Kaedah Tentu Umur Dalam Arkeologi

Pentarikhan atau penentuan umur bahan-bahan yang dipetik dari rekod arkeologi boleh dilakukan dengan mengkaji artifak itu secara langsung, ataupun disimpulkan dengan perkaitan dengan bahan-bahan yang ditemui dalam konteks petikan bahan tersebut, atau disimpulkan mengikut titik penemuannya dalam urutan berkenaan dengan konteks-konteks yang boleh ditentu umurnya.

Pentarikhan biasanya dilakukan selepas artifak digali keluar, tetapi demi mendukung amalan luhur, biasanya terdapat kerja pentarikhan awal yang serentak dengan penggalian iaitu "spot dating". Pentarikhan itu penting sekali dalam bidang kaji purba untuk membentuk gambaran zaman lampau kerana ia bersandarkan keutuhan benda-benda dan contoh-contoh yang boleh ditentu umur. Kerja pentarikhan didalami oleh pelbagai cabang ilmu sains arkeologi.

Kaedah pentarikhan

Kaedah mutlak

Kaedah-kaedah pentarikhan mutlak bersandarkan penggunaan ciri-ciri fizikal sesebuah benda atau contoh untuk menghitung umurnya. Contoh-contohnya:

  • Pentarikhan radiokarbon – untuk mentarikhkan bahan organik (hidupan)
  • Dendrokronologi – untuk mentarikhkan pokok dan benda buatan kayu, tetapi juga penting untuk menentukur tarikh radiokarbon
  • Pentarikhan termopendarcahaya – untuk mentarikhkan bahan bukan organik termasuk tembikar
  • Pendarcahaya rangsangan optik atau pentarikhan optik – untuk aplikasi arkeologi
  • Pentarikhan kalium–argon – untuk mentarikhkan tinggalan hominid (rumpun manusia) terfosil
  • Pentarikhan arkeomagnetik – perdiangan api berlapik tanah liat mengikut momen magnetik yang menghala ke Kutub Utara sesekali dinyala lalu dibiarkan menyejuk. Kedudukan Kutub Utara untuk kali terakhir perdiangan digunakan boleh ditentukan dan dibandingkan dengan carta-carta lokasi dan tarikh yang diketahui
  • Pentarikhan kakisan plumbum
  • Pentarikhan asid amino
  • Pentarikhan penghidratan obsidian - kaedah geokimia untuk menentukan umur secara mutlak mahupun relatif terhadap artifak buatan obsidian
  • Pentarikhan penghidroksilan semula - untuk mentarikhkan bahan seramik

Kaedah relatif

Kaedah-kaedah relatif atau tidak langsung sering menggunakan perkaitan yang terbentuk daripada jasad pengetahuan kaji purba. Contohnya, penderetan. Walau bagaimanapun, kaedah relatif bersandarkan ikatan dengan pentarikhan mutlak dengan rujukan ke masa kini. Contohnya, dendrokronologi yang menggunakan proses mengikat kronologi kasar gelang pokok dengan merujuk silang bahan karya sedia ada.


Secara amali, sesetengah kes memerlukan penggunaan berbilang jenis teknik pentarikhan sekali gus, maka pentarikhan bukti untuk kebanyakan urutan arkeologi yang tercatat sewaktu penggalian memerlukan pemadanan maklumat dari kaedah-kaedah mutlak atau berkaitan dengan penelitian perhubungan stratigrafi.

Penanda bertulis

  • Epigrafi – analisis catatan dengan mengenal pasti abjad tulisan, menjelaskan erti, mengelaskan kegunaannya mengikut tarikh dan konteks budaya, dan membuat kesimpulan tentang tulisan itu dengan penulisnya
  • Paleografi – kajian penulisan purba, termasuk amalan mentafsir, membaca dan mentarikhkan naskhah-naskhah bersejarah
  • Numismatik – kebanyakan syiling terukir tarikh pengeluarannya, ataupun penggunaannya ternyata dalam rekod sejarah

Rujukan

Tags:

Kaedah Tentu Umur Dalam Arkeologi Kaedah pentarikhanKaedah Tentu Umur Dalam Arkeologi RujukanKaedah Tentu Umur Dalam ArkeologiArkeologiArtifak (ralat)Sains

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Aliff Dalam 7 DimensiPerancisLaman UtamaTengku Adnan Tengku MansorSyasyaAngkatan Pertahanan Awam MalaysiaZiana ZainRiena DianaPerakKonfusianismeFimie DonNuzul QuranMat KilauKota KinabaluLimau nipisDoa IftitahFadhlina SidekUniversiti MalayaHari Raya AidiladhaAsbab al-nuzulMy Lovely DriverBiendaSyurgamu RamadhanTengku Hassanal Ibrahim Alam ShahMasjid Wilayah PersekutuanJam 24 jamPaolo RossiGeografi JohorOrang Melayu MalaysiaSlot MegaDramaSherry AlhadadPenjodoh bilangan bahasa MelayuWee Ka SiongMosesProton SagaMajapahitZamarul HishamSains sosialTuanku MuhrizDaerah di SabahPulau PinangLagi-Lagi SenarioRokiah JaafarSolat subuhCongkakLayang Layang PerkahwinanFauzi NawawiAmerika TengahNasi tangasTrisha OoiWudukJohorPutri JannahHantu Kak Limah Balik RumahAngeline TanJudiSabronzoSenarai haiwanMasjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz ShahAmelia HendersonHadha min fadhle RabbiNgabuburitZUS CoffeeDarah yang keluar dari rahim wanitaZahirah MacWilsonPilihan raya umum Malaysia 2022Onn JaafarSyatilla MelvinOne Cent ThiefMakiyyahGiacinto FacchettiLiza AbdullahUniversiti Kebangsaan MalaysiaRazarudin HusainHishammuddin HusseinPeristiwa Kampung MedanAngel (penyanyi)Muhyiddin Yassin🡆 More