri. 10-15 cm (4-6 in) panjang dan 6-8 cm (2-3 in) lebar. Kulit buahnya nipis dan berwarna pucat kekuningan atau keperangan dengan tompok gelap. Isinya tampak putih susu atau putih kekuningan, lembut dan berbau kuat tetapi boleh dimakan dengan rasa masam manis atau masam. Biji benihnya bulat melonjong atau meruncing dengan ukuran 7 x 4 cm, kulit bijinya tipis.

Lihat juga

Senarai pokok Binjai: Penerangan, Lihat juga, Rujukan 
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Binjai PeneranganBinjai Lihat jugaBinjai RujukanBinjai Pautan luarBinjai

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

SheriffRadio Televisyen MalaysiaBahasa MaduraMelitha SidabutarGersang (kumpulan muzik)A FamosaChempaka Emalin PahaminMahkamah MalaysiaJohan GhazaliProton SagaAlor SetarSurah Al-InsyirahKompleks piramid GizaAzhar IdrusPutri JannahAmy SearchEtikaNeelofaLaskar Udara KananPilihan raya negeri Selangor 2023Aaron AzizPenanda wacanaAbdullah bin Ahmad BadawiAyat kursiThe Original GangsterIdahRahsia (filem 2023)Piala Asia B-23 AFCErma FatimaR.A. KartiniAmerika SyarikatKuala LumpurIsrak dan MikrajPerhargaan pindahanBismillahWafariena RoslanZarina ZainoordinAmelia HendersonRujukan kehormatJep SepahtuKesan rumah hijauTok JanggutGrup Gerak KhasSenarai kata pinjaman dari bahasa Arab dalam bahasa Melayu dan bahasa IndonesiaPerang AhzabAllahVanny RossyanePrabowo SubiantoParti Rakyat India MalaysiaSenarai poskod di MalaysiaFadillah YusofPulau RedangAnwar IbrahimIsa KhanUpin & IpinKesultanan Samudera PasaiAstro ShawSalasilah keturunan Nabi MuhammadPenanggalanHari GawaiKL GangsterPerodua VivaBola sepakSepahtu Reunion Al-RayaSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan terendahTaoismeHantu Kak Limah Balik RumahHantu Kak LimahSurah al-BaqarahNabi Yusuf a.s.Kodi RasheedShahrulezad MohameddinTuanku Abdul RahmanTayamumSepahtu Reunion LiveDollaOrang Asli di MalaysiaSenarai Yang di-Pertuan Agong🡆 More