dan banyak lagi.
عبدالعزيز آل سعود 'Abd al-'Azīz Āl Sa'ūd |
---|
Keluarga Diraja Saudi |
`Abd al-`Azi-z bin Abdul Rahman bin Faisal bin Turki bin Abdullah bin Saud bin Abdul Aziz bin Muhammad as-Sa`ud |
Anak |
Raja Abdulaziz ibni Abdul Rahman ibni Faisal ibni Turki ibni Abdullah ibni Mohammed ibni Saud (c. 15 Januari 1875 - 9 November 1953) (Arab: عبدالعزيز آل سعود Abd al-'Azīz Āl Sa'ūd ) ialah Raja Arab Saudi yang pertama. Dia juga dikenali dengan pelbagai nama antaranya ialah Ibn Saud. Beliau dilahirkan di Riyadh dan berasal daripada Keluarga Diraja Al Saudi yang memerintah sebahagian daripada Semenanjung Arab.
Ibn Saudi dilahirkan di Riyadh dan merupakan anak kepada Abdul Rahman bin Faisal dan Sara binti Ahmad al-Kabir Sudayri. Pada tahun 1890, semasa berusia sepuluh tahun, Ibn Saud mengikut ahli keluarganya diusir keluar ke Kuwait selepas penguasaan tanah keluarganya oleh golongan Rashidi. Beliau menghabiskan zaman kanak-kanaknya di Kuwait dalam keadaan tidak berduit dan berharta.
Pada tahun 1901 semasa berusia 22 tahun, Ibn Saud menggantikan ayahandanya, Abdul Rahman bin Faisal sebagai ketua keluarga dinasti Saud dengan gelaran Sultan Nejd. Beliau kemudiannya memulakan kempen untuk menakluk semula tanah keluarganya daripada golongan Rashidi di mana sekarang merupakan Arab Saudi. Pada tahun 1902, beliau bersama-sama dengan sekumpulan hamba dan saudaranya berjaya menakluk Riyadh dengan hanya bersama-sama 22 orang dengan membunuh gabenor Rashidi di situ.
Dalam masa dua tahun selepas berjaya menawan Riyadh, Ibn Saud berjaya menguasai separuh daripada Nejd. Bagaimanapun pada tahun 1904, golongan Rashidi meminta bantuan daripada Empayar Turki Uthmaniyyah untuk mengalahkan golongan Saud (Keluarga Diraja Saudi). Empayar Uthmaniyah menghantar tentera ke Tanah Arab dan ini menyebabkan kekalahan golongan Saud pada 15 Jun 1904. Tetapi setelah tentera Uthmaniyah berundur kerana masalah tertentu, golongan Saud berjaya mengumpul kembali kekuatannya.
Pada tahun 1912, Ibn Saud berjaya menguasai Nejd dengan bantuan golongan Wahabbi. Semasa Perang Dunia I, Ibn Saud memihak kepada British memandangkan golongan Rashidi merupakan sekutu Empayar Uthmaniyah yang merupakan musuh British. Pada tahun 1922 golongan Saud berjaya menewaskan golongan Rashidi dan ini menamatkan penguasaan golongan Rashidi di Tanah Arab.
Pada tahun 1925, golongan Saud berjaya menawan Kota Suci Makkah daripada Shariff Hussein ibn Ali. Pada 10 Januari 1926, Ibn Saud ditabalkan menjadi Raja Hijaz di Masjidil Haram, Makkah.
Pada tahun 1932, setelah menguasai sebahagian besar Semenanjung Arab daripada musuh-musuhnya, Ibn Saud menamakan tanah gabungan Hijaz dan Nejd sebagai Arab Saudi. Beliau kemudiannya menabalkan dirinya sebagai Raja Arab Saudi dengan sokongan pihak British
Petroleum di Arab Saudi ditemui pada tahun 1938, Ibn Saud kemudiannya memberi kebenaran kepada syarikat-syarikat Barat untuk mencarigali minyak di sana. Segala keuntungan hasil penjualan minyak diberikan kepada keluarga Saud. Keuntungan hasil jualan minyak semakin bertambah menyebabkan Ibnu Saud mula membelanjakan wang itu untuk memperbaiki kehidupan rakyatnya.
Beliau menggesa puak-puak nomad supaya tinggal secara tetap di sesuatu tempat. Beliau juga memulakan usaha untuk membanteras jenayah terutamanya jenayah di Makkah dan Madinah.
Semasa Perang Dunia II, Arab Saudi ialah sebuah negara yang neutral dan berkecuali tetapi lebih memihak kepada tentera bersekutu (Amerika Syarikat, Britain dan sebagainya).
Pada tahun 1948 semasa Perang Arab-Israel 1948 tercetus, Ibnu Saud menyertai peperangan itu tetapi sumbangan Arab Saudi hanya sedikit.
Ibn Saud meninggal dunia di Taif.
Bilangan anak Ibn Saud tidak diketahui tetapi dianggarkan berjumlah 50 hingga 200 orang. Mereka terdiri daripada: (nama yang menjadi Raja dihitamkan)
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Abdul Aziz Al Saud, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.