Kumpulan Muzik Visa: Kumpulan Rock Malaysia

Visa merupakan kumpulan rock Malaysia yang ditubuhkan pada 1991 di Terengganu.

Ahli kumpulan ini terdiri daripada Rohisham Hashim (Sham; vokal), Zulkarnain Mat Nor (Joe; gitar utama), Mazli Zainal (Mazli; gitar irama), Ibrahim Mat Nor (Imm; gitar bes) dan Tengku Mohd Zainuddin Tengku Dalam (Kudin; dram). Mereka mencipta nama dalam industri muzik tanah air dengan lagu hit "Untukmu Selamanya" menerusi album pertama eponim mereka pada 1992.

Visa
Berasal dariTerengganu Terengganu, Malaysia
GenreRock, Slow Rock
Tahun aktif1991-1997
Syarikat rakaman
Happy Records (1991-1997)
EMI (1981-1997)
AhliSham (Vokal)
Joe (Gitar utama)
Mazli/Malee (Gitar irama)
Imm (Gitar bes)
Kudin (Drum)
Bekas ahliMurad (Gitar irama)

Sejarah

Pada tahun 1991, empat sekawan yang sama-sama bersekolah di Terengganu iaitu Sham, Joe, Imm dan Kudin yang menubuhkan kumpulan Visa telah berhijrah ke Kuala Lumpur dalam misi mereka untuk menjadi artis rakaman. Melalui penulis lirik Seri Bayu (Allahyarham) dan Datuk Jake Abdullah (mantan ketua pegawai eksekutif Astro Radio), mereka yang pada ketika itu tinggal di Ampang telah diperkenalkan kepada Mazli yang kemudiannya menjadikan Visa lima orang anggota. Mereka kemudiannya menandatangani kontrak rakaman selama lima tahun dengan Happy Records, sebuah syarikat rakaman yang telah melahirkan beberapa artis terkenal tanahair seperti Fauziah Latiff.

Bersama Happy Records, Visa telah menghasilkan tiga album studio iaitu Visa (1993), Dalam Gerimis (1994) dan Ilham (1995). Mereka kemudiannya mengeluarkan satu album kompilasi iaitu The Best Of Visa di bawah label EMI pada tahun 1997.

Ahli kumpulan

1991-1994

  • Sham - vokal
  • Joe - gitar utama
  • Mazli - gitar irama
  • Imm - gitar bes
  • Kudin - dram

1995

  • Sham - vokal
  • Joe - gitar utama
  • Murad - gitar irama
  • Imm - gitar bes
  • Kudin - dram

2019

  • Sham - vokal
  • Joe - gitar utama
  • Mazli/Malee - gitar irama
  • Imm - gitar bes
  • Kudin - dram

Diskografi

Album studio

  1. Visa (1993)
  2. Dalam Gerimis (1994)
  3. Ilham (1995)

Album kompilasi

  1. The Best Of Visa (1997)

Lagu-lagu

  • Untukmu Selamanya
  • Dalam Gerimis

Trivia

  • Vokalis kumpulan Visa, Sham turut menceburi bidang lakonan sama ada dalam filem, drama mahupun telefilem. Antara filem yang dibintanginya ialah Putera (1994), Debu-Debu Kasih (1995), Kad Cinta (1995) dan Gemerlapan (1997).
  • Sham juga pernah bekerja dalam sektor minyak dan gas di perairan Terengganu selama 10 tahun selepas Visa tidak aktif dalam industri muzik.
  • Joe (gitar utama) dan Imm (gitar bes) adalah adik-beradik.
  • Joe merupakan nadi utama kepada Visa kerana banyak mencipta lagu untuk kumpulan ini. Joe juga pernah memikul tanggungjawab sebagai pengarah muzik di konsert-konsert besar selain menjadi pemuzik undangan untuk persembahan dan rakaman muzik artis-artis lain.
  • Joe yang kini dikenali sebagai Ustaz Zul bekerja sepenuh masa di TV AlHijrah di studio pasca audio untuk rakaman serta adunan audio & muzik untuk program-program di stesen tersebut.
  • Joe juga pernah menjadi gitaris gantian untuk kumpulan rock ternama Malaysia, Iklim selepas pengunduran Umarul daripada kumpulan tersebut.
  • Pemain dram, Kudin kini bertugas di unit kebudayaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebagai pemuzik dan pengarah muzik.
  • Kesemua anggota kumpulan Visa berasal dari Terengganu kecuali pemain gitar keduanya, Mazli atau Malee yang berasal dari Ipoh, Perak.

Rujukan

Tags:

Kumpulan Muzik Visa SejarahKumpulan Muzik Visa Ahli kumpulanKumpulan Muzik Visa DiskografiKumpulan Muzik Visa TriviaKumpulan Muzik Visa RujukanKumpulan Muzik VisaSham VisaTerengganu

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Najua NasirBukit TaburNabi Isa a.s.Muaz ZabirSuria RecordsForest CityMasjid Sri SendayanRazarudin HusainKKN di Desa Penari (filem)Muhyiddin YassinNafiez ZaidiProton PersonaCinta FatamorganaAlor SetarSiksa NerakaPenggunaAlhamdulillahPasukan bola sepak kebangsaan IndonesiaMati syahidSekolah Menengah Kebangsaan Dato' Undang Haji AdnanKuala Kubu Baharu (kawasan negeri)Mia KhalifaAstro ShawSultan Nazrin Muizzuddin ShahJean Retno AryaniEmpayar UthmaniyahNegeri dan Wilayah Persekutuan di MalaysiaSaifuddin Nasution IsmailUnifi TVTunku Ismail ibni Sultan IbrahimRosyam NorKuala Kubu Bharu (kawasan negeri)Hantu Kak Limah Balik RumahKhairulamingYandexPelesitNegeri-negeri Melayu Tidak BersekutuBugisBajauTeluk IntanPronoSarah SuhairiNelissa NizamSultan Sharafuddin Idris ShahPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaSenarai raja-raja MelayuShukri YahayaSepahtu Reunion LiveKristianSenarai poskod di MalaysiaNaim DanielAdi PutraMenteri Kesihatan MalaysiaPegawai memerintahKedah TuaP. RamleeLiga Super Malaysia 2024–25Lelaki ItuSenarai negara mengikut sistem kerajaanPrabowo SubiantoLembaga Hasil Dalam Negeri MalaysiaIntan LadyanaIsteri-isteri Nabi MuhammadMohd Noor Helmy Abdul HalemRiena DianaGrup Gerak KhasUmie AidaBruneiLumut, PerakSijil Tinggi Persekolahan MalaysiaPlayboy Itu Suami AkuJambatan Pulau PinangSenarai SBP di MalaysiaKuala TerengganuPerlisZizan RazakGayatri Su-Lin PillaiSenarai kata pinjaman dari bahasa Arab dalam bahasa Melayu dan bahasa Indonesia🡆 More