Bidan

Definisi Bidan oleh The International Confederation of Midwives yang telah diadaptasi oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan International Federation of Gynaecology and Obstetrics adalah seseorang yang telah melangkapkan dan lulus program perbidanan yang berdasarkan ICM Essential Competencies for Basic Midwifery Practice and the framework of the ICM Global Standards for Midwifery Education dan program tersebut diiktirafkan oleh negara dimana program perbidanan tersebut dijalankan; Bidan merujuk kepada seseorang yang telah memenuhi syarat kelayakkan, mempunyai kecekapan dalam perbidanan dan telah berdaftar dan/atau memiliki lesen untuk menjalankan aktiviti perbidanan oleh badan/lembaga perbidanan negara tersebut

Di Malaysia, menurut Akta Perbidanan 1966; bidan merujuk kepada seseorang yang menjalankan aktiviti yang memerlukan pemahaman dan aplikasi prosedur dan teknik penjagaan perempuan mengandung yang normal dan sihat dari awal kandungan sehingga 6 minggu selepas melahirkan anak termasuk penjagaan bayi yang normal dan sihat sehingga berumur 1 bulan untuk wang atau sebarang bentuk hadiah/pampasan KECUALI pelajar-pelajar institusi perbidanan atau institusi latihan yang menjalankan servis perbidanan dan mereka yang didapati menjalankan perbidanan tanpa berdaftar dibawah akta ini boleh disabit kesalahan tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali

Di Malaysia, Lembaga Bidan Malaysia di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia megawalselia latihan dan etika bidan dalam Malaysia bagi memastikan praktis kebidanan yang dilaksanakan  seperti yang tertakluk dalam Akta Bidan 1966 dan Peraturan – Peraturan Bidan 1990.

Dahulunya bidan merujuk kepada wanita yang membantu wanita yang mengandung sepanjang waktu mengandung dan kelahiran bayi, dimana pengetahuan ini diajar secara tidak formal sesama pengamalnya, tetapi selaras dengan pembangunan sains, teknologi kini bidan merujuk kepada pengamal perawatan kesihatan moden yang menjalankan perbidanan di institusi-institusi kesihatan seperti di hospital. Di Malaysia, bidan memerlukan Advanced Diploma in Midwifery yang boleh diambil dengan syarat memliki;

  1. Diploma kejururawatan yang diiktiraf oleh kerajaan dan pengalaman bekerja sekurangkurangnya 3 tahun ATAU satu tahun pengalaman dalam bidang Obstetric and Gynecology ATAU
  2. Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan(Kepujian) yang diiktiraf, DAN
  3. Berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia

Tugas-Tugas Bidan

  • Mengetuai Rumah Bidan Kerajaan/Klinik Desa (bagi Jururawat yang ditempatkan di Rumah Bidan Kerajaan atau Klinik Desa).
  • Memberi perkhidmatan kesihatan ibu mengandung.
  • Memberi perkhidmatan kesihatan bayi/kanak-kanak.
  • Memberi perkhidmatan rawatan ke rumah.
  • Memberi perkhidmatan perancangan keluarga.
  • Memberi pendidikan kesihatan.
  • Menyambut kelahiran bayi.

Rujukan

Tags:

Pertubuhan Kesihatan Sedunia

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Hero Seorang Cinderella 2Menteri Dalam Negeri MalaysiaPersatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah AntarabangsaRicheese FactoryHari Paskah BesarTentera Darat MalaysiaWanna AliHalim RadziIndonesiaKementerian Komunikasi MalaysiaNasi lemakKerajaan Persekutuan MalaysiaYasmin AhmadRaja berperlembagaanKedahBoBoiBoyMaryamGolongan kata (bahasa Melayu)Solat hajatTunku Abu BakarDasar Ekonomi BaruAmin IdrisSyafiq Yusof16 PuasaTakwim HijrahSultanah Nur Diana Petra AbdullahNegeri SembilanJangan Menangis Cinta (drama)Nadhir NasarMasjid Sri SendayanRita RudainiPerceraian dalam IslamSurah Al-QadrTepung pelitaAdnan Abu HassanHubungan seksRukun solatBak kut tehZarina ZainoordinErra FaziraNabi Isa a.s.KelantanAedy AshrafIsrak dan MikrajPihak Bersekutu Perang Dunia IJam 24 jamTony EusoffZakar manusiaSarah SuhairiPiala Dunia FIFA 2026Sultan JohorMandi wajibPitt HanifPuteri KhareezaHantu Kak Limah Balik RumahSubang JayaAmerika SyarikatBruneiKata kerjaUniversiti Islam Antarabangsa MalaysiaAnak Perjanjian SyaitanHospital Canselor Tuanku Muhriz UKMNabi Adam a.s.Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi NasionalAhmad Zahid HamidiKecerdasan buatanSenarai poskod di MalaysiaNasrizal NgasriGantung The SeriesErysha EmyraJabatan Bomba dan Penyelamat MalaysiaRakaatAli bin Abi TalibSaleemUniversiti Sultan Zainal Abidin15 Puasa (telefilem)Fasha Sandha🡆 More