Laman Ini Mengenai Bendera Negeri Sarawak sahaja.
Kegunaan | Bendera negeri |
---|---|
Nisbah | 1:2 |
Diterima pakai | 1988 |
Rekaan | Latar warna dibahagikan menjadi 3, "Kuning Emas" dibahagian kanan atas dan kiri bawah, yang bagi dengan warna "Hitam" dibahagian atas tengah dan "Merah" dibahagian bawah tengah, lalu dengan gambar bintang pecah 9 (bintang bucu 9) berwarna "Kuning Emas" yang berada di Tengah jalur Hitam+Merah yang serong. |
Bendera negeri Sarawak , atau nama rasminya Ibu Pertiwi, adalah berdasarkan rekabentuk bendera Kerajaan Sarawak sejak pemerintahan Rajah Putih.
James Brooke, ialah Raja Putih Sarawak pertama, asalnya beliau menggunakan Salib St George sebagai bendera negeri Sarawak bagi tempoh 24 Sep 1841 - 21 Sep 1848.
Kemudian, keputusan bagi memastikan Sarawak mempunyai benderanya sendiri telah diputuskan pada tahun 1845, tetapi keputusan tersebut telah ditunda sehingga 21 September 1848. Bendera Sarawak pertama dilakar dalam bentuk salib, setengah biru dan setengah merah, atasnya kuning, yang kemudiannya lakaran bendera tersebut telah dipilih menjadi jata negara kerajaan Brooke bagi tempoh 21 Sep 1848 - 7 Mei 1870. Telah menjadi kontroversi tentang bila bendera pertama diperbuat dari ungu dan merah, atau biru dan merah.
Pada 7 Mei 1870, warna setengah biru pada bendera salib Sarawak telah ditukar kepada hitam oleh Raja Putih kedua, Charles Brooke, dan dirasmikan kegunaannya pada 26 September 1870, tarikh lahir bagi Rajah Muda Sarawak Charles Vyner Brooke. Bendera tersebut digunakan sehingga tanggal 30 Jun 1946. Ia kemudian telah ditukar kepada jata negara dalam bentuk Blue Ensign apabila Sarawak diserahkan dibawah naungan Mahkota British pada 1 Julai 1946. Versi warna bendera pada 1870 telah digunakan kembali, berkibar bersebelahan dengan Bendera Persekutuan. Ketika pembentukan Persekutuan Malaysia dan Sarawak dijadikan sebagai negeri yang bebas merdeka, bendera Salib kekal digunakan dan tidak diubah sehingga 31 Ogos 1973.
Trisakti telah diambil pada ulang tahun ke-10 negeri Sarawak yang merdeka didalam Persekutuan Malaysia pada 1973, ia telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak, Abdul Rahman Ya'kub dimana beliau juga mereka bendera tersebut. Berikutan seni reka baru bendera, lagu, moto dan jata negeri Sarawak yang baru juga turut digubal iaitu, Sarawak Bahagia dan Hidup Selalu Berkhidmat ("Live to serve"). Bendera negeri Sarawak yang digunakan adalah seakan-akan reka bentuk bendera Republik Czech.
Pada 31 Ogos 1988, bendera ditukar lagi dengan versi bendera semasa dengan lagu dan moto negeri yang baru, Ibu Pertiwiku dan Bersatu,Berusaha,Berbakti ("United, Striving, Serving"). Seni reka baru telah digunakan pada ulang tahun ke-25 Sarawak bergabung dengan Persekutuan Malaysia.
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Bendera Sarawak, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.