Brian May

Brian Harold May CBE (lahir 19 Julai 1947) ialah seorang pemuzik, penggubah lagi dan ahli astrofizik kelahiran England.

Beliau merupakan gitaris utama dan pengasas bersama kugiran Queen dengan Freddie Mercury dan Roger Meddows-Taylor.

Brian May
CBE
Brian May
Sir Brian May membuat persembahan pada tahun 2022
Latar belakang
Nama lahirBrian Harold May
Kelahiran (1947-07-19) 19 Julai 1947 (umur 76)
Hampton, London, England
GenreMuzik rock
Pekerjaan
  • Pemuzik
  • penyanyi
  • penggubah lagu
  • record producer
  • penulis
  • ahli astrofizik
Instrumen
  • Guitar
  • vocals
Tahun aktif1963–kini
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait
PendidikanHampton Grammar School
Pusat pendidikanImperial College London (BSc, PhD)
PasanganChristine Mullen
(k. 1976; c. 1988)

Anita Dobson
(k. 2000)
Anak-anak3
AnugerahInductee, Rock & Roll Hall of Fame (2001)
CBE (2005)
Kerjaya saintifik
TesisA survey of radial velocities in the zodiacal dust cloud (2008)
Penasihat kedoktoran
  • Jim Ring
  • Ken Reay
  • Michael Rowan-Robinson
Pengaruh
  • Patrick Moore
  • Chris Lintott
Laman web rasmibrianmay.com

Awal hidup

Brian Harold May lahir pada 19 Julai 1947 di Hampton, kawasan Middlesex; beliau anak tunggal kepada Harold May, seorang pelukis pelan dalam Kementerian Penerbangan Britain (Ministry of Aviation) kelahiran England dan Ruth Irving (Fletcher), seorang kelahiran Scotland.

Beliau menjalankan pengajiannya dalam bidang matematik dan fizik di Imperial College London sehingga lulus ijazah Sarjana Sains dalam bidang Fizik dengan jayanya pada tahun 1968.

Kerjaya muzik

1968–1970: Smile

Pada 1968, May dan seorang rakan belajar iaitu Tim Staffell membentuk suatu kugiran muzik; mereka turut disertai seorang pelajar perubatan bernama Roger Taylor yang menguji bakat sebagai pemain dram di sana. Kugiran ini memebuat kontrak dengan Mercury Records pada tahun 1969, serta pertama kalinya membuat rakaman di kemudahan disediakan Trident Studios pada tahun sama. Staffell pada ketika ini menghadiri Ealing Art College dengan seorang rakan bernama Farrokh ("Freddie") Bulsara, di sanalah Bulsara diperkenalkan kepada kugiran ini.

Smile terbubar setelah Staffell memutuskan bertukar kugiran ke Humpy Bong pada tahun 1970; anggota-anggota lain ada terfikir mahu berhenti bermain muzik namun dipujuk Freddie (pada ketika ini telah menukar nama keluarganya kepada Mercury) untuk bersambung. Freddie turut menjadi vokalis utama, di sinilah kugiran ini berubah bentuk dengan nama barunya iaitu Queen.

1970–1995: Queen

2000-an, kolaborasi baru dengan artis lain (Queen + )

Kerja solo lain

Pada 21-22 April 1983, May berada di Los Angeles bersama Eddie Van Halen; mereka pada asalnya melepak semata-mata namun hasil pergaulan mereka membawa kepada suatu album mini dihasilkan bersama berjudul Star Fleet Project.

Kerjaya saintifik

Brian May 
May di Johns Hopkins University pada 31 Disember 2018

Dari tahun 1970 hingga 1974, beliau menjalankan pengajian kedoktorannya di Imperial College London membuat penyelidikan terhadap kesan habuk terhadap sinaran cahaya yang terpantul serta kelajuran habuk yang trerapung dalam Sistem Suria. Beliau terpaksa menghentikan pengajiannya selepas Queen menjadi terkenal lalu menjelajah ke serata dunia untuk melakukan persembahan mereka selepas 1974, namun beliau ada menulis bersama beberapa laopran kajian berdasarkan pemerhatian dilakukan di Balai Cerap Teide, Tenerife, Sepanyol.

Pada 17 November 2007, beliau dilantik sebagai Canselor Liverpool John Moores University serta diberikan kefeloan terhormat atas sumbangannya kepada membentuk pemahaman orang ramai terhadap sains pada tahun 2008. Beliau memegang jawatan canselor itu sehingga tahun 2013.

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Brian May Awal hidupBrian May Kerjaya muzikBrian May Kerjaya saintifikBrian May RujukanBrian May Pautan luarBrian MayAstrofizikFreddie MercuryOrder of the British EmpireQueen (kugiran)Roger Meddows-Taylor

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

The Legend of Zelda (permainan video)Orang India MalaysiaJangan Menangis Cinta (drama)Hans IsaacSenarai peribahasa (A–M)Dewan Rakyat MalaysiaKL GangsterCibaiLayang Layang PerkahwinanIjazah sarjanaSolat hajatMelakaSifat-sifat AllahNabila RazaliBaby ShimaMuhamad Akmal SalehSunan BonangKata adjektifBumiputera di SabahUniversiti MalayaMuftiAl-hamdu lillahi rabbil 'alaminMokhtar DahariPulau RedangMantra (filem)Kamus DewanBola tamparBank Negara MalaysiaSenarai universiti di MalaysiaS.S. LazioZizan RazakSyed Danial Syed AhmadFrekuensi radio di KelantanMohd Aidil Zafuan Abdul RadzakSolat tarawihHantu Kak Limah Balik RumahJessica MilaCendolAzhan RaniNabi Musa menyeberangi Laut MerahFolikel buluHukum Kanun MelakaKematian Zulfarhan Osman ZulkarnainTunku Azizah Aminah Maimunah IskandariahUniversiti Teknologi MARAShahrulezad MohameddinPerang Dunia KeduaPasukan bola sepak kebangsaan OmanEtnik MelayuNorish KarmanDollaSenarai saluran AstroPerodua KancilBani IsraelTerengganuFrekuensi radio di MelakaJam 24 jamRiena DianaTeknologiTanam paksaPembukaan Kota MekahIzzue IslamHari Paskah BesarSolatPuchong, SelangorSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah ShahAn-Nuayman bin AmrSaifuddin Nasution IsmailPemasyhuran Kemerdekaan Tanah MelayuM. NasirJabatan dan agensi kerajaan MalaysiaSyurgamu RamadhanJasmine Suraya ChinAmelia HendersonKesultanan Melayu MelakaGeografi IndonesiaPangsapuriLembah Klang🡆 More