Demografi Amerika Syarikat

Menurut anggaran Biro Bancian AS, penduduk Amerika Syarikat berjumlah 305,376,000, termasuk lebih kurang 11.2 juta pendatang haram.

AS adalah negara ketiga teramai di dunia selepas China dan India.

Demografi Amerika Syarikat
Kumpulan teramai mengikut kaunti, 2000

Pertumbuhan penduduk

Kadar pertumbuhan penduduknya adalah 0.89% berbanding Kesatuan Eropah 0.16%. Kadar kelahiran pula adalah 14.16 untuk 1,000 orang iaitu 30% di bawah purata kadar dunia tetapi lebih tinggi dari mana-mana negara Eropah kecuali Albania dan Ireland. Pada tahun kewangan 2007, sejumlah 1.04 juta pendatang diberi taraf penduduk sah. Mexico merupakan sumber utama penduduk sah untuk dua dekat; dan sejak tahun 1998, China, India dan Filipina menjadi negara utama yang rakyatnya datang ke AS. Amerika Syarikat adalah satu-satunya negara perindustrian di mana pertambahan penduduk yang ramai diramalkan.

Bangsa

AS mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa - 31 kumpulan kaumnya mempunyai lebih dari satu juta ahli. Kulit putih merupakan kumpulan yang terbesar dengan Amerika Jerman, Amerika Irish dan Amerika Inggeris merupakan tiga dari empat kumpulan yang terbesar. Amerika Afrika merupakan kumpulan kedua minoriti yang terbesar selepas Hispanik/Latino, dan yang kaum ketiga terbesar. Amerika Asia merupakan minoriti kedua terbesar, dan dua kumpulan yang terbesar dalam kategori ini adalah Amerika Cina dan Amerika Filipina. Pada tahun 2007, penduduk AS termasuk 4.5 juta Orang Asli Amerika atau Orang Asli Alaska dan lebih 1 juta Orang Asli Hawaii atau Orang Kepulauan Pasifik.

Ras/Etnik (2007)
Kulit putih 73.94%
Amerika Afrika 12.38%
Asia 4.39%
Kaum Asli Amerika dan Alaska 0.78%
Kaum Asli Hawaii dan Penduduk Pulau Pasifik 0.14%
Kaum campur 2.16%
Bangsa lain 6.21%
Hispanik atau Latino (apa-apa bangsa) 15.06%

Bahasa

Bahasa Inggeris merupakan bahasa de facto kebangsaan. Walaupun tidak ada bahasa rasmi pada peringkat persekutuan, beberapa undang-undang - seperti syarat menjadi rakyat AS - memerlukan fasih berbahasa Inggeris. Pada tahun 2003, lebih kurang 215 juta, atau 82% penduduknya yang berumur lima tahun ke atas hanya bertutur dalam bahasa Inggeris. Bahasa Sepanyol, yang digunakan oleh 10% penduduknya, adalah yang kedua banyak dituturkan dan yang paling banyak diajar sebagai bahasa asing. Sesetengah rakyat Amerika mahukan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi negara kerana ia sudah dibuat sekurang-kurangnya di 28 negeri. Kedua-dua bahasa Hawaii dan Inggeris merupakan bahasa rasmi di pulau itu. New Mexico pula mempunyai undang-undang mengenai penggunaan bahasa Inggeris dan Sepanyol sementara Louisiana pula bahasa Inggeris dan Perancis. Negeri lain seperti California menghendaki versi Sepanyol untuk sesetengah dokumen kerajaan termasuk borang mahkamah.

Rujukan

Tags:

Demografi Amerika Syarikat Pertumbuhan pendudukDemografi Amerika Syarikat BangsaDemografi Amerika Syarikat BahasaDemografi Amerika Syarikat RujukanDemografi Amerika SyarikatAmerika Syarikat

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Sepahtu Reunion Al-RayaDasar Ekonomi BaruYandexJohan GhazaliBangladeshDarjah kebesaran MelayuEmma MaembongMata anginMusang PulutIskandar ChempakaRuhainies FarehahKuala Kubu Baharu (kawasan negeri)Erra FaziraKuala Kubu BharuYasmin AhmadSaifuddin Nasution IsmailTengku Zafrul Abdul AzizPrivate BodyguardAbby AbadiAsiaRoti canaiPerang UhudNike ArdillaJata MalaysiaPasukan bola sepak kebangsaan MalaysiaPersatuan Negara-negara Asia TenggaraMohammed Hanif OmarAnugerah AidilfitriShah AlamNegeri-negeri Melayu BersekutuKementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan MalaysiaHospital Canselor Tuanku Muhriz UKMHulu Selangor (kawasan persekutuan)Hubungan seksNajib RazakSenarai gunung di MalaysiaSenarai saluran AstroPulau RedangCinta FatamorganaSunan GresikGombakOrang BanjarMuhyiddin YassinTaoismeSalomaPerodua MyViAngel (penyanyi)Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaShiqin KamalNegarakuKonsep Raja Berperlembagaan di MalaysiaPegawai WaranI.D.Baju kurungTabbyFuad RahmanSuria RecordsRita NadiraM. NasirAzizulhasni AwangMegat SharizalKhadijah binti KhuwailidProton Saga (generasi kedua)Rukun ImanAdam CorrieKristianMierul AimanBahasa ArabMuhammad al-FatihPolis EVO 3Jenis air untuk bersuci dalam IslamSurah al-BaqarahPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 JepunSabronzoDaerah di SabahHari Kebangsaan Malaysia🡆 More