Identiti Kuala Lumpur

Simbol Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merujuk kepada simbol atau lambang yang digunakan di WP Kuala Lumpur bagi menunjukkan identitinya sebagai sebuah Wilayah Persekutuan.

Identiti Kuala Lumpur
Lokasi Kuala Lumpur

Bendera

Identiti Kuala Lumpur 
Bendera Kuala Lumpur

Bendera ini berteraskan bendera kebangsaan yang berjalur putih dan merah, warna biru tua bersama bintang serta bulan sabit berwarna kuning. Unsur-unsur ini tidak dapat dipisahkan memandangkan Kuala Lumpur adalah Ibu Kota Negara Malaysia dan juga Wilayah Persekutuan.

  • 14 jalur merah dan putih (melintang) menandakan keanggotaan 13 buah negeri di Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terletak di bawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
  • Bulan sabit dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi.
  • Bintang berbucu 14 melambangkan 13 buah negeri di Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang bertindak sebagai Pusat Kerajaan dan Pentadbiran.
  • Warna biru tua di bahagian tengah melambangkan perpaduan wargakota Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berbilang kaum.
  • Warna merah melambangkan keberanian, kegagahan sebuah bandaraya dalam menghadapi cabaran ke arah pembangunan bandaraya kosmopolitan yang dinamik dan berprogresif.
  • Warna kuning melambangkan kedaulatan dan kemakmuran Kuala Lumpur.
  • Warna putih melambangkan keluhuran, kebersihan dan keindahan bandaraya dalam taman bercahaya.

Jata

Identiti Kuala Lumpur 

  • Cogan kata Bandaraya Kuala Lumpur, Maju dan Makmur ada pada jata ini.
  • Bulan Sabit dan bintang bersudut tiga belas menyatakan kedudukan agama Islam di Malaysia
  • Buku yang dengan kepingan hijau melambangkan Kuala Lumpur sebagai pusat pendidikan.

Lagu

Maju Dan Sejahtera

Lagu ini digunakan di Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Maju dan Sejahtera
Bahasa Melayu Tulisan Jawi transkripsi IPA Bahasa Inggeris

Inilah Wilayah Bumi Yang Bertuah

Maju Membangun Dijulang Megah

Aman Sentosa Di Sepanjang Masa

Teguh Disemai Sentiasa

Membara Semangat Setiap Warganya

Cergas Mindanya Semangat Waja

Pada Wilayah Ditumpah Setia

Hormat Hormati Penuh Mesra

Bersatulah, Berbaktilah

Semua Warga Wilayah

Sayangilah, Lindungilah

Sepenuh Jiwa Raga

Kita Jaga Keharmonian Semua

Maju Sejahtera

Wilayah Persekutuan

اينله ولايه بومي يڠ برتواه
ماجو ممباڠون دجولڠ مݢه
امان سنتوسا د سڤنجڠ ماس
تݢوه دسماي سنتياس

ممبارا سماڠت ستياڤ ورݢڽ
چرݢس مينداڽ سماڠت واج
ڤد ولايه دتومڤه ستيا
حرمت حرمتي ڤنوه مسرا

برساتوله، بربقتيله
سموا ورݢ ولايه
سايڠيله، ليندوڠيله
سڤنوه جيوا راݢ

کيت جاݢ کهرمونين سموا
ماجو سجهترا
ولايه ڤرسکوتوان

Inilah Wilayah Bumi Yang Bertuah
Maju Membangun Dijulang Megah
Aman Sentosa Di Sepanjang Masa
Teguh Disemai Sentiasa

Membara Semangat Setiap Warganya
Cergas Mindanya Semangat Waja
Pada Wilayah Ditumpah Setia
Hormat Hormati Penuh Mesra

Bersatulah, Berbaktilah
Semua Warga Wilayah
Sayangilah, Lindungilah
Sepenuh Jiwa Raga

Kita Jaga Keharmonian Semua
Maju Sejahtera
Wilayah Persekutuan

This is the Territory, the fortunate land

Develop onwards, raised gloriously

Being peace at all time

The firmness always manured

The peoples' spirit is burning

Their spirit is active, and in resilience

To the Territory giving loyalty

Cordially be respective

Let's unite, let's serve

Oh all the Territory peoples

Let's love, let's save

Wholeheartedly

Let's keep the harmony together

Be progressive and prosperous,

the Federal Territory

Bandar Utama

Kuala Lumpur

Peta

Peta Kuala Lumpur (dan Putrajaya)
Lokasi Kuala Lumpur di Malaysia

Nota

Rujukan

Tags:

Identiti Kuala Lumpur BenderaIdentiti Kuala Lumpur JataIdentiti Kuala Lumpur LaguIdentiti Kuala Lumpur Bandar UtamaIdentiti Kuala Lumpur PetaIdentiti Kuala Lumpur NotaIdentiti Kuala Lumpur RujukanIdentiti Kuala Lumpur

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Lumut, PerakEkarPerubahan iklimShaheizy SamPerang BadarMuhammad Haziq Bin NadzliRosyam NorFrekuensi radio di TerengganuMedia sosialSenarai Kementerian di MalaysiaKuala LumpurJamrahPendidikan di MalaysiaPertubuhan Keselamatan SosialVirusPengasingan Kuasa dalam Perlembagaan MalaysiaOrang Cina MalaysiaBola sepakDe FamMuhamad Akmal SalehJamal AbdillahNegeri-Negeri SelatJabatan Perkhidmatan Awam MalaysiaKementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan MalaysiaGeografi IndonesiaNajua NasirDatuk (gelaran)Frekuensi radio di Negeri SembilanTayamumSalasilah keturunan Nabi MuhammadHusin, Mon dan Jin Pakai ToncitPerkara 153 Perlembagaan MalaysiaPuchong, SelangorRakaatBruce GilleyHulu SelangorSolat Sunat RawatibFahmi FadzilTelefon pintarPegawai memerintahNorman HakimYassin YahyaFauziah NawiJep SepahtuRukun ImanKristianPasukan Khas UdaraRita NadiraJalaluddin HassanRedza RosliTeknologiArif AimanTauhid RububiyahTanah Melayu BritishHawa RizwanaMy Lovely DriverGerak KhasAbang AdikAdat resam kahwin MelayuMarissa YasminPremier SarawakSejarah MalaysiaPeristiwa Kampung MedanJabatan Kastam Diraja MalaysiaSkop ProductionsShakira (drama)Ziana ZainMerdeka 118Eyka FarhanaAzizulhasni AwangKecerdasan buatanLiga Super Malaysia 2024–25Iskandar ChempakaBryan DomaniNilai, Negeri SembilanGunung KinabaluNasi goreng (Nusantara)Mega Movie (Slot TV3)Senarai haiwan🡆 More