Hadas Besar

Hadas besar menurut istilah syarak ertinya ialah sesuatu yang maknawi (kotoran yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar), yang berada pada seluruh badan seseorang; yang dengannya menegah mendirikan solat (fardu atau sunat) dan amal ibadat yang seumpamanya, selama tidak diberi kelonggaran oleh syarak.

Selama seseorang itu tidak menempuh atau melakukan salah atau satu perkara yang menyebabkan hadas besar, maka selama itu badannya suci dari hadas besar.

Sebab-sebab seseorang itu berhadas besar;

  • Jimak atau melakukan persetubuhan sepasang suami-isteri.
  • Keluar darah Haid atau datang bulan bagi perempuan.
  • Keluar air mani sama ada melalui mimpi atau dengan sengaja.
  • Nifas iaitu darah yang keluar semasa melahirkan anak.
  • Wiladah iaitu melahirkan anak yang tidak diiringi darah.

Perkara yang diharamkan bila seseorang itu berhadas besar;

  • Solat sama ada fardu atau sunat.
  • Tawaf sama ada fardu atau sunat.
  • Menyentuh Al-Quran atau menanggungnya(membawa atau memegang).
  • Membaca Al-Quran
  • Berpuasa sama ada wajib, sunat atau qadak; bagi yang haid atau nifas.
  • Jimak dengan isteri-isteri yang haid atau nifas.

Untuk keluar dari hadas besar, seseorang itu diwajbkan mandi wajib, selepas itu barulah boleh melakukan ibadat yang fardu atau sunat dan perkara yang diharamkan semasa berhadas besar.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Tags:

Solat

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

TakbirKhulafa al-RasyidinMohd Na'im MokhtarIsham JalilRock Oo!Kota BharuJustin BieberBulanAzam AzmiMustapha KamalTunku Puan NoraSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan tertinggiImam MahdiSifat-sifat AllahTanda-tanda KiamatPerlembagaan MalaysiaDataran MerdekaKata adjektifHans IsaacBumiputera di SabahTuberkulosisNajua NasirSenarai negara mengikut sistem kerajaanKumpulan Rock MalaysiaPeribahasa MelayuBoBoiBoySetelah Cinta Itu PergiAna DahliaRosyam NorUniversiti Teknologi MalaysiaPerceraian dalam IslamBabiKaum-kaum di MalaysiaKelayakan Piala Dunia FIFA 2026 (AFC)Proton WiraHamzah bin Abdul MuttalibIsteri Separuh MasaS.S. LazioBendera PalestinNasabRevolusi PerindustrianBaju MelayuAzira ShafinazLabuanSandrinna MichelleSharnaaz AhmadTengku Ahmad Ismail Mu’adzam ShahKugiran MasdoJenayah kolar biruSlot MegaDramaKorban KasihKelayakan Piala Dunia FIFA 2026 – AFC Pusingan KeduaHari Paskah BesarBukan Kahwin PaksaTakdir Itu Milik AkuLaila NasirSubang JayaUniversiti Putra MalaysiaSekolah Menengah Kebangsaan Jalan TigaRaja Zarith SofiahSarawakMamat KhalidBahasa Melayu BruneiTembikaiSultanah Nur Diana Petra AbdullahPemasyhuran Kemerdekaan Tanah MelayuSolat Sunat Tahiyyatul MasjidSudirman (penyanyi)Rindu Kasih 2Aedy AshrafBank Negara MalaysiaSenarai Bidang Pengajian Tinggi di MalaysiaHassanal BolkiahSainsNuzul QuranSlot SakuraPutrajayaPerodua AxiaBahasa Arab🡆 More