Deisme

Deisme (daripada perkataan Bahasa Latin, deus, Tuhan) ialah satu fahaman falsafah dan teologi rationalistik yang menolak dan menafikan Wahyu sebagai sumber dalam pengetahuan Ilahi dan menegaskan bahawa logik akal dan pemerhatian terhadap alam semula jadi adalah cukup untuk membuktikan kewujudan Yang Maha Kuasa atau Dewa pencipta.

Deisme juga boleh didefinisikan sebagai suatu kepercayaan bahawa adanya Tuhan melalui pemikiran yang rasional semata tanpa bergantung terhadap agama yang diturunkan dan kuatkuasa agama. Deisme menekankan bahawa bukti kewujudan Tuhan itu diperlihatkan melalui alam semula jadi.

Pada zaman kehidupan Thomas Aquinas, penganut Kristian bergantung kepada dua sumber untuk mengenali Tuhan, iaitu melalui wahyu dan "alasan semula jadi". Kajian untuk mencari kebenaran melalui logik akal dipanggil sebagai "teologi semula jadi". Deisme juga adalah falsafah dimana peranan Tuhan hanyalah untuk mencipta alam semesta kemudian menarik diri atau menahan diri dari menganggu dan masuk campur proses alam dan manusia. Ketika Zaman Pencerahan, terutamanya di Britain dan Perancis, ahli-ahli falsafah bermula untuk menolak wahyu sebagai sumber pengetahuan dan hanya menggunakan logik akal untuk membenarkan sesuatu. Ahli falsafah seperti itu dipanngil Deists dan kedudukan falsafah yang mereka anjurkan itu dipanggil sebagai "Deisme".

Penggerak intelektual deisme mula merosot pada akhir abad ke-18. Sesetengah prinsip deisme tersebut terus hidup dalam sebahagian gerakan inteketual lain seperti unitarianisme. Sesetengah orang masih lagi menyokong kedudukan falsafah ini pada hari ini.

Etimologi

Deisme berasal dari perkataan Bahasa Latin dan Bahasa Yunani iaitu "deus" dicampurkan dengan kata apitan Bahasa Inggeris "-ism" . Perkataan "déiste" adalah bentuk terawal perkataan Deisme yang pertama kali digunakan di Perancis pada 1564 didalam karya seorang pengikut Calvinisme yang berbangsa Switzerland yang bernama Pierre Viret tetapi tidak diketahui secara umum sehingga di Perancis pada 1690 apabila seorang ahli falsafah Perancis Pierre Bayle menerbitkan karyanya yang bernama "Dictionnaire Historique et Critique" (Kamus Sejarah dan Kritikal) yang terkandung artikel berkaitan Pierre Viret. Pada asalnya, perkataan deisme dan ateisme berkongsi makna yang sama sehingga abad ke-17 kemudian mula untuk berubah makna bagi kedua-perkataan tersebut.



Rujukan

Tags:

Bahasa LatinFalsafahTeologiTuhanWahyu

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Ujian dadahPendidikan di MalaysiaSejarah IslamPerang UhudVincent TanSiti Khadijah HalimCerita Rakyat MalaysiaRujukan kehormatSepahtu Reunion LiveLimau nipisPerubahan iklimSiksa KuburFarali KhanSenarai pelakon lelaki MalaysiaAiman Hakim RidzaKadet Remaja Sekolah MalaysiaSarafTunku Abdul RahmanOrang Cina MalaysiaNajua NasirJenis darahTanda-tanda KiamatKemamanHadha min fadhle RabbiNombor telefon di MalaysiaMustaqim BahadonNabi Nuh a.s.Beto KusyairyAli bin Abi TalibKaum DusunMat KilauKesultanan DemakBahasa Melayu BruneiJepunPerkara 153 Perlembagaan MalaysiaBryan DomaniCiri-ciri orang munafikKedah TuaImam MahdiSyed Mokhtar Al-BukharyKongkekDataran MerdekaSultanah Nur ZahirahKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaTengku Zafrul Abdul AzizSri Pahang FCFadhlina SidekEAdnan bin SaidiIslamBintara MudaMasjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz ShahSlot AkasiaKapitalismeKerajaan Bani UmaiyahPerlisMakkahWilayah PersekutuanIsrak dan MikrajGambir SarawakTentang Hati DiaJabatan Bomba dan Penyelamat MalaysiaTikTokSurah al-FatihahSultan Sharafuddin Idris ShahHari WesakErma FatimaKaum-kaum di MalaysiaGerak KhasPencemaran udaraGeografi IndonesiaKementerian Kesihatan MalaysiaRuhainiesBandar TaipingHantu Kak Limah Balik RumahTimbalan Perdana Menteri Malaysia🡆 More