Jabatan Kemajuan Islam Malaysia: Jabatan kerajaan yang mengawalselia perihal agama islam di Malaysia

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Tulisan Jawi: جابتن كماجوان اسلام مليسيا; singkatan: JAKIM) merupakan agensi kerajaan Persekutuan di Malaysia yang mentadbir hal ehwal agama Islam di Malaysia.

Pentadbirannya diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Kini, JAKIM diketuai oleh Ketua Pengarahnya, Datuk Hakimah Mohd Yusoff.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
جابتن كماجوان اسلام مليسيا
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia: Sejarah, Kepengarahan, Peranan
Kerajaan Malaysia
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia: Sejarah, Kepengarahan, Peranan
Intisari agensi
Dibentuk1 Januari 1997; 27 tahun yang lalu (1997-01-01)
JenisKerajaan
Ibu pejabatBlok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya, No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3, 62100 Putrajaya
Kakitangan1,400 (2018)
Belanjawan tahunanMYR 810,890,000 (2018)
Menteri bertanggungjawab
Eksekutif Kerajaan
Agensi induk
Jabatan Perdana Menteri Malaysia
Laman sesawang
www.islam.gov.my

Sejarah

Pada tahun 1969, persidangan Majlis Raja-Raja Malaysia telah memutuskan bahawa perlunya suatu badan bagi menggembleng usaha pembangunan dan kemajuan umat Islam di Malaysia, selaras dengan taraf negara Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang semakin kukuh serta mendapat perhatian dunia antarabangsa.

Menyedari hakikat itu, satu urusetia kepada Majlis Kebangsaan Hal-Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) telah ditubuhkan, bagi memelihara kesucian akidah dan ajaran Islam. Urusetia ini kemudiannya telah dikembangkan sebagai Bahagian Ugama, Jabatan Perdana Menteri yang kemudiannya dinaikkan taraf sekali lagi menjadi Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS).

Pada 1 Januari 1997, selaras dengan pembangunan dan kemajuan Islam yang bertambah mantap di negara ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia sebagai mengambil alih kuasa dan peranan BAHEIS.

Kepengarahan

JAKIM mula menerima Ketua Pengarah sejak 1995 dengan pelantikan Abdul Hamid Zainal Abidin. Berikut merupakan senarai ketua pengarah JAKIM sejak 1995 hingga kini:

Nama Tahun khidmat
Abdul Hamid Zainal Abidin 1995 - 2001
Mohamad Shahir Abdullah 2001 - 2003
Mustafa Abdul Rahman 2004 - 2006
Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz 2006 - 2012
Othman Mustapha 2012 - 2018
Mohamad Nordin Ibrahim 2018 - 2019
Paimuzi Yahya 2020 - 2021
Abdul Aziz Jusoh 2021 - 2021
Hakimah Mohd Yusoff 2022 - kini

Peranan

JAKIM berperanan sebagai sebuah badan penyelaras pembangunan agama dan kemajuan ummah di Malaysia. Ia juga berperanan menjalankan penyelarasan hal ehwal agama dalam lingkungan sempadan pentadbiran yang dipertanggungjawabkan dan berwaspada supaya tidak melanggar garis tanggungjawab yang menjadi hak pentadbiran pada peringkat negeri.

JAKIM juga memainkan peranan sebagai urus setia bagi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI). JAKIM turut mengendalikan tiga masjid utama di Malaysia iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

JAKIM turut bertanggungjawab terhadap penggubalan dan penyeragaman undang-undang syarak di Malaysia.

JAKIM juga turut berperanan dalam menyelaras dan membangunkan pendidikan Islam. JAKIM mengendalikan pusat pendidikan dan latihan seperti Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS), Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) dan Darul Quran. Selain itu, JAKIM juga mengendalikan modul Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang dilaksanakan di premis yang berdaftar dengan agensi agama Islam negeri-negeri.

Pensijilan Halal

Pengurusan halal telah diterokai JAKIM seawal tahun 1974. Ia bermula dengan penglibatan Pusat Penyelidikan, Bahagian Hal Ehwal Islam di Jabatan Perdana Menteri dalam memberi surat pengesahan halal kepada produk-produk yang patuh syariah. Pengesahan Halal mula diperkenalkan dalam bentuk persijilan dan logo pada 1994. Manakala proses pemeriksaan mula dilakukan pada tahun 1998 dan syarikat Ilham Daya dilantik oleh pihak kerajaan Malaysia bagi melaksanakan tanggungjawab tersebut.

Namun pada tahun 2002, pihak kerajaan telah mengarahkan semua urusan pengesahan halal dilaksanakan sepenuhnya oleh JAKIM melalui Bahagian Kajian Makanan dan Barangan Gunaan Islam. Melihat kepada perkembangan pesat industri makanan di negara ini, maka pada 17 November 2005 Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia telah meluluskan sebanyak 165 perjawatan pelbagai skim dan gred dengan nama baru Bahagian Hub Halal. Pada tahun 2008, pengurusan pensijilan halal sekali lagi diserahkan kepada pihak swasta iaitu Halal Industry Development Corporation sebelum dikembalikan semula peranan dan fungsinya kepada pihak JAKIM berdasarkan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Julai 2009

Pengurusan pensijilan halal JAKIM merupakan antara model pengurusan pensijilan halal terbaik di dunia selepas memperoleh beberapa pengiktirafan peringkat antarabangsa.

Rujukan

Lihat juga

Pautan luar

Tags:

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia SejarahJabatan Kemajuan Islam Malaysia KepengarahanJabatan Kemajuan Islam Malaysia PerananJabatan Kemajuan Islam Malaysia Pensijilan HalalJabatan Kemajuan Islam Malaysia RujukanJabatan Kemajuan Islam Malaysia Lihat jugaJabatan Kemajuan Islam Malaysia Pautan luarJabatan Kemajuan Islam MalaysiaHakimah Mohd YusoffIslamJabatan Perdana Menteri MalaysiaMalaysiaTulisan Jawi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Khaliq Mehtab Mohd IshaqAdnan bin SaidiKecerdasan buatanSyazuwan HassanSabrina AliPontianak Harum Sundal MalamLencana pangkat Angkatan Tentera MalaysiaIkan bandarayaKKN di Desa Penari (filem)Geografi IndonesiaAisyah AzizSenarai mukim di SelangorBahasa Melayu BruneiMalariaCarles PuigdemontSiksa NerakaFadhlina SidekFrekuensi radio di PahangAnak Jalanan (sinetron)GajusSaronBismillahRemy IshakAngkatan Tentera MalaysiaPerlisBoBoiBoyTulisan JawiZahirah MacWilsonBurasNajib RazakSijil Pelajaran MalaysiaShah IskandarAppleTentera Darat MalaysiaAlicia AminNaim DanielGayatri Su-Lin PillaiQistina RaisahRukun solatCapriceSingapuraAstro ShawKata adjektifPulau RedangProton SatriaIsteri HalalWings (kumpulan muzik Malaysia)Mas Ermieyati SamsudinDzulkefly AhmadCinema (Slot TV3)Badarawuhi Di Desa PenariRukun NegaraAznil NawawiGol & Gincu (filem)Lee Chong WeiErick ThohirKL Gangster 2SepupuHari Raya AidilfitriEjaLebuhraya Utara–Selatan Jajaran SelatanFarali KhanJanna NickPerikatan NasionalAstro RiaJohorJudiMakkahSultan PahangMuhamad Akmal SalehBatu PahatDaiyan TrishaPitt HanifPasukan Khas UdaraFarajAbang Long Fadil 3Hadha min fadhle RabbiMenteri Pertahanan Malaysia🡆 More