Wilayah Chiang Mai

98°58′14″E / 18.83722°N 98.97056°E / 18.83722; 98.97056

เชียงใหม่
Chiang Mai
Peta Thailand menunjukkan Chiang Mai (wilayah)
Statistik
Keluasan (km²) 20,107.0
Jumlah penduduk 1,500,127 (tahun 2000)
Kepadatan (orang/km²) 75

Chiang Mai (Bahasa Thai Mengenai audio iniเชียงใหม่ ) adalah wilayah (changwat) kedua paling besar di Thailand yang terletak di bahagian utara negara tersebut. Wilayah-wilayah yang terdekat adalah (dari timur laut mengikut hala jam) adalah Chiang Rai, Lampang, Lamphun, Tak dan Mae Hong Son. Chiang Mai bersempadan dengan Myanmar di sebelah utara.

Geografi

Kawasan Chiang Mai dipenuhi dengan gunung-ganang yang terletak menurut hala selatan-utara. Sungai Ping, salah satu anak sungai terbesar kepada Sungai Chao Phraya berpangkal di pergunungan Chiang Dao. Gunung tertinggi Thailand, Doi Inthanon, yang berukuran 2,575 meter, terletak di Chiang Mai. Wilayah ini juga memiliki beberapa taman negara seperti Doi Inthanon, Doi Suthep-Pui, Mae Ping, Sri Lanna, Huay Nam Dang, Mae Phang, Chiang Dao.

Sejarah

Wilayah Chiang Mai 
Pratat Doi Suthep, sebuah kuil di Chiang Mai

Kota Chiang Mai pada suatu ketika merupakan ibu kota kerajaan Lanna selepas penubuhannya pada 1296. Pada 1599 kerajaan Lanna ditakluk oleh kerajaan Ayutthaya dan Chiang Mai diintegrasikan ke dalam kerajaan Thai.

Demografi

Wilayah Chiang Mai 
Sebuah kedai di Bazar Malam

13.4% dari penduduk Chiang Mai adalah dari suku bangsa bukit seperti Orang Hmong, Orang Yao, Lahu, Lisu, Akha dan Orang Karen.

Simbol

Wilayah Chiang Mai  Simbol wilayah Chiang Mai terdiri daripada seekor gajah putih di atas pentas gelas yang berbumbung. Gajah putih adalah lambang diraja Thailand, dan dipaparkan dalam simbol ini intuk mengingati peristiwa di mana Raja Rama II mempersembahkan seekor gajah putih kepada raja Chiang Mai. Pentas gelas yang berbumbung pula memberi makna bahawa agama Buddha mekar di Chiang Mai terutama sekali pada tahun 1477 di mana ajaran Buddha, Tripitaka dikaji semula.

Bunga dan pohon rasmi wilayah ini ialah Pokok Semarak Api (Butea monosperma).

Kawasan pentadbiran

Wilayah Chiang Mai 
Peta Amphoe

Chiang Mai dibahagikan keapada 22 buah daerah (Amphoe) dan 2 daerah kecil (King Amphoe). Daerah-daerah ini pula dibahagikan kepada 204 kawasan umum (tambon) dan 1915 buah kampung (muban).

Amphoe King Amphoe
  1. Mueang Chiang Mai
  2. Chom Thong
  3. Mae Chaem
  4. Chiang Dao
  5. Doi Saket
  6. Mae Taeng
  7. Mae Rim
  8. Samoeng
  9. Fang
  10. Mae Ai
  11. Phrao
  1. San Pa Tong
  2. San Kamphaeng
  3. San Sai
  4. Hang Dong
  5. Hot
  6. Doi Tao
  7. Omkoi
  8. Saraphi
  9. Wiang Haeng
  10. Chai Prakan
  11. Mae Wang
  1. Mae On
  2. Doi Lo

Pautan luar


Tags:

Wilayah Chiang Mai GeografiWilayah Chiang Mai SejarahWilayah Chiang Mai DemografiWilayah Chiang Mai SimbolWilayah Chiang Mai Kawasan pentadbiranWilayah Chiang Mai Pautan luarWilayah Chiang MaiSistem koordinat geografi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Kanun KeseksaanSenarai buahRevolusi PerindustrianJabatan Kastam Diraja MalaysiaJambatan Sultan Abdul Halim Muadzam ShahHari Raya AidilfitriSultan Nazrin Muizzuddin ShahProton Saga (generasi kedua)Orang Melayu IndonesiaPiala ThomasDaerah LangkawiKamus DewanPelesitQistina KhaledMenteri Kesihatan MalaysiaPertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17Pemboleh ubahNabila HudaMelitha SidabutarM. NasirMuhammad Haziq Bin NadzliFardu KifayahRejimen Askar WataniahNegeri-Negeri SelatJohan GhazaliKemalangan helikopter Lumut 2024Senarai poskod di MalaysiaTaman Tasik TitiwangsaDuerra MitildaSingkatan kataAzri IskandarPerakNadia BrianBola tamparSenarai sistem badan manusiaDemografi MalaysiaNaqiu BoboySyasyaAmir AhnafKata hubung (bahasa Melayu)Pilihan raya umum Malaysia 2022DadahErma FatimaPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaSepahtu Reunion Al-RayaPerikatan NasionalKu FaridahAngkatan Pertahanan Awam MalaysiaSenarai perbandingan pangkat tenteraPasukan Khas LautAsmidarAzhar IdrusBaju kurungHemoroidParti Islam Se-MalaysiaPrivate BodyguardHannah DelishaProton WiraTerlanjur Cinta (drama web)Kementerian Dalam Negeri MalaysiaMohammed Hanif OmarAyamSalasilah keturunan Nabi MuhammadLaksamana ArmadaKementerian Perhubungan Republik IndonesiaTunku Ismail ibni Sultan IbrahimRaja berperlembagaanAdat resam kahwin MelayuChempaka Emalin PahaminVirusAl-QuranAgensi Penguatkuasaan Maritim MalaysiaPolis EVO 3Malaysia MadaniMeerqeenSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan tertinggiMenteri Pendidikan Malaysia🡆 More