Khalsom Binti Abdullah: Bekas isteri Sultan Johor era moden ke-4

Almarhumah Enche' Besar Hajah Khalsom binti Abdullah (lahir Josephine Ruby Trevorrow; 2 Disember 1935 – 1 Jun 2018) merupakan seorang rakyat Britain.

Beliau adalah isteri pertama kepada Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail, Sultan Johor era moden ke-4.

Enche’ Besar Hajah Khalsom
Yang Amat Mulia Enche' Besar
Khalsom Binti Abdullah: Kemangkatan, Anakanda, Terasul dan gelaran
Gambar kerabat Diraja Johor, kelihatan Josephine Trevorrow yang berdiri tiga dari kanan
Isteri Tunku Mahkota Johor
Tempoh8 Mei 1959 - 9 Jun 1962
Didahului olehUngku Aminah
Diikuti olehTengku Zanariah
KeputeraanJosephine Ruby Trevorrow
(1935-12-02)2 Disember 1935
Romford, Essex, England (United Kingdom)
Kemangkatan1 Jun 2018(2018-06-01) (umur 82)
Hospital Raja Edward VII, London, England (United Kingdom)
Pemakaman6 Jun 2018
Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor
SuamiTunku Mahmood Iskandar (k. 1956; c. 1962)
Anakanda
Butiran
Nama penuh
Enche' Besar Hajah Khalsom binti Abdullah
KerabatJohor
AyahandaReginald George Trevorrow
BondaRuby May Alderman
AgamaIslam

Sultan Iskandar telah mengenalinya ketika baginda sedang melanjutkan pelajaran di Britain. Josephine akhirnya telah memeluk agama Islam dan berkahwin dengan Sultan Iskandar (ketika itu baginda bergelar Tunku Mahmood Iskandar) pada 5 Januari 1956 dan menukar namanya kepada Khalsom binti Abdullah. Suaminya telah dimasyhurkan sebagai Tunku Mahkota Johor pada 8 Mei 1959, beliau kemudiannya dikurniakan gelaran Yang Amat Mulia Che’ Puan Khalsom binti Abdullah. Pada 1962 setelah bercerai, beliau telah kembali menetap di England. Beliau bagaimanapun sempat bermadu dengan Tengku Zanariah binti Tengku Panglima Raja Tengku Ahmad yang juga merupakan kerabat diraja Kelantan, yang dinikahi Sultan Iskandar pada tahun 1961.

Setelah lama bermaustatin di London, beliau kembali ke Johor untuk menghadiri istiadat pemakaman bekas suaminya. Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Johor yang ke-52 tahun, Sultan Ibrahim telah berkenan mengurniakan Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (DK I) dan gelaran kebesaran Yang Amat Mulia Enche’ Besar Hajah Khalsom Abdullah, D.K. , S.M.I.J.

Kemangkatan

Almarhumah Enche' Besar Hajah Khalsom binti Abdullah mangkat di London pada jam 12:24 tengah malam akibat sakit tua, Jumaat, 1 Jun 2018. Kemangkatan Almarhumah diumumkan oleh Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Dato' Abdul Rahim bin Ramli di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan. Dengan itu, semua bendara negeri Johor dan bendera daerah dikibarkan separuh tiang sejak pengumuman kemangkatan Enche' Besar sehinggalah tamat istiadat pemakamannya. Jenazah Almarhumah tiba di Hangar Diraja Lapangan Terbang Antarabangsa Senai kira-kira pada jam 11 malam 5 Jun lalu diiring ke Istana Besar menggunakan ambulans peribadi Sultan Johor. Istiadat pemakaman Almarhumah diadakan separuh istiadat kemangkatan diraja pada keesokan harinya. Jenazah Almarhumah disemayamkan di Bilik Singgahsana Istana Besar untuk penghormatan terakhir selama dua jam lalu diusung dengan pedati diraja yang ditarik oleh 40 anggota Timbalan Setia Negari Johor dari Istana Besar hingga ke Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru untuk dimakamkan. Almarhumah dimakamkan sebaris dengan makam cucunda baginda, Almarhum Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil ibni Sultan Ibrahim.

Anakanda

Nama Tarikh Keputeraan Tempat Keputeraan Tarikh Kemangkatan Tempat Kemangkatan Tarikh Berkahwin Pasangan Diraja Cucunda Cicinda
YAM Tunku Puteri Kamariah Aminah Maimunah Iskandariah (Tengku Puan Laksamana Selangor) (1956-07-11) 11 Julai 1956 (umur 67) Johor Bahru, Johor 2 Mei 1977 YAM Tengku Sulaiman Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj (Tengku Laksamana Selangor ) YM Tengku Haji Shakirin al-Amin Mahmud Ismail Ahmad Shah YM Tengku Mahmud
YM Tengku Lima
YM Tengku Aziz
YM Tengku Kamariah Khaleiyah Khadijah Kathirah Zanariah Ihsan Shah
YDM Tengku Salehuddin Ismail Shah (Tengku Indera Bijaya Selangor) YM Tengku Ibrahim
YM Tengku Shahrain Ismail Ibrahim Iskandar Hishamuddin Shah Tiada
YM Tengku Sharifuddin Ibrahim Ismail Iskandar Abdul Aziz Shah YM Tengku Kamiliah Zanariah Ruby Ehsan Putri
YM Tengku Saidatul’Ihsan Zabedah Fauziah Putri
YM Tengku Kathira Zanariah Ihsan Maimunah Aminah Iskandar Putri Tiada
YAM Tunku Besar Zabedah Aminah Maimunah Iskandariah (1957-10-20) 20 Oktober 1957 (umur 66) Johor Bahru, Johor
DYMM Sultan Ibrahim (Sultan Johor) (1958-11-22) 22 November 1958 (umur 65) Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor 19 September 1982 DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah (Permaisuri Johor) DYAM Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar (Tunku Mahkota Johor) YAM Tunku Khalsom Aminah Sofiah
DYAM Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim (Raja Muda Johor)
YAM Tunku Abu Bakar Ibrahim

YAM Tunku Zahrah Zarith Aziyah

YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah -Layla Sofiah (lahir 2020)
-Anak kedua nama belum diketahui (lahir 2022)
YAM Tunku Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman (Tunku Temenggong Johor) Tiada
Almarhum YAM Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibrahim Ismail (Tunku Laksamana Johor) Tiada
YAM Tunku Abdul Rahman Hassanal Jeffri (Tunku Panglima Johor) Tiada
YAM Tunku Abu Bakar Mahmood Iskandar Ibrahim (Tunku Putera Johor) Tiada
KDYMM Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (Tengku Ampuan Pahang) (1960-08-05) 5 Ogos 1960 (umur 63) Istana Bukit Stulang, Johor Bahru, Johor 6 Mac 1986 KDYMM Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (Sultan Pahang) Almarhum YAM Tengku Ahmad Iskandar Shah Tiada
KDYTM Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (Tengku Mahkota Pahang) Tiada
YAM Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah (Tengku Arif Bendahara) Tiada
YAM Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah (Tengku Panglima Perang) Tiada
YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Tiada
YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah Tiada

Terasul dan gelaran

  • 2 Disember 1935 – 5 Januari 1956: Cik Josephine Ruby Trevorrow
  • 5 Januari 1956 – 8 Mei 1959: Yang Mulia Che’ Puan Khalsom binti Abdullah
  • 8 Mei 1959 - 9 Jun 1962: Yang Amat Mulia Che’ Puan Khalsom binti Abdullah, Isteri Tunku Mahkota Johor
  • 9 Jun 1962 – 22 November 2010: Yang Berbahagia Puan Hajah Khalsom binti Abdullah
  • 22 November 2010 – 1 Jun 2018: Yang Amat Mulia Enche' Besar Hajah Khalsom binti Abdullah

Darjah kebesaran

Eponim

Hospital Enche’ Besar Hajah Khalsom, Kluang, Johor

Lihat juga

Rujukan

Tags:

Khalsom Binti Abdullah KemangkatanKhalsom Binti Abdullah AnakandaKhalsom Binti Abdullah Terasul dan gelaranKhalsom Binti Abdullah Darjah kebesaranKhalsom Binti Abdullah EponimKhalsom Binti Abdullah Lihat jugaKhalsom Binti Abdullah RujukanKhalsom Binti AbdullahSultan Iskandar ibni Sultan IsmailSultan JohorUnited Kingdom

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Google ScholarZul AriffinSelawatNegeri dan Wilayah Persekutuan di MalaysiaAmelia HendersonMajlis Sukan Sekolah Sekolah MalaysiaBumiputera di SabahMadinah al-MunawwarahJata MalaysiaKetupatTV3Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan MalaysiaIpohSunan AmpelJoe FlizzowFadillah YusofPerempuan Itu (drama)Pilihan raya kecil Kuala Kubu Bharu 2024Bandaraya MelakaTakdir Itu Milik AkuAmy SearchSingapuraThe Original GangsterAfzan A. RahmanFardu KifayahAbdul Hadi AwangTentera Darat MalaysiaPerakM. NasirNiezam ZaidiEmelda RosmilaMenteri Besar PerlisTentang Hati DiaSurah Al-InsyirahAyat kursiTengku Hassanal Ibrahim Alam ShahSaifuddin Nasution IsmailUniversiti Sains MalaysiaSeri KembanganSabahPaus biruFrekuensi radio di TerengganuTunku Ismail ibni Sultan IbrahimKongkekSalomaTelefon pintarTengku Zafrul Abdul AzizDarjah kebesaran MelayuAhli Sunah WaljamaahHospital Canselor Tuanku Muhriz UKMAdat resam kahwin MelayuAerofonMata anginKedahVanny RossyaneSabah F.C. (Malaysia)AssalamualaikumEmpayar UthmaniyahSejarah MelakaKelantan Darul Naim F.C.Raja berperlembagaanGooglePukimakKumpulan Wang Simpanan PekerjaNabi Muhammad SAWNabiIndonesiaMartin Cooper (pereka)Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan MalaysiaFarali KhanSemenanjung MalaysiaCinta Bersemi Di Wadi SafiyyahTracie SinidolAstro MalaysiaTahun Baru CinaPahamin RajabSekolah Dato' Abdul Razak🡆 More