Tunjuk Perasaan Kuala Lumpur 2021

Pada sekitar jam 11 pagi (waktu tempatan), 31 Julai 2021, satu tunjuk perasaan telah berlangsung di pusat bandaraya Kuala Lumpur, Malaysia.

Tunjuk perasaan ini yang dinamakan sebagai Protes #Lawan diadakan sebagai tanda bantahan terhadap tampuk Kerajaan Perikatan Nasional yang diketuai Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin atas persepsi negatif rakyat terhadap pengurusan pandemik COVID-19 di Malaysia. Selain itu, tunjuk perasan ini turut menyentuh isu berkenaan kemelut politik Malaysia 2020-21 serta Proklamasi Darurat 2021 yang tamat pada hari keesokannya.

Tunjuk perasaan Kuala Lumpur 2021
Sebahagian daripada pandemik COVID-19 di Malaysia dan kemelut politik Malaysia 2020-21
Tunjuk Perasaan Kuala Lumpur 2021
Simbol LTL atau lawan tetap lawan oleh Iswardy selepas mendengar pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Jalan Duta, Kuala Lumpur
Tarikh31 Julai 2021 (UTC+8)
LokasiKuala Lumpur Sunting ini di Wikidata
Punca
Matlamat
  • Peletakan jawatan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan perubahan tampuk pemerintahan negara
  • Penganjuran sidang Majlis Parlimen yang terhalang akibat Proklamasi Darurat
  • Moratorium pinjaman kewangan secara automatik
Kaedah
Pihak terlibat
Penunjuk perasaan awam (secara utamanya belia)
Tokoh dan pemimpin utama
Sekretariat Solidariti Rakyat Kabinet Muhyiddin Yassin
Bilangan
Anggaran 400 ke hampir 2,000 orang

Garis masa

Sekretariat Solidariti Rakyat selaku badan penganjur merupakan sebuah pakatan para aktivis belia yang memfokuskan kepada gerakan menentang tampuk kerajaan Perikatan Nasional. Badan ini terdiri daripada wakil pertubuhan-pertubuhan prodemokrasi termasuk BERSIH dan Undi18. Sebelum ini, Sekretariat pernah melakukan kempen-kempen antikerajaan seperti kibaran bendera hitam serta tagar #Lawan itu sendiri. Pada 24 Julai, Sektretariat Solidariti Rakyat melakukan konvoi di beberapa tempat di seluruh Malaysia sebagai persediaan bagi acara tunjuk perasaan utama.

31 Julai dan pascaprotes

Protes bermula pada sekitar 11 pagi di sekitar kawasan pusat Kuala Lumpur, terutamanya di sekitar Jalan Tun Perak (kawasan Masjid Jamek) serta tempat-tempat lain dengan kehadiran awal yang agak sedikit. Namun begitu, bilangan peserta mula meningkat hingga mencapai sekurang-kurangnya ratusan orang. Aktiviti-aktiviti protes yang dilakukan termasuk laungan slogan antikerajaan serta pembawaan sepanduk dengan tulisan-tulisan antikerajaan.

Kumpulan pemprotes kemudian berarak menuju Dataran Merdeka dengan harapan untuk melakukan protes di sana, tetapi dihalang oleh pihak polis atas dasar ketiadaan kebenaran berhimpun. Laluan-laluan ke Dataran Merdeka juga disekat oleh pihak polis untuk menghalang pergerakan. Selepas protes, pihak Sekretariat mengeluarkan kenyataan rasmi yang memberi penghargaan kepada mereka yang hadir serta penegasan untuk terus berjuang. Pada Ogos, pihak penganjur menyatakan hasrat untuk menganjurkan protes serupa dengan skala yang lebih besar pada 21 Ogos sekiranya Perdana Menteri tidak meletak jawatan.

Pada malam 19 Ogos, penunjuk perasaan menganjurkan suatu perhimpunan memperingati mereka yang maut dalam pandemik COVID-19 di perkarangan Dataran Merdeka. Susulan itu, para penunjuk perasaan ditahan pihak polis atas pelbagai sebab, dengan unsur-unsur keganasan polis diberi perhatian seperti penahanan paksa. Perhimpunan itu bersurai pada awal pagi 20 Ogos.

Tindakan dan reaksi

Pihak Polis Diraja Malaysia yang mengawal protes tersebut memberi kenyataan untuk memanggil semua pihak terlibat berdasarkan Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pelan Pemulihan Negara) 2021 yang mengharamkan sebarang bentuk perhimpunan bagi apa jua tujuan. Sungguhpun begitu, pihak polis mengiyakan bahawa perhimpunan itu berjalan dengan aman. Sementara itu, pihak pakar perubatan melahirkan rasa bimbang atas potensi perhimpunan itu dalam menguatkan lagi pandemik COVID-19 setempat, terutamanya di kawasan Lembah Klang yang sudah terjejas teruk.

Lihat juga

Rujukan

Tags:

Tunjuk Perasaan Kuala Lumpur 2021 Garis masaTunjuk Perasaan Kuala Lumpur 2021 Tindakan dan reaksiTunjuk Perasaan Kuala Lumpur 2021 Lihat jugaTunjuk Perasaan Kuala Lumpur 2021 RujukanTunjuk Perasaan Kuala Lumpur 2021Kemelut politik Malaysia 2020-21Kerajaan Perikatan NasionalKuala LumpurMalaysiaMuhyiddin YassinPandemik COVID-19 di MalaysiaProklamasi Darurat 2021Waktu Piawai Malaysia

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Shahrulezad MohameddinGantung The SeriesPertubuhan Pribumi PerkasaAlgeriaGereja KatolikSyed Mokhtar Al-BukharyHadis MutawatirTanda-tanda KiamatSolozNasabPenyelenggaraanPiala Dunia FIFA 2010Negara-Negara KomanwelMohamed Fadzli HassanIpohKontroversi stoking kalimah Allah 2024Masjid al-AqsaAnna JoblingBadarIslam di RwandaKejuruteraan awamPangsapuriKerajaan Bani UmaiyahUndang-undangTengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin ShahJuventusSaleemTulisan JawiDaiyan TrishaPutri JannahMenteri Pendidikan MalaysiaMusang PulutAnak Perjanjian SyaitanTembikaiSenarai Surah Al-QuranSepak takrawYasmin AhmadBadli Shah bin AlauddinPertubuhan Keselamatan SosialRukun IslamBaju kurungHadha min fadhle RabbiMasjid Wilayah PersekutuanPerlembagaan MalaysiaNajib RazakLembah BujangFattah AminAzahari HusinMona FandeyPolis Diraja MalaysiaLionel MessiMia KhalifaSerpihan SayangPolitik balas budiSherry AlhadadThailandSugionoBunga rayaSireniaLengkuasSyed Mohd Yusof Syed NasirAl-QuranMasjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz ShahNabi Syu'aib a.s.ManatiBella AstillahMasjidPiagam MadinahNur FazuraJustin BieberSenarai stesen radio di MalaysiaHari Raya AidiladhaNasi tangasOlahragaRadius OneMenteri Dalam Negeri MalaysiaTony Eusoff🡆 More