Tasik Pedu

Tasik Pedu atau dulunya dikenali sebagai Kolam Air Pedu merupakan saliran bagi Sungai Pedu yang disalurkan oleh kerajaan untuk menampung bekalan air bersih kepada penduduk negeri Kedah.

Air Sungai Pedu mengalir dari Bukit Pakir Terbang (ketinggian 574 m dari aras laut). Sungai Pedu bertemu dengan Sungai Padang Terap. Bukit-bukit di hulu Sungai Pedu merupakan kawasan sempadan negara Thailand. Tasik Pedu merupakan tasik buatan manusia yang meliputi kawasan seluas 75 km persegi dan mempunyai kedalaman kira-kira 100 meter.

Tasik Pedu
Tasik Pedu is located in Bumi
Tasik Pedu
Tasik Pedu (Bumi)
LokasiPadang Terap, Kedah, Malaysia
Koordinat6°14′50″N 100°48′47″E / 6.247109°N 100.81295°E / 6.247109; 100.81295 100°48′47″E / 6.247109°N 100.81295°E / 6.247109; 100.81295
JenisTasik buatan
Negara lembanganMalaysia
Luas permukaan75 km2 (29 bt2)

Aktiviti Riadah

Tasik Pedu terletak lebih kurang 90 km dari Alor Setar, Kedah. Ia terletak di dalam daerah Padang Terap. Tasik Pedu menawarkan beberapa aktiviti air bagi menarik perhatian pelancong seperti memancing, jet ski, dan menaiki bot. Di sini juga terdapat beberapa tempat penginapan yang sesuai bagi pencinta alam sekitar untuk meneroka ke alam semula jadi, mengelilingi hutan tropika, flora dan fauna.

Tasik Pedu asalnya terdiri daripada beberapa resort seperti Desa Utara Pedu Lake Resort (106 rooms), Mutiara Pedu Lake Golf & Lake Resort(dinamakan Holiday Inn Resort sebelum itu, mempunyai 205 bilik, dengan aktiviti golf dan sebagainya). Desa Utara Pedu Lake Resort dan Mutiara Pedu Lake Golf & Lake Resort telah ditutup pada 1 dan 7 Jan 2007 kerana perniagaan yang semakin merosot, khasnya berita menemui kubur lama di tengah tasik semasa musim kemarau diketahui para pelancong Taiwan and Singapura. Suasana dan gambaran chalet-chalet tepi tasik sangat cantik dan masih elok keadaannya. Usaha perlu dilakukan bagi membangunkan semula chalet-chalet tersebut, terutamanya rancangan dan pengurusan resort yang sempurna. Di sana juga, terdapat Rumah Rehat mantan Perdana Menteri Malaysia yang Keempat, Tun Dr. Mahathir, yang gah berdiri di tepi tasik dengan seni reka bentuk yang menarik dan tradisional. Tetapi kini, semua chalet dan rumah rehat tersebut dibiarkan terbengkalai tanpa penghuni. Ini adalah salah satu "mega projek" yang dibiarkan begitu sahaja.

Senarai Mangsa Lemas

  • Siti Nor Afliana Yahaya, 13 tahun, 5 Oktober 2013
  • Nor Hasliza Yahaya, 16 tahun, 5 Oktober 2013
  • Siti Hajar Azmi, 12 tahun, 5 Oktober 2013
  • Taufik Karim, 36 tahun, 5 Oktober 2013

Rujukan

Tags:

KedahSungai Padang TerapSungai PeduThailand

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Kolej Islam Sultan Alam ShahEtnik MelayuNabi Sulaiman a.s.Kecerdasan buatanDe FamAbang AdikAbdul Razak HusseinPerodua KelisaMalariaAlhamdulillahSejarah MalaysiaIslamPutri JannahFardu KifayahZaman air batuSultan PerakSikorsky S-61A-4 NuriIsmail Sabri YaakobMark AdamMahkamah MalaysiaTeknologiSyed Mokhtar Al-BukharyAllahSekolah Menengah Kebangsaan Dato' Undang Haji AdnanPenjajahan Jepun di Tanah MelayuBumiputera di SabahKuala LumpurLiga Super Malaysia 2024–25Radio Televisyen MalaysiaKebudayaan MalaysiaKementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan MalaysiaBaba dan NyonyaBaju kurungAbby AbadiHari WesakMinal 'Aidin wal-FaizinSelawatDzulkefly AhmadJosiah HoganBintara KananLembah KlangRaja Zarith SofiahPantang larang MelayuRinggitAli bin Abi TalibLembaga Hasil Dalam Negeri MalaysiaKuala Kubu Bharu (kawasan negeri)PerlisSenarai daerah bagi setiap negeri di Malaysia mengikut populasiKata namaSenarai peribahasa (A–M)Salasilah keturunan Nabi MuhammadSenarai kapal Tentera Laut DiRaja MalaysiaKadazan-DusunBandar TaipingDuerra MitildaKhalid bin al-WalidBaju MelayuPerikatan NasionalHulu LangatJabatan Bomba dan Penyelamat MalaysiaRita NadiraBahasa Melayu SabahAngkatan Tentera MalaysiaSenarai SBP di MalaysiaPremier SarawakUlar Tedung SelarZUS CoffeeKementerian Pendidikan MalaysiaPiala Asia B-23 AFC 2024Menteri Pertahanan MalaysiaPenggunaTuanku Zara SalimOrang Asli di MalaysiaPiala Sumbangsih 2024Raja berperlembagaanHemoroidPasukan Khas UdaraZarina Zainuddin🡆 More